Followers

Monday, February 27, 2012

::Nasihat-Nasihat Menarik::

Walau nampak ringkas, kata-kata di bawah memberi makna mendalam dan nasihat ini kita gunakan sebaik mungkin dalam mempelajari erti kehidupan sebenar.  Semua ini saya peroleh dari email yang dihantar oleh seorang rakan maya berhati mulia.  

- Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan

- Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua

- Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.  Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

- Apabila kamu berkata "Aku Cinta Padamu" maka tunaikanlah

- Pabila mengatakan "Maaf", renunglah ke dalam matanya

- Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan

- Percayailah cinta pandang pertama

- Usah tertawakan impian orang lain.  Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa

- Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.  Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini

- Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.  Usahlah menyebut nama sesiap ketika bertengkar

- Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka

- Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas

- Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya "Kenapa anda ingin tahu?"

- Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar

- Ucaplah "semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin

- Apabila anda kerugian janganlah jadi kurang ajar

- Berpeganglah kepada tiga 'R' :  Rasa hormat pada diri sendiri, Rasa hormat kepada orang lain, Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

- Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar

- Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu

- Tersenyumlah ketika menjawab telefon.  Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar

- Ada ketikanya anda perlu bersendirian

 

nota:  banyak kebenaran....

::Adab Memotong Kuku::

Assalam di hari dan minggu baru,

Sebelum bercerita lanjut untuk sepanjang minggu, saya tertarik untuk berkongsi perihal adab memotong kuku.  Banyak kali baca melalui pos rakan-rakan di Facebook dan mahu meletakkannya di sini buat panduan diri sendiri.

Sunnah Rasulullah SAW amat wajar diikuti oleh umat Islam sebagai panduan kehidupan dan Insyaallah diberi kemuliaan dan pahala.  Saya bukan pakar agama tetapi cukup sekadar berkongsi apa dirasakan baik buat sesama kita.  Mari kita sama-sama mengamalkannya. 

Gambarajah di bawah menunjukkan aturan memotong kuku mengikut Sunnah Nabi:

Imej di ambil dari loveloveislam.com melalui pencarian enjin Google

Rasulullah SAW turut bersabda, bahawasanya memotong kuku pada:-
** Hari Isnin - nesaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

** Hari Selasa - nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

** Hari Rabu - nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

** Hari Khamis - nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh penyakit

** Hari Jumaat - nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat dari Allah SWT 

** Hari Sabtu - nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

** Hari Ahad - nescaya keluar darinya kekayaan dan masuk kemiskinan

 
 Wallahualam...



nota:  tak salah mengikut apa yang baik...
 

Friday, February 24, 2012

::Cerita Telefon Bimbit::

Zaman sekarang hidup tanpa telefon bimbit seperti tidak lengkap.  Dari kecil hingga ke besar amat mengenalinya, tidak hairan kanak-kanak seawal tiga tahun boleh memiliki telefon bimbit.  

Tak perlulah nak cerita akan kepentingan, pro dan kontra kegunaan, kecanggihan dan sebagainya.  Jom saya kisahkan revolusi mobil tangan di dalam kehidupan saya.  Sementara masih ingat dengan jelas, abadikan di ruang ini.  

1  Saya memiliki telefon bimbit seawal usia 18, mula-mula menjejakkan kaki ke Institut Pengajian Tinggi.  Waktu itu hanya seorang dua sahaja rakan sekuliah memilikinya dan penggunaan pondok telefon sangatlah popular.  Jenama pertama Nortel seperti gambar di bawah.  Tak pasti akan kewujudan jenama ini.

Lebih kurang seperti dalam gambar, bezanya telefon saya ada penghadang di papan kekunci dan berwarna hitam sepenuhnya.

2  Dari telefon Nortel, bertukar pula ke telefon Motorola.  Rasanya antara yang paling popular dan ramai pengguna telefon bimbit tersebut.  Ia juga dikenali dengan jolokan 'baling kat anjing pun lari'.  Manakan tidak, baterinya besar betul.  Bila pakai terasa gah..kah..kah..

Inilah lebih kurang telefonnya.  Cuma ini agak nipis sedikit mungkin bateri tersarung jenis slim.

3  Selepas itu, keluar pula telefon-telefon ala-ala fancy.  Penuh warna keceriaan dan pelbagai kecanggihan ditawarkan.  Saya turut terpengaruh dengan pasaran.  Dari Motorola beralih pula ke telefon Arcatel.  Bagusnya telefon ini boleh menggunakan bateri AA.

Kalau tak silap Macho Man beli dahulu kemudian saya ambil alih dari dia dan seperti di gambar, telefon milik saya berwarna kuning juga =)

Pada waktu sama berlumba-lumba syarikat pengeluar telefon bimbit mengeluarkan produk.  Macam-macam jenama di pasaran dan punya strategi pemasaran tersendiri untuk menarik minat.  Nokia mula mengambil tempat di hati dengan keluaran telefon nipis.

