Followers

Monday, January 9, 2012

::Popcorn Garret::

Popcorn Garret (PG) yang kini menjadi sebutan ramai dan antara bertih jagung yang popular.  Saya sendiri tahu akan kewujudan PG melalui laman blog dan pertama kali melalui blog Kak Mya.  Kalau bercerita perihal popcorn, saya bukanlah minat sangat.  Hanya akan membeli sewaktu menonton wayang, itu pun kadangkala tak beli pun.

Bila tahu harganya boleh tahan mahal, lagilah membantutkan rasa untuk membeli.  Bukan kedekut ya, cuma risau tak berkenan dek selera.  Lagi satu, bukan senang waktu tu untuk mendapatkan PG di kawasan berhampiran.  Hanya ada di KLCC sahaja.  Untuk tempuh KLCC semata PG, memang taklah :P

Kebetulan dalam bulan Disember ada ke KLCC, bawa Buah Hati menonton pertunjukkan Barney.  Sementara menanti Abang datang jemput, kami jalan-jalan di dalam KLCC lantas terpandangkan outlet PG.  Alang-alang depan mata, tak salah mencuba.

Boleh tahan sedap juga PG jika dibandingkan dengan bertih jagung yang sedia ada dijual.  Harga mahal tetapi berbaloi dengan rasa.  Tiada sebutir pun bertih tersebut tidak bersalut manis.  Jika popcorn lain misalnya, manis bersalut hanya ada pada bertih tertentu.  Inilah kelebihan PG.  

Dari segi rasa, saya okay sahaja, mungkin kurang minat makanan manis menyebabkan PG begitu terasa kemanisannya.  Saya hanya beli perisa biasa, satu bag kecil dalam RM16.  Tak ada cuba pula perasa lain.  Tengoklah di lain masa jika berkesempatan.  Sekarang PG dah ada di One Utama, senanglah sedikit jika ingin membeli.  Buah Hati dan Sitie Cutie nampak gemarkan PG.  Abang pun boleh tahan gemarkan PG, berbeza dari yang lain katanya.

  Beratur panjang untuk membeli PG.  Boleh tahan ramai gemarkan bertih jagung ini.  Ada di antara mereka membeli dalam tin yang berharga hampir ratusan ringgit


Sambil menanti giliran, sempat saya abadikan sekeping gambar kenangan.



nota:  bolehlah dari tiada langsung.. 

No comments :

Post a Comment