Followers

Friday, February 24, 2012

::Cerita Telefon Bimbit::

Zaman sekarang hidup tanpa telefon bimbit seperti tidak lengkap.  Dari kecil hingga ke besar amat mengenalinya, tidak hairan kanak-kanak seawal tiga tahun boleh memiliki telefon bimbit.  

Tak perlulah nak cerita akan kepentingan, pro dan kontra kegunaan, kecanggihan dan sebagainya.  Jom saya kisahkan revolusi mobil tangan di dalam kehidupan saya.  Sementara masih ingat dengan jelas, abadikan di ruang ini.  

1  Saya memiliki telefon bimbit seawal usia 18, mula-mula menjejakkan kaki ke Institut Pengajian Tinggi.  Waktu itu hanya seorang dua sahaja rakan sekuliah memilikinya dan penggunaan pondok telefon sangatlah popular.  Jenama pertama Nortel seperti gambar di bawah.  Tak pasti akan kewujudan jenama ini.

Lebih kurang seperti dalam gambar, bezanya telefon saya ada penghadang di papan kekunci dan berwarna hitam sepenuhnya.

2  Dari telefon Nortel, bertukar pula ke telefon Motorola.  Rasanya antara yang paling popular dan ramai pengguna telefon bimbit tersebut.  Ia juga dikenali dengan jolokan 'baling kat anjing pun lari'.  Manakan tidak, baterinya besar betul.  Bila pakai terasa gah..kah..kah..

Inilah lebih kurang telefonnya.  Cuma ini agak nipis sedikit mungkin bateri tersarung jenis slim.

3  Selepas itu, keluar pula telefon-telefon ala-ala fancy.  Penuh warna keceriaan dan pelbagai kecanggihan ditawarkan.  Saya turut terpengaruh dengan pasaran.  Dari Motorola beralih pula ke telefon Arcatel.  Bagusnya telefon ini boleh menggunakan bateri AA.

Kalau tak silap Macho Man beli dahulu kemudian saya ambil alih dari dia dan seperti di gambar, telefon milik saya berwarna kuning juga =)

Pada waktu sama berlumba-lumba syarikat pengeluar telefon bimbit mengeluarkan produk.  Macam-macam jenama di pasaran dan punya strategi pemasaran tersendiri untuk menarik minat.  Nokia mula mengambil tempat di hati dengan keluaran telefon nipis.

4  Agak lama asyik pakai telefon besar gedabak pasti hati tertarik untuk memiliki yang ringan dan slim, sesuai dengan gaya peredaran semasa.
Seingat saya, telefon saya berwarna merah.  Waktu itu juga konsep prepaid luas digunakan dan telefon ini dibeli sekali dengan nombor prabayar.

5  Tak lama selepas itu, telefon bimbit semakin mengecil modelnya.  Comel sahaja sebesar tapak tangan.  Ghairah mengikut perkembangan terkini sekali lagi telefon bertukar dan kali ini jenama Ericsson pula menjadi pilihan.
 Saya punya warna hijau seperti di dalam gambar.  Sayangnya hanya mampu memikat hati kurang dua minggu.  Banyak kelemahan dan apa ditawarkan oleh telefon Nokia tidak ada pada telefon ini.  

6  Bila tidak berpuas hati terus bertukar kepada Nokia semula.  Rasanya antara model Nokia terbaik.  Waktu itu ramai tergila-gilakan telefon ini.  Biasalah umur mentah, timbul riak bila memakainya.  Kalau boleh nak satu dunia tahu saya antara terawal memiliki telefon tersebut.
 Nokia model 3310 dan punya kenangan tersendiri hadiah dari Abang.  Lama juga simpan, pakai sehingga rosak.  Sepatutnya saya simpan kerana punya nilai sentimental tersendiri.  Pada waktu itu juga banyak sarung telefon beraneka corak.  Sekejap tukar yang itu, kemudian tukar yang ini pula.

7  Dari Nokia 3310, tukar pula ke telefon yang lebih kecil.  Betul-betul mengikuti tren semasa.  Tapak tangan lebih besar dari telefon tersebut.  Masih kekal dengan jenama Nokia.
  GP antara orang terawal memiliki telefon ini.  Biasalah ihsan dari syarikat sendiri.  Bunyian dikeluarkan juga menarik pendengaran dan kerana itulah tertarik untuk bertukar.  

8  Tak lama selepas model 8210 (kalau tak silap), Nokia improvise lagi model.  Mengigil tangan melihat reka bentuk terbaru.  Pujuk sana pujuk sini berjaya menukar ke telefon tersebut seperti gambar di bawah.

Waktu itu orang sibuk panggil 'Nokia Butterfly'.  Antara menarik minat sebab skrin berwarna biru.  Yelah, sebelum ni mana ada warna muncul di skrin.  Pandai betul Nokia menarik minat penggemar telefon bimbit.

9  Tak berhenti setakat itu, keluar lagi lebih canggih.  Waktu tu sudah punya duit sendiri, tak perlu minta kebenaran GP atau GM untuk bertukar.  Pandai-pandai ke kedai telefon dan terus ambil yang berkenan di hati.

