Followers

Wednesday, January 11, 2012

::Selamat Segalanya, Alhamdulillah::

Mood untuk bercerita panjang hari ini tak berapa nak ada.  Cuaca begitu melemaukan suasana, serasa hilang semangat.  Nak sambung kerja macam malas pula nak melihat segala dokumen yang ada.  Manusia yang suka buat kerja saat akhir seperti saya ini, memang kerap menerima padah.  Beberapa kali dah terkena pun masih belum ada kesedaran.  Jom doakan supaya saya lebih gigih lagi ya..he..he..he..

Sementelah telah ada gambar, saya kongsikan sahaja di sini.  Bukannya apa, kenangan seumur hidup buat kami sekeluarga terutamanya GP.  Menyahut seruan Illahi dalam menjadi tetamu Allah bukan semua orang berpeluang.  Pemergian GP ke Tanah Suci pernah saya ceritakan di sini. Pemergian yang dirai dan kepulangan yang dinanti pasti menjadi momen indah untuk dikenang.

GP dijadual tiba jam 12 tengahari 9 Disember 2012.  Pada mulanya tak merancang untuk ke sana beramai-ramai, tetapi tidak mahu melepaskan peluang, akhirnya kami sekeluarga pergi tidak termasuk Ayu Bam Bam dan suami Ninie, Syauki.  Ketibaan sedikit lewat, tetapi Alhamdulillah segalanya selamat.  Moga GP peroleh Haji Mabrur dan akan ada lagi rezeki untuk menjadi tetamu Allah, Insyaallah bersama kami semua suatu hari kelak.
Ketibaan sedikit lewat.  Penerbangan GP dari Riyadh, mujur GP tidak menaiki penerbangan dari Jeddah.  Penerbangan tertunda dari jam 6 pagi hinggalah 2 petang masih tidak tiba lagi.  Kasihan ahli keluarga terpaksa berkampung di KLIA


 Wajah ceria yang kami rindui selama hampir 2 bulan.  SMS sebagai penghubung kasih tapi tidak bersua muka sudah cukup menyeksakan kami semua.  Sebak sangat waktu ni!


 Berlari cucu kesayangan mendapatkan Aki yang dikasihi.  Momen begitu menyentuh hati antara Buah Hati dan GP


 Ciuman kerinduan seorang datuk terhadap cucu.  Lama menanggung rindu, gelagat Buah Hati benar-benar membuat hati tersentuh.  Masih kecil tetapi telah faham erti rindu


 Giliran saya pula melepaskan kerinduan.  Air mata bertakung di tahan sebaik mungkin, memanjat kesyukuran GP kembali kepangkuan dalam keadaan selamat sejahtera


Ahli keluarga lain pula mengambil tempat melepaskan kerinduan amat sangat.  Alhamdulillah tiada siapa mencuri momen manis ini dari kami sekeluarga


 Walau masih kecil Cayang Ejiki turut sama mengerti perasaan kasih sayang.  Melonjak-lonjak dia berada di dalam pelukan Aki


Manje Iyash juga tidak ketinggalan, indah sekali momen datuk bersama cucu-cucunya.  Alhamdulillah


Tiba di rumah sesi pemunggahan barangan sambil diperhatikan cucu-cucu kesayangan.  Hadiah istimewa dari Aki, sepasang jubah buat mereka bertiga =)

GP melalui sepanjang tahun yang sukar tetapi Allah menganugerah hadiah tidak ternilai di usia 55 tahun.  Sebagai anak tiada lain lebih membahagiakan dari melihat ayah tersayang bahagia, sihat dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.  Terima kasih tidak terhingga atas peluang yang diberikan oleh seseorang kepada GP dan bersyukur sangat-sangat di atas segalanya.


nota:  kita hanya merancang...










No comments :

Post a Comment