Followers

Monday, January 30, 2012

::Kalau Anda Kena Bagaimana?::

Artikel ini diterima melalui email.  Kebenaran akan kejadian ini saya sendiri kurang pasti, mungkin keluar di media arus perdana tetapi jarang membaca maka terlepas kisah sebegini. 

Trauma Makan Cornetto Royalle Chocoluv

Mungkin ada diantara kita pernah menghadapi situasi seperti ini. Begitulah kejadian yang telah menimpa Mohd Marvelo Mohd Malinkob dimana beliau telahpun termakan aiskrim berjenama Cornetto Royalle Chocoluv yang telah dibeli rakan sepejabatnya di Stesyen Petronas Seberang Jaya bertarikh 18 Okt 2011.

Kejadian ini mengakibatkan dirinya dilanda trauma. Masakan jika kita sendiri yang melalui pengalaman seperti ini  sudah pastinya kita juga akan merasa trauma dan akan mengelakkan diri dari memakan aiskrim itu lagi.

Mohd Marvelo Mohd Malinkob pada asalnya memakan aiskrim tersebut tanpa menyedari apa disebalik aiskrim tersebut namun beliau tersedar ada sesuatu objek pelik pada aiskrimnya dan setelah diamati ianya merupakan seekor bangkai cicak.

Syarikat-syarikat pengeluar makanan seharusnya lebih peka terhadap isu ini kerana dikhuatiri bakal mengakibatkan pembeli-pembeli hasil keluaran mereka akan mengalami penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya. Namun setelah dihubungi oleh Mohd Marvelo Mohd Malinkob, pihak syarikat berkenaan cuba 'merasuah' beliau dengan set produk penjagaan bernilai RM100 dan wang tunai RM1000 namun ditolaknya atas dasar mahu menyedarkan pengguna-pengguna yang lain.

Tahniah buat Mohd Marvelo Mohd Malinkob yang telah melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang pengguna yang prihatin dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi pengalaman ini bersama Blog Uptomu.net. Jika ada sebarang pertanyaan/kemusykilan, anda boleh menghubungi beliau di marvelo.kpsb@yahoo.com


 Gambar-gambar ini juga saya peroleh dari sumber email.  


Bagaimana agaknya kalau kita berada di situasi saudara tersebut?  Kebiasaannya kebanyakkan kita memilih untuk tidak dihebahkan.  "Malas untuk bising-bising" katanya.  Tapi saya terfikir sejenak, sekiranya jumlah ditawarkan tinggi, agak-agak mana yang dipilih?  Tak baik berburuk sangka ya, dan saya puji Mohd Marlevo ini!  

Entahlah, tak pernah berhadapan dengan keadaan sebegini, paling tidak pernah sekali saya makan coklat mengandungi dawai kokot (staple) dalamnya.  Marah juga!  Bayangkan jika budak-budak di rumah ini yang makan, tak ke bahaya.  Tapi marah dan bising setakat itu sahaja.

Kawan kepada kawan saya (wanita) pernah makan di sebuah KFC (biarlah dirahsiakan di mana) berhadapan insiden seperti di atas.  Sedang berselera makan, baru dia menyedari dia sebenarnya makan seekor tikus yang pada awalnya di sangka ayam.  

Nak tutup mulut, wanita tersebut dan rakan-rakannya disogok RM100,000 dan berjanji perkara ini tidak dihebahkan.  Siap tandatangan surat perjanjian lagi.  Pada waktu itu, mereka semua masih lagi menuntut dan amaun tersebut sudah semestinya rambang mata.  

Mereka ambil dan kongsi bertiga, tutup kes.  Lama juga kes tersebut dalam tahun 90-an dan saya sendiri diminta untuk tidak membuka identiti sesiapa, kisah tersebut hanya yang benar-benar rapat sahaja tahu.  Setiap kali lalu di KFC kejadian, kembang tekak nak makan.

Cuba fikirkan, anda pula bagaimana?  Adakah memilih langkah seperti Mohd Marlevo atau seperti wanita KFC?  Tepuk dada tanya selera!!  



nota:  sukar menafsir kejujuran manusia...

   

No comments :

Post a Comment