4  Agak lama asyik pakai telefon besar gedabak pasti hati tertarik untuk memiliki yang ringan dan slim, sesuai dengan gaya peredaran semasa.
Seingat saya, telefon saya berwarna merah.  Waktu itu juga konsep prepaid luas digunakan dan telefon ini dibeli sekali dengan nombor prabayar.

5  Tak lama selepas itu, telefon bimbit semakin mengecil modelnya.  Comel sahaja sebesar tapak tangan.  Ghairah mengikut perkembangan terkini sekali lagi telefon bertukar dan kali ini jenama Ericsson pula menjadi pilihan.
 Saya punya warna hijau seperti di dalam gambar.  Sayangnya hanya mampu memikat hati kurang dua minggu.  Banyak kelemahan dan apa ditawarkan oleh telefon Nokia tidak ada pada telefon ini.  

6  Bila tidak berpuas hati terus bertukar kepada Nokia semula.  Rasanya antara model Nokia terbaik.  Waktu itu ramai tergila-gilakan telefon ini.  Biasalah umur mentah, timbul riak bila memakainya.  Kalau boleh nak satu dunia tahu saya antara terawal memiliki telefon tersebut.
 Nokia model 3310 dan punya kenangan tersendiri hadiah dari Abang.  Lama juga simpan, pakai sehingga rosak.  Sepatutnya saya simpan kerana punya nilai sentimental tersendiri.  Pada waktu itu juga banyak sarung telefon beraneka corak.  Sekejap tukar yang itu, kemudian tukar yang ini pula.

7  Dari Nokia 3310, tukar pula ke telefon yang lebih kecil.  Betul-betul mengikuti tren semasa.  Tapak tangan lebih besar dari telefon tersebut.  Masih kekal dengan jenama Nokia.
  GP antara orang terawal memiliki telefon ini.  Biasalah ihsan dari syarikat sendiri.  Bunyian dikeluarkan juga menarik pendengaran dan kerana itulah tertarik untuk bertukar.  

8  Tak lama selepas model 8210 (kalau tak silap), Nokia improvise lagi model.  Mengigil tangan melihat reka bentuk terbaru.  Pujuk sana pujuk sini berjaya menukar ke telefon tersebut seperti gambar di bawah.

Waktu itu orang sibuk panggil 'Nokia Butterfly'.  Antara menarik minat sebab skrin berwarna biru.  Yelah, sebelum ni mana ada warna muncul di skrin.  Pandai betul Nokia menarik minat penggemar telefon bimbit.

9  Tak berhenti setakat itu, keluar lagi lebih canggih.  Waktu tu sudah punya duit sendiri, tak perlu minta kebenaran GP atau GM untuk bertukar.  Pandai-pandai ke kedai telefon dan terus ambil yang berkenan di hati.

Nokia 6510 kalau saya tidak silap.  Reka bentuk sedikit gemuk di belakang kembali menambat hati.  Lagu-lagu untuk dijadikan ring tone pun boleh tahan sedap, kerana itu menjadi pilihan.

10  Setelah jemu dengan jenama Nokia berhasrat pula menukar ke jenama lain.  Terpengaruh dengan kata rakan-rakan saya ke Singapura semata untuk membeli telefon bimbit.  Kerja gila namanya.  Tapi boleh tahan murah harganya dan jenama Samsung pula menarik minat.
Waktu itu saya boleh katakan Samsung juga pandai melakukan promosi hingga berjaya menawan hati.  Kebiasaannya features lain dari yang lain ditawarkan menyebabkan peralihan dari jenama A ke jenama B dan itulah yang berlaku.

11  Dari model Samsung di atas bertukar pula ke telefon seperti gambar di bawah.  Tak berniat nak bertukar tetapi Abang dapat secara percuma, ambil sahajalah.  Telefon di atas saya serahkan pada ahli keluarga yang lain.
 Tawaran telefon berkamera mendapat permintaan tinggi pada waktu itu.  Nama sahaja ada kamera, tak guna mana pun.  Tapi kira canggihlah berbanding dengan orang lain

12  Akhirnya jemu dengan Samsung dan kembali tertarik jenama Nokia.  Jika sesiapa perasan, setiap tahun ada sahaja model baru ditawarkan Nokia.  Kadang-kadang dalam setahun 2-3 model.  Rambang mata dibuatnya.

