Followers

Saturday, April 28, 2012

::Berani Punya Budak::

Akibat makan lewat malam inilah akibatnya.  Mata susah mahu dilelapkan, jalan terbaik marilah membebel seorang diri di sini.

Esok BERSIH, ramai ke rakan-rakan akan turut serta?  Sekali lagi saya berdiri di atas pendirian saya mengenai gerakan tersebut.  Menyokong tidak, membantah pun tidak.  Atas pagar pun tidak.  

Sebagai warganegara Malaysia dan layak mengundi, sudah pasti saya inginkan pilihanraya telus dan BERSIH. Kita tuan empunya negara dan negara bukan hak milik mana-mana parti politik, sudah semestinya kita punya hak untuk memilih siapa mahu mengetuai kita dan bukannya pelantikkan tersebut menggunakan taktik kotor.

What ever it is, I support for BERSIH election and I wish best of luck for those have  courages to join the gathering as long do not create any crime matters.  Harap segala objektif perhimpunan akan tercapai.

Okay, tak perlu nak panjang lebar.  Nak tahu lebih cari sahaja berita-berita dan segala informasi menerusi internet.  Baik dari pihak pro Bersih dan sebaliknya.  Nilaikan sendiri mengikut taraf kebijaksanaan masing-masing.

Sebenarnya baru sahaja pulang menonton filem Berani Punya Budak karya cipta Afdlin Shauki (AS).  Setelah digembar-gemburkan akan menariknya filem ini maka sebagai pendokong produk Malaysia, saya terpengaruh.

Mujur sahaja saya tidak rugi pergi menonton.  Filem aksi komedi ini boleh dianggap sebagai satu percubaan berani dari pengarah luar biasa anak Malaysia, AS.  Benar-benar lari dari acuan filem tempatan.  Tiada lawak splastik, tiada kisah seram juga tiada kisah cinta.  

Walau hampir 80% jalan cerita lebih ke arah negara jiran, Thailand tetapi ianya masih mengekalkan ciri-ciri Malaysia sedia ada.  Awas, penuh dengan adegan ganas dan liar ya, maka amatlah tidak sesuai jika berhasrat ingin membawa anak-anak untuk menonton sama.  

Eh, yalah.  Waktu beli tiket pun sudah diberi peringatan, filem ini hanya buat tontonan penonton berusia 18 tahun ke atas sahaja.  Bagus juga, jika tidak mana anak-anak terlebih kreatif bakal meniru segala gaya.

Ceritanya berkisar kehidupan kongsi gelap di Thailand.  Bila kita kata tentang kongsi gelap, sudah dapat bayangkan bagaimana persembahan aksi melalui filem ini apatah lagi dari Thailand.     

Yang timbul kelakarnya pula di mana setiap pertuturan sewaktu di sana, dialih suara dan keluarlah pelbagai dialog lucu.  Nak kata lucu tahap melampau itu tidaklah, tetapi masih mampu mengeletek hati.  

Ada ketikanya, pengaruh komik juga turut wujud di dalam filem ini.  Pastinya produksi filem melaburkan jumlah besar terutamanya apabila sebahagian dari cerita melibatkan pelakon-pelakon dari Thailand.  

Saya respek dengan teknik perlawanan ditunjukkan.  Bertaraf profesional.  Sayangnya tidak dilakonkan oleh pelakon Malaysia.  Mungkin kerana itu juga Afdlin tidak memilih pelakon tempatan kerana kurangnya kesenian ilmu aksi dan teknik berlawan.

Sedikit sinopsis mengenai Berani Punya Budak:  mengisahkan Tong (Afdlin) dan B (Mike B) ditahan di lapangan terbang kerana disyaki mendalangi kegiatan kongsi gelap di Thailand.  Di dalam tahanan polis itulah mereka bercerita bagaimana boleh terlibat dengan kumpulan gelap itu.  Tong berasal dari Malaysia sebenarnya tetapi berpindah ke Thailnd membuka perniagaan makanan dan berkahwin dengan warganegara sana.  Isteri Tong dibunuh kongsi gelap dan Tong mengambil tugas menjaga adik iparnya.  Lebih ironi bila B pernah terlibat secara langsung dengan aktiviti kongsi gelap sehingga mengheret dia ke penjara.  Bila B keluar, dia ingin membalas dendam tetapi telah menjadi sasaran kumpulan kongsi gelap.  

Bagaimana pengakhiran filem ini, kenalah tengok sendiri ya.  Nasihat saya, pergi menonton dengan fikiran kosong, alami keseronokkan dan tidak perlu mempertikaikan inti pati filem selepas tamat.

Mahu memuji?  Terpulang, pergi menonton dan nilaikan dari kacamata anda.  Tetapi bagi saya AS berjaya di dalam misi untuk menjadi lain dari yang lain.  Tahniah kepada AS serta kumpulan produksi!  

  Gambar diambil dari Google Image

 



   
 nota:  bila penat mata pun susah nak katup...
  





No comments :

Post a Comment