Followers

Wednesday, January 25, 2012

::Flaming Steamboat::

Dah lama hendak makan di Flaming Steamboat setelah mendengar cerita-cerita menarik baik dari mulut ke mulut mahupun di ruang siber ini.  Lagi menarik perhatian bila harga menarik ditawarkan dan segala makanan dihidang ala bufet.  Kami lebih biasa dengan Nelayan Titiwangsa, bila ada tempat baru teringin juga.

Kebetulan Ayu Bam Bam pernah makan dengan rakan pejabat, tambah bersemangat GM.  Sempena harijadi Macho Man 8 Januari lalu kami ke Flaming Steamboat cawangan Sunway.  Keselesaan tempat makan boleh tahan cuma agak sukar untuk mencari tempat letak kereta.  Asalnya nak potong kek sekali, boleh pula Ayu Bam Bam buat hal.  Apa lagi, cancel sahaja buat di rumah sudah!  

Pengalaman saya secara peribadi, Flaming Steamboat biasa-biasa sahaja.  Penggemar makanan laut untuk masakan steamboat berbaloilah pergi.  Mereka tidak kedekut meletakkan makanan.  Meja di belakang kami bersilih ganti bangun ambil ketam dan udang.  Saya pula tidak berapa gemar seafood ala steamboat.

Saya lebih gemarkan fish cake, artifical crab meat, squid ball dan segala macam makanan sebegini, makan panas-panas seperti Yong Tau Foo.  Jenis ini juga banyak dihidangkan dan tersusun kemas di dalam peti sejuk.  

Cumanya makanan tambahan seperti nasi goreng, mee goreng, lauk pauk dalam dua jenis yang dan beberapa makanan lain dihidangkan silih berganti agak kurang menyelerakan dan tidak konsisten.  Mula-mula kami sampai ada udang goreng.  Habis sahaja digantikan pula dengan kentang goreng.  Habis lagi ditukar pula kepada bebola sotong goreng, macam tulah kaedahnya.

Sup tomyam pula langsung tidak sedap di tekak kami semua.  Tak pasti samada kami bernasib malang atau pun memang kurang enak.  Sampai ke sudah tomyamnya mati rasa walaupun telah ditambah dengan aneka makanan ke dalamnya.  Bila makanan asas tidak sedap memang potong selera!

Sos-sos juga tidak berapa mencengkam rasa.  Sos di Restoran Nelayan memang jauh lebih sedap jika hendak dibandingkan dengan apa yang ada di Flaming Steamboat.  Lain-lain seperti pemanis mulut, pun setakat biasa sahaja.  Tiada yang istimewa kecuali aiskrim dan chocolate fondue, penarik bagi budak-budak.

Selain dari makanan, satu perkara lagi buat kami geram.  Tak pasti samada kami sahaja pernah berhadapan dengan situasi sebegini atau ada lagi diantara rakan lain turut merasainya.  Begini, GM telah membuat tempahan awal memandangkan kami ramai dalam 10 orang.  

Bila sampai di sana, pelayan tersebut menunjukkan GM ke arah meja sambil berkata kami hanya ada tempoh dua jam sahaja.  Selepas itu ada tempahan lain pula di meja kami itu.  Pelik tak?  Boleh ke mereka menetapkan waktu makan kami berapa-berapa jam?  Sewaktu GM bertanyakan tempahan kami semua tiada, jika tidak memang pelbagai soalan akan kami ajukan kepada pekerja tersebut.

Sudahlah kami semua tidak datang serentak dan dari lokasi berbeza.  Walaupun kami bertegas untuk tidak mahu mengalah, tetapi mind setting selepas dua jam kena beredar kelam kabut semua makan.  Langsung tak menikmati makanan dan rasanya kerana itulah terus fail rasa di Flaming Steamboat.

Secara logik, suka hati kamilah hendak duduk berapa lama.  Kami bayar untuk menikmati makanan bukan untuk berlumba sesama sendiri.  Dek kerana rushing tak tentu hala Ayu Bam Bam tiba di saat semua telah habis makan.  Kasihan juga dia tak makan tapi yalah, semua paksa rela makan dalam tempoh 2 jam, perut terasa sendat sangat.  Lain kali please be on time ya Ayu Bam Bam.

Bukan itu sahaja, layanan dari pekerja juga amatlah teruk.  Sepanjang kami berada di sana, kelibat pekerja langsung tidak kelihatan.  Kalau ada pun bila mereka hendak menukar menu.  Itu sahaja.  Punyalah susah hendak memanggil pelayan, apatah lagi kami duduk di bahagian atas bangunan.  Atas meja bersepah-sepah dengan pinggan, tiada seorang pun pekerja ambil peduli.


Bila kata bufet, walau tidak setaraf hotel tapi pastikan kami dilayan sebagai pelanggan. Janganlah beranggapan dengan hidangan sebegitu banyak pelanggan tidak perlu perhatian.  Mujur kami bukan antara pelanggan cerewet, lagi pula depan makanan tak baik marah-marah.  Nanti rezeki mahal. 

Harga bagi satu kepala RM30, kanak-kanak pula RM19.  Bagi yang belum pernah pergi rasanya boleh mencuba dan rasai sendiri.  Selera kita berbeza-beza saya mungkin tidak suka tetapi orang lain siapa tahu.  Selain di Sunway, Flaming Steamboat juga ada di Shah Alam dan Setapak.  Kalau nak tahu lebih lanjut pergi sahaja ke laman web mereka.

Perkara di atas adalah secebis pengalaman saya.  Di cawangan lain tidak pasti pula keadaanya.  Jangan ambil apa yang saya ceritakan ini sebagai rumusan.  Tak baik pula saya menutup pintu rezeki orang lain.  Cuma jika ajak saya ke sana, cawangan Sunway agak berat hati.  

Macho Man sekeluarga bila dengar kata kena makan dalam tempoh kurang lebih 2 jam, kelam kabut mereka dan antara paling awal habis makan


Penuh dalam periuk, sayangnya tomyam tidak kena dengan selera


Ketam antara makanan kegemaran, tapi sayangnya saya langsung tidak sentuh ketam.  Abang pula yang banyak makan


Dalam tak sedap licin juga pinggan masing-masing.  Tak baik nak membazirkan
Nak kata kenyang pun tak, lapar pun tak.  Cuma kurang berpuas hati





nota: bila makan kamera semua lupa, ini sahaja yang ada, mujur ada telefon canggih!

2 comments :

  1. DEWASA RM 26.9 LA,KANAK-KANAK RM 9.90.SAPO BELANJA EKAU...HARGA PUN TAK BOTUL.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih drop by..harga yg saya letak berdasarkan apa yg kami bayar pada waktu itu..tak tahulah kalau harga berubah2..

      Delete