Tak ingat pula model Nokia ini.  Very the woman bila pakai telefon ini.  Saat itu saya telah kembali berkhidmat bersama keluarga dan telefon ini dibelikan oleh GM.  Bukan saya seorang sahaja dapat, adik beradik saya semua dapat.  Sebenarnya GM adalah antara punca kami sering bertukar-tukar telefon kerana GM seorang up-to-date.  Sering mengikuti revolusi perubahan serta kemudahan ditawarkan.

13  Kemudian, sekali lagi Nokia embarked dengan model baru dan menjadi pujaan ramai.  Hari-hari asyik menelek gambar telefon Nokia terbaru.  Mula membandingkan apa yang ada dan tiada.  Pujuk punya pujuk GM sekali lagi tewas dengan kami semua (jahatkan anak-anak).  Setiap seorang dari kami berjaya menukar telefon baru dan semuanya sama.
Digelar 'Nokia Daun' antara yang lama saya pakai.  Terpaksa bertukar kerana rosak.  Masa nak ganti telefon ini hati berkata-kata, sayang tak terhingga.  Lagi pula ketika itu telah pandai menilai duit.  Tersangatlah berkira hendak bertukar tapi tak boleh buat apa-apa.  Puas dibaik pulih tetap gagal berfungsi.  Nak dekat 3 tahun kalau tak silap berjodoh dengan telefon ini.

14  Bila dah rosak, Abang ganti dengan telefon Nokia E66 seperti gambar di bawah.  Biasa-biasa sahaja dan masih digunakan sehingga hari ini untuk substituted number.  Alhamdulillah tiada sebarang masalah, cuma semalam Cayang Eki telah berjaya menceraikan bingkai telefon.  
Selagi boleh digunakan akan saya pakai.  Dah tua-tua begini malas nak mengikut arus perubahan sangat.  Cukuplah dengan apa yang ada.

Beberapa tahun kebelakangan ini telefon pintar pula menguasai pasaran dan dua tahun lepas saya telah membeli I-Phone 3GS, dipakai sehingga hari ini.  Walau memberi sedikit masalah dari segi sistem, belum berhasrat untuk bertukar ke jenama atau model lain.  Seperti yang saya katakan sebelum ini, nilai wang tersebut amat dihargai.  Dari membazir ke benda bersifat sementara mungkin boleh digunakan untuk perkara lain.

Bohonglah kalau kata tidak akan bertukar ke lain cuma belum masa yang sesuai.  Lagi pula dengan dua telefon yang sedia ada sudah cukup rasanya.  Bukan bergayut 24jam tetapi telefon pintar adalah satu kemestian kerana kemudahannya tidak dapat dinafikan, amatlah membantu dan benar-benar mengikuti peredaran teknologi.

Ha, apa macam?  Panjang berjela tak saya membebel berkenaan telefon bimbit pernah dimiliki?  Jangan tak tahu setiap kali bertukar, Abang juga turut tukar sama dan jenama pilihan lebih kurang sama ;)  Gilakan kami!!  Tapi sekarang tidak lagi....

Apa pula cerita rakan-rakan dengan telefon bimbit ini.  Jom kongsikan untuk tatapan pembaca yang lain.



nota:  gambar-gambar semuanya diambil dari Google Image.  Andai ada gambar kepunyaan peribadi harap izin saya gunakan di sini dan boleh beritahu saya untuk kredit.









 

::Allah Tahu Segalanya::

Salam Penghulu Hari, moga hari ini membawa perkhabaran gembira serta dirahmati oleh Allah SWT.  Terasa mahu mencerna kata-kata tetapi tak tahu berjaya secara keseluruhan atau pun tidak.

Badan lemau semacam gara-gara nasi lemak kerang sambal lebih.  Kalau ikut hati, mahu sahaja bawa diri ke tilam nan empuk dan memulakan pelayaran.  Sebab itulah jarang-jarang mengambil fat rice di siang hari kelak hilang produktiviti.

Kononnya enggan menjamah sebarang nasi, hanya lauk sahaja.  Sepanjang minggu berjaya menahan nafsu namun permintaan GM telah menyekat kobaran semangat.  Salahkan orang lain pula walhal nafsu serakah melampau batas..huh!!

Semalam kebanyakkan kita dikejutkan dengan pemergian Adik Faris yang menderita akibat barah darah dan terdampar kesakitan selama lebih dari tiga minggu.  Allah mengetahui segalanya, ini mungkin yang terbaik buat Allahyarham dan keluarga.

Saya hanya menyedari penderitaan Arwah dalam minggu ini, itu pun setelah membaca di bebarapa blog terkenal dalam usaha mendapatkan bantuan pembiayaan hospital mencecah ratusan ribu ringgit.  Namun pada ketika itu saya membaca sekali lalu tanpa mendalami kisah sebenar.

Bila Allah menjemputnya barulah saya mencari apa sebenarnya berlaku terhadap Allahyarham.  Blog Mazidul dan Kak Red antara yang diselongkar.  Ada juga lain-lain tetapi saya menembak masuk secara rambang.  

