Followers

Sunday, February 5, 2012

::Salam Maulidur Rasul 1433::

Betapa bertuahnya kita menjadi umat Rasul terulung, Nabi Muhammad SAW.  Walau kita adalah umat terakhir sebelum tibanya hari pengadilan, terlalu banyak kelebihan dan syafaat yang Baginda Rasulullah tinggalkan khusus buat umatnya.

Hanya terpulang kepada kita untuk merebut segala peluang yang ada.  Sebagai seorang hamba hina dan serba kekurangan, tidak termampu untuk menjadi seperti Baginda tetapi kita boleh menjadikannya sebagai model terunggul dalam meniti kehidupan di dunia.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah ini mari kita sama-sama bermuhasabah diri dan menghayati segala peristiwa serta anugerah di sebalik hari indah ini.  Mari jadikan amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW untuk terus mengingati dan mendekatinya. 

Gambar di ambil dari Google Image (klik pada gambar untuk ke web asal gambar) 








nota:  bersama menghayati dan menyelami..


No comments :

Post a Comment