Followers

Wednesday, January 18, 2012

::Cuti Anda Ke Mana?::

Agak-agak minggu depan ramai ke dari rakan-rakan akan bercuti?  Perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelang, pasti rakyat Malaysia amnya mengambil kesempatan pergi bercuti.  Mungkin ramai dari kita akan menambah cuti sehingga seminggu lamanya.

Inilah keunikan Malaysia, banyak meraikan perayaan dan mewah dengan cuti.  Siapa yang tak suka dengan perkataan CUTI, betul tak?  Sedari zaman persekolahan kita telah diajar akan nikmat bercuti ini sehinggakan pelajar menghitung hari menanti bila musim cuti akan tiba lagi dan tabiat sedemikian kita bawa ke alam pekerjaan.

Tapi, lambakan cuti sebegini pun tak bagus pula.  Jangan salah faham, bukan menentang ya cuma bila terlalu panjang tempoh bercuti banyak urusan tergendala dan ia melibatkan pelbagai pihak.  Contoh seperti kami yang berurusan rapat dengan jabatan kerajaan.  Dek kerana sempena cuti Tahun Baru Cina, kami telah dinasihati untuk tidak menghubungi mereka sepanjang minggu hadapan.  Ramai bercuti katanya, dokumen diperlukan pasti akan sangkut.  Segala urusan kembali seperti biasa, minggu berikutnya.

Bukankah menyusahkan sedemikian.  Saya yakin bukan kami sahaja berhadapan situasi sedemikian.  Minggu hadapan ramai telah sedia akur, segala perkhidmatan akan perlahan kerana ramai masih lagi bercuti sepanjang minggu.  Pusat pelancongan pasti dibanjiri pelawat dan tempat tarikan menjadi sesak.  Fenomena biasa di Malaysia :) 

Bila pulang dari cuti ada di antara kita akan bertambah semangat untuk memulakan tugasan harian, tetapi ada juga di antara kita terasa lesu.  Kalau boleh nak tambah lagi cuti sampai bila-bila, asalkan dapat duit cukup waktunya.  Ha..ha..ha..mustahillah perkara sebegini berlaku, melainkan kita sememangnya kaya raya dan duduk atas duit semata.

Saya belum punya perancangan khusus sempena cuti panjang akan datang.  Jika tiada ke mana, duduk sahaja di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.  Cuti kali ini belum punya rezeki untuk merancang percutian.  Ada hikmah barangkali, bolehlah saya siapkan segala tugasan sedia menanti.

Bagi yang telah merancang, saya ucapkan selamat menggunakan cuti anda sebaik mungkin dan bagi yang belum punya apa-apa perancangan, boleh sahaja mulakan dari sekarang.  Belum terlewat lagi, tambahan Malaysia punya banyak tempat menarik untuk dikunjungi.  Harapan saya, tidak akan kedengaran sebarang kemalangan jiwa menjelang cuti perayaan kelak.




nota:  orang nak bercerita dia pun nak juga....

  


No comments :

Post a Comment