Beruntung sebenarnya Arwah Adik Faris kerana kebetulan ibu bapanya berkawan dengan orang-orang terkenal justeru itu bantuan kewangan dipohon Alhamdulillah mudah diperoleh dan keprihatinan orang ramai telah membawa ramai ke hospital bagi tujuan lawatan.

Penderitaan Adik Faris adalah secebis kisah di dalam kehidupan yang sering diuji.  Dari seorang kanak-kanak cerdik, sering bergurau senda secara tiba-tiba berubah duka.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  

Meluangkan masa membaca ternyata hati dirundung pilu hinggakan saya terpaksa berhenti membaca beberapa kali.  Cuba meletakkan diri di tempat ibu dan bapa Arwah, aduh tidak tertanggung rasanya.

Tatkala melihat gambar comel, terbayang akan anak-anak di rumah ini.  Andai kami di tempat mereka...entahlah!!  Sukar untuk digambarkan!!  Saat ini terkenang kembali apa dilalui keluarga Allahyarham bergetar hati.  Begitu kuat dugaan mereka.

Bila bapa Arwah mula redha dan sanggup melepaskan Adik Faris pergi, meruntun jiwa dan seolah Arwah mendengar hajat bapanya itu dia pergi dengan wajah tenang tetapi tidak tahu bagaimana penderitaan sakit yang ditanggung.  Hanya Allahyarham sahaja mengetahuinya.


Bangga bila mengetahui target sumbangan berjaya mencapai sasaran.  Betapa murni dan luhur hati para penderma sekalian.  Di luar sana masih ramai lagi mengharapkan bantuan sedemikian, harap rakyat Malaysia sedia ada sudi membantu.


Namun ada juga menghambur kata-kata negatif buat keluarga Allahyarham dan mengambil kesempatan di atas situasi ini.  Biar apa pun tanggapan mereka, satu sahaja saya pinta.  Letaklah diri anda di tempat keluarga Arwah Adik Faris dan nilailah sendiri.


Sebagai ibu bapa mereka berusaha sebaik mungkin demi anak tersayang walau sanggup berkorban nyawa.  Jika itu yang mereka rasa terbaik restuilah pilihan mereka dan hulurkan bantuan seadanya.  Bukan iringi usaha mereka dengan cemuhan sebagainya.

Andai tidak mampu cukup sekadar berdoa moga apa sahaja diusahakan menemui kemenangan.  Bantuan spiritual juga amat diperlukan buat sesiapa sahaja berada di tempat mereka.


Ya benar, Adik Faris sudah tiada.  Tak guna kenang tetapi jadikanlah iktibar supaya si pencemuh dan pengeluar kata-kata negetif tidak mengulangi terhadap mana-mana keluarga sedang berhadapan situasi sedemikian kelak.


Apa pun, Adik Faris Nur Daniel telah punya tempat di syurga dan menanti kehadiran keluarganya kelak.  Segala suratan sudah tertulis sejak azali.  Sebagai saudara Islam, kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan berdoa moga keluarga arwah tenang dan seredhanya menerima ketentuan ini.



nota:  rahsia Allah tidak pernah siapa ketahui...





  

Thursday, February 23, 2012

::Tercari-cari::

Semakin hari semakin tidak pasti kenapa saya berada di sini lantaran tidak tahu apa hendak diloretkan sebenarnya.  Melihatkan rakan-rakan lain aktif terbetik rasa cemburu.  Manakan tidak, saya sering terfikir-fikir apa inti pati bersesuaian walhal mereka punya 1001 kisah.

Hendak bercerita kisah peribadi ala-ala diari, berat di hati.  Saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghebahkan buat tatapan umum.  Mana saya kongsi lebih kepada aktiviti yang mungkin satu hari nanti boleh dikenang.

Mahu diluahkan apa terbuku di hati, asyiklah sedih.  Belum ada warna-warna keceriaan yang berbunga.  Kepayahan dilalui bakal menjadikan ruang ini diselaputi mega mendung.  Kelak, tiada siapa lagi sudi hadir.

Ingin berkongsi kata hikmat buat pendorong, siapa saya??!!  Seorang manusia biasa berusia 32 tahun yang melalui suka duka dan melihat kehidupan manusia disekeliling dari sudut pandangan matanya sendiri.  

Tak apalah, selagi terlintas akan perkara-perkara mahu dikongsi pastinya sini akan penuh dengan hasil curahan.  Andai berhenti buat selamanya satu ketika nanti, ia memberi signal bahawa tuan empunya blog telah mati dari pelbagai sudut...



nota:  apalah yang direpekkan??   

