Followers

Saturday, February 18, 2012

::Jika Kamu..::

Masih lagi dalam mood membaca beratusan email dan banyak kata-kata yang menyentuh hati.  Kalau rakan-rakan berminat, sertai penawarku@yahoogroups.com.  Insyaallah banyak frasa memberi perangsang buat diri.  Semalam, email di bawah ini menarik minat saya..

JIKA KAMU...

JIKA KAMU memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.  Jangan sesekali kamu lepaskan ia semuala ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kail dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. 
BEGITU JUGA setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.  Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.  Jangan sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

JIKA KAMU menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.  Cukplah sekadar keperluanmu.  Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang.  Sedangkan jika kamu mencuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.  
BEGITU JUGA  jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.  Jangan kamu terlalu mengagumnya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.  Anggaplah dia manusia biasa.  Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.  Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya

JIKA KAMU telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu dan mengenyangkan, berkhasiat, mengapa dilengahkan dengan mencuba mencari makanan yang lain.  Terlalu ingin mengejar kelazatan kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.  Kamu akan menyesal!  
BEGITU JUGA jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu, mengapa kamu berlengah cuba membadingkannya dengan yang lain.  Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

  

 nota:  hayati seadanya...

No comments :

Post a Comment