Followers

Monday, January 30, 2012

::Tahniah Awan Nano::

Umum sudah pun mengetahui pemenang Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).  Sana sini sibuk memperkatakannya dan ramai berpuas hati dengan keputusan.  Saya sendiri menjangkakan kemenangan berpihak kepada lagu Awan Nano dendangan Hafiz AF7 dari hasil karya M Nasir dan Budi Hekayat.

Tapi pernah tak kita selami bait-bait indah lirik Awan Nano dan apa sebenarnya cuba disampaikan melalui lagu simbolik yang sarat dengan kata puitis?  Kalau tak kerana video klip membantu, pasti ramai yang hanya melagukan sahaja tanpa mendalami apa cuba disampaikan.

Tak dinafikan setiap hari aliran muzik tanah air melahirkan ramai penggiat terdiri dari bakat muda.  Ada sahaja genre dan hasil karya muzik baru diperkenalkan sehingga kita yang old style tidak tahu menahu langsung.

Lihat sahaja peserta-peserta AJL 26.  Macam-macam jenis lagu ada hingga saya rasa terasing benar dek lagu-lagu tersebut tidak mesra di telinga.  Dunia muzik perlukan eksperimen serta formula baru dan mereka tidak salah.  Saya sahaja yang tidak terlalu mengikuti arus kepesatan muzik tanah air.

Cuma dari setiap penghasilan, kita menantikan kualiti.  Bila Awan Nano merangkul kejuaraan, ternyata lagu berirama biasa-biasa (melodramatik) mampu memukul lagu baru bersifat segar.  Apa sahaja yang ada pada lagu tersebut, segalanya bersifat sederhana dan tidak melampau.  Senang cerita, bila dengar signature M Nasir terserlah. 

Di sinilah kelebihan lirik Awan Nano hasil Budi Hekayat yang saya yakin memberi sumbangan terbesar kepada kemenangan mereka selain dari gaya Hafiz tersendiri.  Jika bukan kerana lirik terkesan, M Nasir sendiri pada awalnya tidak akan berminat untuk bekerjsama, betul tak?

Masa kini agak jarang-jarang lirik lagunya bermadah puitis.  Orang sekarang lebih berminat konsep straight to the point.  Tapi bagi saya inilah keindahan bahasa yang sepatutnya dipelihara.  

Siapalah saya nak komen lebih-lebih, apa pun inilah pendapat saya.  Kemenangan Awan Nano membuktikan segalanya, cuma jangan ada insiden salah kira markah dan pulang trofi pula ya..he..he..he..

Moga dengan kemenangan Awan Nano akan menyuntik lagi semangat pengkarya muzik untuk melahirkan lagu-lagu indah sebegini.  Ternyata kuasa M Nasir begitu besar dalam AJL 26, tak pernah menghampakan setiap kali bertanding.

Tahniah Penghasil Awan Nano dan tahniah Hafiz AF7 berjaya memaku lagu ini dengan gaya dan kawalan vokal baik serta tersendiri.  Jom kita hayati lirik indah lagu kemenangan!!


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
 
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
 
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
 
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
 
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
 
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
 
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
 
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
 
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
nota:  sekadar pendapat...

No comments :

Post a Comment