::Triump Over Hardships::

Nothing been updated since last entry.  I was so frustrated with current situation as all plan none turn into reality.  I found these words from my mailbox and I keep read it each day to console myself and build up confident.  Thank to whoever that created this and I love to share here!!

TRIUMP OVER HARDSHIPS - Think life is hard and it's hard

When you dwell on your problem or what you don't have, you generate negative energy and chances are your life won't change for better.

Why not focus on the possibilities?  
When you make up your mind to do sometihing, you'll find you can.  
Instead of thinking about barriers in life, reach out after opportunities.  
Instead of seeing a locked door, see a key.  
Instead of thinking about the rough mountain climb ahead, see yourself standing on the summit.

Today, resolve to let go of the struggles and embrace your potential.  Your shift in attitude will shift your life from the shadows into the sunshine.   

I got this through penawarku@yahoogroups.com.  Join this to get more and more interesting email!!







note:  dreaming for a sunshine

Sunday, February 19, 2012

::Cerita Pendek Hari Ahad::

Apa perancangan hari ini?  Nikmatilah sebaik mungkin kenikmatan hujung minggu yang bakal berakhir dalam beberapa jam sahaja lagi.  Saat ini sedang menonton peti ajaib (TV) sambil mata sesekali berkalih memandang skrin komputer riba.

Terima kasih kepada skil menaip, banyak membantu.  Tak perlu mata melihat ke papan kekunci, pantas sahaja jari menari menekan mengikut aliran otak.  Terkejut juga pengacara Melodi menyatakan seniman Latif Ibrahim belum meninggal dunia.  Astghafirullahalzim...  

Malam tadi berita tersebut hebat tersebar di laman maya hingga saya sendiri mengkhabarkan kepada GM.  Yalah, Latif Ibrahim artis popular di zaman GM.  Pasti mereka seusia lebih menghargai bakat seperti beliau.

Inilah antara keburukan kecanggihan teknologi yang sebenarnya ramai menyedari tetapi masih disalahgunakan.  Sepatutnya berita-berita serius sebegini terutamanya berkaitan kematian biarlah melalui pengumuman khas ahli keluarga.  

Kadangkala kita berhasrat untuk menjadi orang terawal menghebahkan berita tetapi terlupa akan risiko kelak.  Kecewa ahli keluarga bila orang yang disebut-sebut itu masih lagi bernyawa dalam masa yang sama ramai telah mula megaminkan roh.

Apa pun kita bersangka baik.  Mereka yang mula menyebarkan berita tersebut bukan bertujuan lain, hanya mahu orang ramai sedar dan sedekahkan Al-Fatihah atas kehilangan sebutir permata di dunia seni.  

Permata yang mampu buat kita tersenyum walhal kita sedang berada dalam kesedihan.  Moga Allah panjangkan umur seniman Latif Ibrahim yang sedang berada di wad kritikal IJN.  Harap yang baik-baik sahaja buat beliau dan seluruh ahli keluarganya.  

Okay, saya pula masih belum perancangan ke mana-mana.  Insyaallah petang membawa ke malam adalah beberapa perancangan, kalau jadi.  Walau sakit masih bersisa kena kuat, enggan mahu memikirkan perihal sakit ini melampau.  

Hai, masa yang ada bukan ibarat berlari dah tetapi berlalu bak angin kencang.  Segalanya begitu pantas.  Adakah kita sebegitu pantas mengejarnya??  hmmm....



nota:  bagai nak pecah dada menahan....      

::Coretan 3 Pagi::

Sekejap sahaja Februari hampir tiba ke penghujung.  Sinar gemilang 2012 masih belum dirasakan.  Kehidupan sama seperti dua tahun sudah walau harapan tinggi menggunung.

Tak sabar hendak menghurai perkara yang terbelit.  Andai berjaya apa dicitakan, satu persatu akan dilerai.  Sengsara bertahun mampu diubati meski meninggalkan bekas luka mendalam.

Bila melihat rakan sebaya mampu meraih kebahagiaan hasil usaha sendiri terdetik rasa cemburu.  Masakan tidak, ada di antara mereka jauh ketinggalan dari sesebahagian faktor namun mereka berjaya.

Itulah nasib!  Tak semua punya segalanya mampu berjaya dan tidak semua yang dahulu kita anggap loser akan terus berada di bawah.  Saya yakin tekad untuk berada seperti apa yang mereka ada sekarang membuahkan kejayaan.

Di usia sebegini, dapat dirasakan tempoh makin singkat.  Andai Allah menjemput esok hari, paling tidak Dia sudah pinjamkan nyawa selama 32 tahun masakan tidak boleh di ambil semula.

Tetapi jika benar itu berlaku, mungkin saya antara hamba yang penuh sesal di dada.  Banyak impian dan cita-cita belum mampu dilaksanakan.  Ada di antaranya menunggu masa dan tika yang sesuai.

