Followers

Monday, January 9, 2012

::Tak Sesuai Rasanya::

Awal bulan Disember 2011, antara detik yang kami sekeluarga nantikan, pulangnya GP dari menunaikan Fardu Haji.  Hampir dua bulan tidak bertemu, pasti menggamit kerinduan amat sangat.  Perancangan menyambut kepulangan GP telah dirancang lebih awal.

Penerbangan pulang dari Tanah Suci sukar diduga jadi kami pergi ke KLIA mengikut jadual awal dengan harapan tiada sebarang penundaan.  Sayangnya, lewat juga GP keluar dari balai ketibaan.  Tak tahu apa perlu dilakukan sementara menanti, kami sekeluarga berlegar-legar di persekitaran KLIA.

Entah macamana, saya dan Macho Man terpandang akan satu pemandangan yang mencemar penglihatan.  Hilang kata-kata dan berpandangan sesama sendiri sambil merasa pelik.  Nak tahu apakah ia?  Lihat gambar di bawah ini..

Pelik tak?  Ianya tidak janggal sekiranya si pemakai tidak bertudung, tetapi ini sebaliknya.  Apalah ertinya tudung yang tersarung sedangkan peha mulus terbuka luas?  Jangan salah anggap ya kerana saya tidak berniat untuk mengaibkan gadis ini.  Cumanya walaupun saya tidak bertudung, hukum hakam masih lagi tersemat di kepala.

Mungkin sudah sampai masanya pihak MAS mengkaji semula pemakaian uniform sebegini buat pekerja yang bertudung.  Barangkali, saudari ini masih baru bertudung dan uniform baru belum diperoleh (bersangka baik), tetapi bukan dia seorang sahaja sebegini.  Kebetulan ada beberapa lagi pekerja MAS yang bertudung tetap terselak kain di bawah..hmm...


Sebagai negara Islam dan MAS bertanggungjawab menggalas nama Malaysia ke peringkat antarabangsa, perkara ini tidak boleh dianggap remeh.  Apa kata umat Islam dari negara lain?  Pasti pelbagai tanggapan boleh mereka rumuskan hanya dengan pemandangan sebegini. 

Saya yakin akan ada yang akan berkata, sekurangnya dia bertudung dari yang memang bertelanjang bulat kepalanya (sayalah tu) tetapi bukalah minda dan renungkan wajarkah berpakaian sedemikian sedangkan kepala berlilit tudung?  Tidakkah seolah mempersendakan tuntutan agama?  Wallahualam...

  Mungkin MAS patut pertimbangkan pemakaian sebegini buat krew mereka?  Bergaya dan tampak manis pramugari dari Saudi Airlines (kalau tak silap)



nota:  Jangan salah anggap.  Entri ini bukan ntuk menunding jari atau memalukan sesiapa tetapi memberi pandangan ikhlas tanpa maksud tersirat

No comments :

Post a Comment