Followers

Thursday, January 19, 2012

::Patut atau Tidak?::

Tak faham dengan sesetengah daripada kita.  Sewaktu teman saya A ditimpa musibah berpunca dari sakit hati B, tuduhan ke atasnya datang bagai peluru, ramai mula mencemuh, setiap perilaku baik semuanya dicaci maki, A menerima apa berlaku dengan rendah hati dan redha.  Menyerahkan segalanya kepada Allah dan biar Allah tentukan segalanya.  Melafazkan siapa dia untuk membalas segala perbuatan jahat kerana katanya baik buruk datang dari Allah jua.  Sempat berdoa moga B dibukakan pintu hati dan mendoakan yang terbaik buat B. 

Kemudian satu hari, berlaku pula disebaliknya.  B yang pernah melakukan kejahatan ke atasnya dahulu mula menerima pembalasan.  Sekeliling mula membuka mata siapa benar siapa salah, malangnya A yang pernah menjadi mangsa ketawa berdekah-dekah dan memadankan muka.  Tak cukup dengan itu, tatkala pihak lawan melafazkan kata-kata insaf, sedar akan kesilapan dan mula menghulur kemaafan, amboi tak dilayan.  Dengan angkuh boleh pula mempertikaikan keinsafan dan kemaafan dihulur adalah pura-pura semata, dalam hati tak ikhlas langsung.  

Terus saya pula keliru dengan situasi.  Wajarkah dia menilai B sedemikian?  Bukankah di suatu ketika A pernah berada di situasi B?  Seharusnya A bersyukur kebenaran telah terbukti dan cari jalan penyelesaian, bukan dengan menambah cuka ke luka sedang mengalir darah.  Mungkin A dan B tidak perlu atau dalam erti kata lain tidak lagi mampu untuk berbaik semula, tetapi ini bukan masanya pulang paku buah keras.


Seorang lagi teman saya berkata, "kau tak rasa apa yang A alami sebab itu dia berkelakuan sedemikian"  Benar saya tidak dapat menyelami hati A sedalamnya, tetapi kenapa setiap kali berada di posisi kalah, manusia pandai bermuhasabah diri dan ingat kepada Maha Pencipta dan kemudian bila posisi bertukar, Manusia pula cuba menjadi Tuhan penilai mata kasar.

Pada saya, A akan dipandang mulia bila dia menghulur salam kepada B tatkala musibah berat kuat melanda.  Balasan itu bukan kerja kita, yang penting kita jalankan tanggungjawab sesama kita.  Salam dan senyuman boleh bertukar menjadi penawar bisa yang selama ini mencengkam dua jiwa.     

Kemudia teman saya menambah lagi "kau tu mulia sangat, tak semua orang sebaik kau"  Jika benar saya begitu, Alhamdulillah saya panjat kesyukuran.  Tetapi mengukur baju di badan sendiri, tidak saya tidak baik.  Sehingga hari ini masih ada api dendam terus membara di hati yang mana saya belum rela untuk menghulur kemaafan.  Cuma situasi saya dan A berbeza benar.  Kesimpulannya, bagi saya A tidak wajar berkelakuan sedemikian.  Itu sahaja!  Rakan-rakan pula bagaimana?  =) 


Entahlah, saya tak faham mereka atau mereka yang tak faham diri mereka sendiri sebenarnya...



nota:  jangan berprasangka...

No comments :

Post a Comment