Oleh itu, tidak jemu saya memohon doa moga Allah SWT memanjangkan usia seadanya sehingga sebahagian dari hajat dan impian terlaksana.  Apa pun, Maha Pencipta itu tahu segalanya.  Jangan dipertikaikan segala kerjaNya.

Susah menjadi saya dan susah juga untuk orang fahami saya.  Biarlah segala lemparan cacian dan hinaan berterusan dituju kerana saya suka mendengar akan gelaran KOMPLEKS kerana ada masa saya juga tidak faham diri sendiri...ahaks!!!

Saya akan terus menggantung harapan kerana itu sahaja mampu dilakukan buat masa ini.  Terima kasih kepada yang kononnya mengenali saya tetapi anda sebenarnya tidak kerana dengan sengaja hati telah terluka.  

Biar sahaja memori silam menjadi penawar rindu kerana buat masa ini segalanya tidak mungkin berulang melainkan pintu hati tertutup rapat berjaya dibuka semula.  Kita bermula dari dua arah berbeza mungkin pengakhiran juga di bawah haluan yang lain. 

Maaf alam siber kerana terpaksa lagi membaca lara hati.  Sampai bila lagu sedih ini akan berkumandang saya tidak pasti namun keyakinan tinggi segalanya akan berakhir juga satu hari nanti.




nota:  bila tak tidur malam inilah jadinya...

    

::Melayan Malam Minggu::

Baru pulang dari Pasar Malam Jalan TAR.  Lama sudah tidak ke sana, setahun lebih rasanya ke sudah menjengah ke angka dua.  Jika dahulu menjelang sahaja hujung minggu, ke situ adalah acara wajib.

Nampak sangat sudah berusia lantas tidak lagi betah untuk berasak sambil mencuci mata.  Sekarang jika inginkan sesuatu barulah akan berkunjung ke tempat diingini.  Dari siang teringinkan laksa dari Pasar Malam Jalan TAR, mujur juga Abang mahu melayan.  Kelebihan orang sakit begitulah!  ha..ha..ha..

Pelawa GM & Ayu Bam Bam, pantas sahaja mereka menurut.  Buah Hati pun turut serta tetapi tak berapa sesuai sebenarnya berjalan dengan budak seusia dia sambil berhimpit.  Tak apalah, beri pengalaman baru juga pada Buah Hati.

Selera berjaya dipenuhi dan ternyata rasa laksa tersebut tidak pernah berubah.  Malangnya tiada sebarang gambar untuk dikongsi bersama, jadinya nak terangkan di bahagian mana gerai tersebut agak sukar sedikit.  

Usai menikmati laksa, kami segera pulang.  Hujan pantas menyirami bumi, kasihan pada Buah Hati.  Demam pula dia nanti.  GM dan Ayu Bam Bam pasti tidak puas berjalan, nak buat macamanakan.  Lain minggu kita datang lagi!

Meski sudah lama bertapak dan bertahun lamanya beroperasi, Pasar Malam Jalan TAR tidak pernah mengecewakan pengunjung.  Saban minggu penduduk kota pasti memenuhi ruang jalan dan peniaga pasti tersenyum gembira.

Seronok melihat gelagat pengunjung serta peniaga.  Aneka makanan dan barangan padat memenuhi ruang niaga.  Nasihat saya pada Ayu Bam Bam, jika nampak apa diingini atau terasa ingin membeli setelah berada di depan mata, teruskan sahaja niat.  Untuk berpatah balik setelah melewati jalan panjang adalah mustahil.

Cuma harga dikenakan para peniaga semakin meningkat.  Yalah, harga barangan mencanak naik, takkan mereka hendak mengekalkan harga lama.  Berada di sana sekeping not RM50 boleh habis begitu sahaja melainkan betul-betul hanya ingin mencuci mata.

Seronok juga melewati malam minggu di salah satu tarikan bandaraya Kuala Lumpur.  Sepuluh tahun dari sekarang, sekiranya masih wujud lagi Pasar Malam Jalan TAR pasti banyak kenangan bisa terimbau saat menyusuri kawasan.  Agak-agak waktu tu kakak yang jual laksa kegemaran tu ada lagi tak? =)




nota:  entri layan mata....


 

Saturday, February 18, 2012

::Jika Kamu..::

Masih lagi dalam mood membaca beratusan email dan banyak kata-kata yang menyentuh hati.  Kalau rakan-rakan berminat, sertai penawarku@yahoogroups.com.  Insyaallah banyak frasa memberi perangsang buat diri.  Semalam, email di bawah ini menarik minat saya..

JIKA KAMU...

