Followers

Thursday, February 23, 2012

::Tercari-cari::

Semakin hari semakin tidak pasti kenapa saya berada di sini lantaran tidak tahu apa hendak diloretkan sebenarnya.  Melihatkan rakan-rakan lain aktif terbetik rasa cemburu.  Manakan tidak, saya sering terfikir-fikir apa inti pati bersesuaian walhal mereka punya 1001 kisah.

Hendak bercerita kisah peribadi ala-ala diari, berat di hati.  Saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghebahkan buat tatapan umum.  Mana saya kongsi lebih kepada aktiviti yang mungkin satu hari nanti boleh dikenang.

Mahu diluahkan apa terbuku di hati, asyiklah sedih.  Belum ada warna-warna keceriaan yang berbunga.  Kepayahan dilalui bakal menjadikan ruang ini diselaputi mega mendung.  Kelak, tiada siapa lagi sudi hadir.

Ingin berkongsi kata hikmat buat pendorong, siapa saya??!!  Seorang manusia biasa berusia 32 tahun yang melalui suka duka dan melihat kehidupan manusia disekeliling dari sudut pandangan matanya sendiri.  

Tak apalah, selagi terlintas akan perkara-perkara mahu dikongsi pastinya sini akan penuh dengan hasil curahan.  Andai berhenti buat selamanya satu ketika nanti, ia memberi signal bahawa tuan empunya blog telah mati dari pelbagai sudut...



nota:  apalah yang direpekkan??   

No comments :

Post a Comment