Followers

Wednesday, January 18, 2012

::Kasihan Rita Rudaini::

Rasanya ramai dah tahu mengenai kemelut rumahtangga artis Rita Rudaini (RR) dan suaminya.  Setelah berbalas-balas dengan ipar di Twitter, sekarang suaminya pula meninggalkan rumah.  Kasihan mengenangkan nasib RR, tak habis-habis di duga sejak awal perkahwinan lagi.  

Saya minat RR sejak dari zaman dia berlakon iklan Pepsi bersama Siti Nurhaliza lagi.  Sewaktu dia menjadi peserta Dewi Remaja, ingatkan dia menang.  Kalau tak silap Rita dapat tempat ketiga, pemenangnya Juliana Banos.  Tahun bila tu tak pasti, yang pasti saya suka dia dah lama.  Bagi saya dia memiliki wajah ayu dan berbakat besar dalam bidang lakonan.

Sewaktu mula berjinak dengan Twitter, antara artis terawal yang saya follow, RR lah.  Rajin juga dia membalas.  Kebetulan, banyak kali terserempak di One Utama dan Giant Kota Damansara.  Setiap kali selepas terserempak, mesti tweet beritahu nampak, dan setiap kali itu juga mesti dia balas "ala kenapa tak tegur".  Segan sebenarnya.

Bila dia tidak habis-habis diduga, tersentuh juga hati melihat ketabahan.  Sebagai manusia biasa, saya yakin dalam perselisihan faham tersebut pastinya RR ada melakukan kesilapan.  Tetapi jika benar ada campur tangan orang luar, memang tak adillah bagi dia.  Lagi pula, kenapa harus dikacau lagi kehidupannya yang sedang bahagia?  Biarlah mereka melayari bahtera dengan cara tersendiri.

Semalam, dalam sebuah akhbar mengatakan RR sedang tunggu surat cerai dari suami.  Betul atau tidak, Wallahualam.  Harap tidaklah sampai ke tahap sedemikian.  Carilah ruang untuk membetulkan segala kesilapan dan beri peluang kepada diri masing-masing.  Saya yakin jauh di sudut hati RR dia masih sayangkan suaminya dan ikatan perkahwinan mereka.

Entri ini bukanlah untuk mengatakan RR itu betul.  Siapa betul atau salah bukan kita menilai.  Saya minat dia dan agak kesal perkara sebegini boleh berlaku.  Bagi yang tidak minat dan mencemuh RR, tak apalah.  Mungkin entri ini tidak perlu untuk anda baca.  Saya doakan semoga rumahtangga mereka kekal bahagia buat selamanya.



nota:  gerun melihat masjid runtuh satu persatu   

No comments :

Post a Comment