Followers

Thursday, January 5, 2012

::Layan Perasaan::

Satu pembaziran besar sedang saya lakukan.  Waktu mula-mula buat, tak rasa menyesal, sekarang baru terasa sangat.  Entah apa angin, tiba-tiba saya melanggan Ombak rindu melalui Astro First walhal saya sudah menonton filem ini dua kali.  Bila dah langgan, sakit pula hati dan terasa satu pembaziran yang amat sangat!!

Jiwa kacau macam nilah, ada sahaja tindakan spontan yang diambil.  Tindak tanduk yang tidak releven langsung.  Sekarang ini, tengok sahajalah filem ini sampai muntah terbelahak.  Rugi RM15 begitu sahaja.  Kalau ambil cerita lain tu, berbaloilah juga kerana belum pernah tengok.

Suka atau tidak, kena hadap sampai tamat dalam tempoh lebih kurang 48jam.  Lagi satu, selalunya saya akan langgan Astro First pada hujung minggu.  Ini tengah minggu, waktu bekerja.  Terasa rugi sebab ramai tak dapat menonton sama.  Apalah kenanya saya hari ini??

Benar, terlalu banyak persoalan besar berlingkar.  Makin diurai makin terbelit hingga saya malas hendak mencari penyelesaian.  Walau Allah telah mula menunjukkan jalan, tidak beerti begitu mudah segala apa yang telah dilalui sebelum ini akan terus berlalu.  Masih banyak lagi usaha perlu digiat supaya impian menjadi kenyataan.  

Selain itu, semenjak Abang dirundung kesedihan, saya turut dibuai sama kepiluan.  Semangat seolah hilang entah ke mana.  Setiap hari hanya pandangan kosong yang mampu diberikan tatkala bangun dari tidur.  Sepanjang saya mengenali Abang, inilah pertama kali dia agak berserabut dan kerana itu juga saya turut sama merasa tempias =(

Okaylah, mari sambung semula menonton Ombak Rindu dan sewaktu menaip ini, adegan Izzah dan Hariz di batu, Hariz pertama kali meminta Izzah memanggil dia Abang.  Sedikit kaku dan macam kurang penghayatan lakonan mereka.  Itu yang saya rasa..he..he..he..  Cukuplah, nanti meleret pula!! Selamat Malam..


nota:  adakah ini keputusannya?? 

No comments :

Post a Comment