Nokia 6510 kalau saya tidak silap.  Reka bentuk sedikit gemuk di belakang kembali menambat hati.  Lagu-lagu untuk dijadikan ring tone pun boleh tahan sedap, kerana itu menjadi pilihan.

10  Setelah jemu dengan jenama Nokia berhasrat pula menukar ke jenama lain.  Terpengaruh dengan kata rakan-rakan saya ke Singapura semata untuk membeli telefon bimbit.  Kerja gila namanya.  Tapi boleh tahan murah harganya dan jenama Samsung pula menarik minat.
Waktu itu saya boleh katakan Samsung juga pandai melakukan promosi hingga berjaya menawan hati.  Kebiasaannya features lain dari yang lain ditawarkan menyebabkan peralihan dari jenama A ke jenama B dan itulah yang berlaku.

11  Dari model Samsung di atas bertukar pula ke telefon seperti gambar di bawah.  Tak berniat nak bertukar tetapi Abang dapat secara percuma, ambil sahajalah.  Telefon di atas saya serahkan pada ahli keluarga yang lain.
 Tawaran telefon berkamera mendapat permintaan tinggi pada waktu itu.  Nama sahaja ada kamera, tak guna mana pun.  Tapi kira canggihlah berbanding dengan orang lain

12  Akhirnya jemu dengan Samsung dan kembali tertarik jenama Nokia.  Jika sesiapa perasan, setiap tahun ada sahaja model baru ditawarkan Nokia.  Kadang-kadang dalam setahun 2-3 model.  Rambang mata dibuatnya.

Tak ingat pula model Nokia ini.  Very the woman bila pakai telefon ini.  Saat itu saya telah kembali berkhidmat bersama keluarga dan telefon ini dibelikan oleh GM.  Bukan saya seorang sahaja dapat, adik beradik saya semua dapat.  Sebenarnya GM adalah antara punca kami sering bertukar-tukar telefon kerana GM seorang up-to-date.  Sering mengikuti revolusi perubahan serta kemudahan ditawarkan.

13  Kemudian, sekali lagi Nokia embarked dengan model baru dan menjadi pujaan ramai.  Hari-hari asyik menelek gambar telefon Nokia terbaru.  Mula membandingkan apa yang ada dan tiada.  Pujuk punya pujuk GM sekali lagi tewas dengan kami semua (jahatkan anak-anak).  Setiap seorang dari kami berjaya menukar telefon baru dan semuanya sama.
Digelar 'Nokia Daun' antara yang lama saya pakai.  Terpaksa bertukar kerana rosak.  Masa nak ganti telefon ini hati berkata-kata, sayang tak terhingga.  Lagi pula ketika itu telah pandai menilai duit.  Tersangatlah berkira hendak bertukar tapi tak boleh buat apa-apa.  Puas dibaik pulih tetap gagal berfungsi.  Nak dekat 3 tahun kalau tak silap berjodoh dengan telefon ini.

14  Bila dah rosak, Abang ganti dengan telefon Nokia E66 seperti gambar di bawah.  Biasa-biasa sahaja dan masih digunakan sehingga hari ini untuk substituted number.  Alhamdulillah tiada sebarang masalah, cuma semalam Cayang Eki telah berjaya menceraikan bingkai telefon.  
Selagi boleh digunakan akan saya pakai.  Dah tua-tua begini malas nak mengikut arus perubahan sangat.  Cukuplah dengan apa yang ada.

Beberapa tahun kebelakangan ini telefon pintar pula menguasai pasaran dan dua tahun lepas saya telah membeli I-Phone 3GS, dipakai sehingga hari ini.  Walau memberi sedikit masalah dari segi sistem, belum berhasrat untuk bertukar ke jenama atau model lain.  Seperti yang saya katakan sebelum ini, nilai wang tersebut amat dihargai.  Dari membazir ke benda bersifat sementara mungkin boleh digunakan untuk perkara lain.

Bohonglah kalau kata tidak akan bertukar ke lain cuma belum masa yang sesuai.  Lagi pula dengan dua telefon yang sedia ada sudah cukup rasanya.  Bukan bergayut 24jam tetapi telefon pintar adalah satu kemestian kerana kemudahannya tidak dapat dinafikan, amatlah membantu dan benar-benar mengikuti peredaran teknologi.

Ha, apa macam?  Panjang berjela tak saya membebel berkenaan telefon bimbit pernah dimiliki?  Jangan tak tahu setiap kali bertukar, Abang juga turut tukar sama dan jenama pilihan lebih kurang sama ;)  Gilakan kami!!  Tapi sekarang tidak lagi....

Apa pula cerita rakan-rakan dengan telefon bimbit ini.  Jom kongsikan untuk tatapan pembaca yang lain.



nota:  gambar-gambar semuanya diambil dari Google Image.  Andai ada gambar kepunyaan peribadi harap izin saya gunakan di sini dan boleh beritahu saya untuk kredit.









 

2 comments :

  1. thanks...akhirnya saya idea nak buat kerja kursus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, berguna juga entri ini walau tidak banyak sekurang-kurangnya dapat membantu ;) terima kasih kerana singgah di sini

      Delete