JIKA KAMU memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.  Jangan sesekali kamu lepaskan ia semuala ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kail dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. 
BEGITU JUGA setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.  Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.  Jangan sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

JIKA KAMU menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.  Cukplah sekadar keperluanmu.  Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang.  Sedangkan jika kamu mencuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.  
BEGITU JUGA  jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.  Jangan kamu terlalu mengagumnya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.  Anggaplah dia manusia biasa.  Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.  Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya

JIKA KAMU telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu dan mengenyangkan, berkhasiat, mengapa dilengahkan dengan mencuba mencari makanan yang lain.  Terlalu ingin mengejar kelazatan kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.  Kamu akan menyesal!  
BEGITU JUGA jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu, mengapa kamu berlengah cuba membadingkannya dengan yang lain.  Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

  

 nota:  hayati seadanya...

Friday, February 17, 2012

::Friends vs Best Friends::

Salam Penghulu Hari,

Nak mereka ayat macam malas, hari ni copy & paste dari kotak email.  Seronok membaca email-email yang dihantar dan berguna juga.  Untuk rakan-rakan di luar sana, renungkan kata-kata di bawah ini dan cari kebenarannya ya..

Friends VS. Best Friends

A Just Friend says..hi,..hello,..bye,...and walks away...
A Best friend always stop by your side & asks how r u doing ??


A Just Friend has never seen you cry.
A Best friend has shoulders soggy from your tears.


A Just Friend thinks the friendship is over, when you have an argument.
A Best friend knows that it's not a friendship, until after you've had a fight.


A Just Friend hates it when you call, after he has gone to bed.
A Best friend asks you.... why you took so long to call.


A Just Friend, when visiting, acts like a guest.
A Best friend opens your refrigerator and helps himself.


A Just Friend jealous about your romantic history.
A Best friend wonders of your love story.....


A Just Friend expects you to be always there for any help.
A Best friend is always there, wherever you require any help.


A Just Friend doesn't have time in his/her busy schedule,
A Best friend always have time for you in his/her busy schedules....

A Just Friend phones you whenever he/she has some work,
A Best friend calls you often just to hear your voice.....



A Just Friend doesnt have anything to talk to you on phone,
A Best friend doesnt know...what all to finish...



Send this to all your friends. I'm telling u, Best friends are immediately responding to this. 





notes:  nothing impossible...












Wednesday, February 15, 2012

::Melepaskan Rindu Di Sini::

Seperti mahu menulis sesuatu tetapi tidak tahu apakah yang sewajarnya dikongsikan.  Kesihatan belum kembali pulih, malahan proses pemulihan agak perlahan.  Manakan tidak, tiada sebarang ubat diambil sudah pasti menyukarkan keadaan.

Baru sahaja menyelak laman-laman agama berkaitan solat di kala uzur.  Itulah manusiakan, bila dah tak mampu barulah nak buat segalanya dalam keadaan konsisten.  Sewaktu tiada aral melintang perkara wajib ditolak tepi.

Ya, saya manusia biasa.  Di waktu senang, di waktu suka banyak perkara diabaikan.  Solat 5 waktu tidak berjaga langsung.  Bila terdetik hati barulah kelam kabut mencari telekung sejadah.

Mungkin kerana itu saya sedang menerima segala pembalasan.  Di usia sebegini kesihatan saya seolah manusia berusia 70 tahun.  Kesempitan dan kesukaran melanda seolah saya punya dosa seribu tahun.  

Namun saya redha dan berterima kasih kepada Allah kerana memberikannya kepada saya sekarang.  Di kala punya kesihatan otak dan semangat tidak berputus asa.  Sepanjang Allah menduga, saya semakin hampir kepadaNya.  Kembali mencari diri.  

Inilah hikmah terbesar dapat saya rasakan.  Walau belum cukup sempurna, Alhamdulillah saya berusaha melaksanakan tanggungjawab.  Sedikit sebanyak berusaha membimbing kembali diri yang kucar-kacir.  

Paling tidak, solat 5 waktu saya tidak pernah culas.  Ditambah dengan solat sunat lain, semua itu saya bersyukur atas perubahan melandan.  Malahan sekiranya ia tidak dapat dilakasanakan hati tidak karuan.

Kerana itu barangkali dalam keadaan sebegini lemah, hati masih tidak tenang andai solat terabai.  Hmm...Subhanallah...tiba-tiba dapat merasakan ada sedikit riak di dalam entri ini.  Bukankah kita tidak seharusnya memperbesarkan segala ibadah yang dilakukan?

Saya beranggapan biarlah entri ini menjadi kenangan.  Mana tahu di suatu waktu saya kembali khilaf (minta dijauhkan) sekurang-kurangnya saya renung kembali saat ini.  Saat di mana semakin dunia menjauhkan diri, saat itu kasih sayang Allah semakin meruap di rasa.

