Followers

Monday, April 16, 2012

::Coretan Pendek Tatapan Diri::

Tanpa disedari kini sudah di bulan ke-4 tahun 2012 yang mana hampir tiba ke penghujung sudah.  Berat rasa hati untuk berceritera di sini dek perasaan berbelah bahagi.  Gelora di dada kalah ombak Tsunami.  

Pantas benar masa berlalu, saat ini amat berharap Allah mengurniakan satu hari 48 jam sementelah 24 jam tidak pernah yang cukup.  Inilah akhir zaman di mana setiap jam diperuntukkan tidak akan pernah mencukupi.

Bila sebut perihal akhir zaman, bermacam-macam sifat dan sikap pelik manusia semakin ketara di sana sini.  Bukan sesi mengumpat atau mengata tetapi saya melihat dan mengalaminya sendiri.  Manusia sekarang semakin zalim terhadap diri sendiri dan juga orang lain.

Ke mana hilangnya pekerti manusia berakal dan kualiti diri bagi membezakan antara manusia dan haiwan?  Sudahlah penjenayah berleluasa dan sewenangnya mempertaruhkan nyawa orang lain dalam masa yang sama manusia biasa pula sarat dengan hati syaitan bertopengkan manusia hingga sanggup melakukan apa sahaja asal hajat dan nafsu terisi.

Benarlah, akan tiba waktunya kita manusia tidak lagi mampu membezakan di antara baik dan buruk.  Segalanya terlindung di balik raut wajah suci memberikan gambaran indah belaka.  Kita yang jujur dan ikhlas akan terbuai dengan apa dipamerkan tanpa dapat melihat titik hitam di dalam hati.

Bukan mahu mengatakan diri ini cukup baik.  Tidak sama sekali!!  Tetapi Alhamdulillah setakat ini belum pernah terdetik untuk menganiya sesiapa walau kerap menerima tikaman tajam menusuk dari pelbagai arah.  Segalanya diterima dengan hati terbuka dan redha kerana memikirkan tidak semua akan suka serta boleh menerima apa yang kita lakukan.

Sebahagian dari tindak-tanduk kita berisiko tinggi untuk dikritik dan menjadi buah mulut.  Lebih malang lagi ianya boleh mencetuskan api kemarahan dan dendam kesumat.  Tiada yang mustahil bukan meskipun niat disebalik apa kita lakukan adalah ikhlas semata-mata.    

Biarlah, lagi membuka segala pekung semakin sarat dada sakit membayangkan karenah manusia akhir zaman.  Cuba sebaik mungkin menarik nafas sedalam-dalamnya tatkala berhadapan dengan mereka-mereka yang bertukar topeng setiap hari.

Apa yang pasti, saya tidak mahu tergolong di dalam golongan mereka, Insyaallah.  Setiap hari saya memohon doa semoga dijauhkan dari bersikap sedemikian dan tidak menurut hasutan syaitan yang semakin berleluasa.  Hasutannya yang utama iaitu MEWUJUDKAN PERSENGKETAAN SESAMA KITA  










nota:  cabaran semakin kuat....




  
 



 

No comments :

Post a Comment