Followers

Sunday, February 19, 2012

::Cerita Pendek Hari Ahad::

Apa perancangan hari ini?  Nikmatilah sebaik mungkin kenikmatan hujung minggu yang bakal berakhir dalam beberapa jam sahaja lagi.  Saat ini sedang menonton peti ajaib (TV) sambil mata sesekali berkalih memandang skrin komputer riba.

Terima kasih kepada skil menaip, banyak membantu.  Tak perlu mata melihat ke papan kekunci, pantas sahaja jari menari menekan mengikut aliran otak.  Terkejut juga pengacara Melodi menyatakan seniman Latif Ibrahim belum meninggal dunia.  Astghafirullahalzim...  

Malam tadi berita tersebut hebat tersebar di laman maya hingga saya sendiri mengkhabarkan kepada GM.  Yalah, Latif Ibrahim artis popular di zaman GM.  Pasti mereka seusia lebih menghargai bakat seperti beliau.

Inilah antara keburukan kecanggihan teknologi yang sebenarnya ramai menyedari tetapi masih disalahgunakan.  Sepatutnya berita-berita serius sebegini terutamanya berkaitan kematian biarlah melalui pengumuman khas ahli keluarga.  

Kadangkala kita berhasrat untuk menjadi orang terawal menghebahkan berita tetapi terlupa akan risiko kelak.  Kecewa ahli keluarga bila orang yang disebut-sebut itu masih lagi bernyawa dalam masa yang sama ramai telah mula megaminkan roh.

Apa pun kita bersangka baik.  Mereka yang mula menyebarkan berita tersebut bukan bertujuan lain, hanya mahu orang ramai sedar dan sedekahkan Al-Fatihah atas kehilangan sebutir permata di dunia seni.  

Permata yang mampu buat kita tersenyum walhal kita sedang berada dalam kesedihan.  Moga Allah panjangkan umur seniman Latif Ibrahim yang sedang berada di wad kritikal IJN.  Harap yang baik-baik sahaja buat beliau dan seluruh ahli keluarganya.  

Okay, saya pula masih belum perancangan ke mana-mana.  Insyaallah petang membawa ke malam adalah beberapa perancangan, kalau jadi.  Walau sakit masih bersisa kena kuat, enggan mahu memikirkan perihal sakit ini melampau.  

Hai, masa yang ada bukan ibarat berlari dah tetapi berlalu bak angin kencang.  Segalanya begitu pantas.  Adakah kita sebegitu pantas mengejarnya??  hmmm....



nota:  bagai nak pecah dada menahan....      

No comments :

Post a Comment