Terima kasih Allah kerana masih sudi menjentik "rasa itu" ke dalam diri.  Paling tidak, saya punya ruang untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan diri.  Mari kita sama-sama berdoa moga Allah sentiasa memberi petunjuk hingga nyawa dihujung badan...Wallahualam!!    



nota:  bertawakal....



   

::Recovery Process::

I was totally devastated this week and ssoooo down!  With those hanky-panky matters plus my unstable health conditions, everything seems so wrong.  I need super power prescriptions just to wound those healings.  

The best thing, I put all rest assured to my Almighty Allah.  Am still in the midst of "Girl Friends" matter and hope it will ended soon.  I need some will power for my soul and the best way of cause during Solat just the matter of time.

While digging mailbox, these words attract my attention and it helps a bit on my recovery process so why not sharing it here.  Who knows it gonna ease someone emotion, right?

"Suppose one morning you never wake up, do all your friends know that you love them?  Are there any wounds needing to be healed, friendship that need rekindling or three words needing to be said?  Sometimes I LOVE YOU can heal and bless.  Let every one of your friends know you love them.  Even if you think they dont love you back, you would be amazed at what those three little words and a smile can do.  Just in case tomorrow is too late...  I LOVE YOU"

 "If you woke up this morning with more health than illness, you are more blessed than the million who won't survive the week" 

"If you never experienced the danger of battle, the loneliness of imprisonment, the agony of torture or the pangs of starvation, you are ahead of 20 million people around the world"

"If you attend a meeting without a fear of harassement, arrest, torture or death, you ar more blessed than almost three billion people in the world" 

"If you have food in your refrigerator, clothes on your back a roof over your head and a place to sleep, you are richer than 75% of this world"

"If you have money in the bank, in your wallet and spare change in a dish plate, you are among the top 8% of the worlds wealthy" 

"If you hold up your head with a smile on your face and are truly thankful, you are blessed because the majority can, but most do not"

"If you can hold someone's hand, hug them or even touch them on the shoulder, you are blessed because you can offer God's healing touch"

"If you can read this, you are more blessed than over two billion people in the world that cannot read anything at all"

YOU ARE SO BLESSED IN WAYS YOU MAY NEVER EVEN KNOW 


note:  thank you to those have created those nice words!!
 


       

Monday, February 13, 2012

::Bergantung Harap::

Menghitung hari tidak pasti sampai bila penghujungnya, itulah yang sedang dialami kebelakangan ini.  Sampai bila segala kepastian akan terlerai hanya Allah SWT sahaja mengetahui rahsia di sebalik ini semua.

Dek terlalu runsing memikirkan kesihatan turut terjejas.  Sudah 4 hari diserang selsema, mujur demam tidak menjengah.  Dalam keadaan sebegini, bukan risaukan diri tetapi lebih kepada budak-budak di rumah.

Tak cukup dengan selsema, kunjungan mesra "rakan baik" pula muncul.  Tiada sebarang isyarat khusus, tahu-tahu sudah tiba.  Nak menangani karenah "rakan baik" ini pun satu hal juga.  Nasib baik masalah datang pada hari pertama sahaja, kalau tidak....  

Harap sangat esok bakal memberi sedikit harapan dan kepastian.  "Ya Allah, bantulah hambaMu ini yang berharap segalanya berjalan seperti apa dirancang.  Makbulkanlah doa dan kurniakan ketenangan di dalam diri ini berhadapan apa jua kemungkinan"


Ternyata hidup dalam penantian amat menyeksakan.  Namun saya yakin setiap apa dilakukan dengan jujur dan ikhlas ditambah dengan usaha, Insyaallah akan memberikan hasil.  Cepat atau lambat, itu sahaja.

Bohonglah andai saya tidak meletakkan harapan tinggi walaupun berkali-kali menasihati diri supaya tidak terlalu berkeyakinan, tetapi saya manusia biasa.  Paling tidak kejayaan dalam melaksanakannya satu pencapaian buat diri.

Entahlah, buat masa ini takut untuk melelapkan mata bimbang esok akan mengecewakan dan sebahagian dari rasa itu, tidak sabar menunggu kedatangan esok yang menjanjikan kejayaan.  Senak dan sebak hati!!

Apa pun, hukum alam bila malam menjelma wajib untuk melelapkan mata barang seketika melainkan terpaksa mencari sesuap nasi.  Jadi apa kata saya cuba tenangkan debaran hati dengan bawa diri ke tilam nan empuk dan pejamkan mata.

Selamat Bermimpi Indah buat diri sendiri dan Selamat Hari Baru bagi yang baru sahaja membaca entri ini....





nota:  Yakinlah....

 



There was an error in this gadget