Followers

Wednesday, January 18, 2012

::Kembara ke Pintu Rezeki::

Gambar-gambar ini diambil ketika kami berempat melawat kawasan sekeliling buat kali pertama, tiga hari setelah arwah ibu Abang meninggal.  Kalau ikut perancangan, kami akan ke sana pada hari Sabtu 31 Januari 2011 tapi itulah Allah lebih mengetahui.  

Mulanya saya dah batalkan perancangan tetapi Abang kata boleh teruskan pada hari Isnin makanya ke sanalah kami.  Tak banyak untuk dikongsikan, hanya beberapa keping gambar untuk kenangan.  Andai segalanya berjaya dilaksanakan kelak, Insyaallah akan dikhabarkan di sini.  Moga inilah pintu rezeki kami sekeluarga.

Separuh hari berada di dalam hutan, memberikan pengalaman baru buat saya.  Pengalaman paling manis sudah tentu tapak kasut saya tercabut sepenuhnya.  Bukan sebelah tapi kedua-duanya sekali.  Inilah namanya, "bukan senang untuk menjadi senang" dan saya menerima ini semua sebagai satu cabaran.  Jom tengok gambar ya...
Laluan penuh berliku dan kami berdua jauh ketinggalan.  Siti Cutie dengan Macho Man di hadapan dalam 50m barangkali


Dua budak sihat tercungap nak membawa badan yang comel


 Ada tak macam orang asli...kih..kih..kih..


Eh, sempat bergurau senda.  Walhal kepenatan yang amat sangat!


Faktor umur membezakan ketangkasan.  Mau tak penat, perjalanan masuk ke dalam mengambil masa 1 1/2 jam, bermandian peluh kami semua


Memberikan wajah paling ceria walau dihambat kepenatan amat sangat.  Insyaallah, peluh mengalir akan memberikan hasil berkekalan






nota:  segalanya dalam keadaan baik


No comments :

Post a Comment