Followers

Wednesday, May 9, 2012

::Jalan-Jalan di The Curve::

Secara semulajadi, hujung minggu adalah saat paling membosankan bagi warga Kuala Lumpur.  Ke mana sahaja hendak berjalan pasti menimbulkan kerunsingan.  Masakan tidak, segala tempat di bandaraya boleh dijelajahi bila-bila sahaja tanpa menunggu waktu cuti.

Sekian lama menjadi anak jati KL, saya sendiri berhadapan dengan kemurungan di hujung minggu.  Pening kepala memikirkan mahu ke mana terutamanya bila anak-anak ada di rumah.  Lagi pula, keluar tanpa menggunakan sebarang duit adalah amat mustahil.

Oleh itu, kadangkala tempat biasa diterjah dengan paksa rela menjadi pilihan.  Bila masanya gambar-gambar ini diambil saya sendiri sudah lupa, yang pasti hari Sabtu bertempat di The Curve (TC).

Lokasi TC tidak kurang 15 minit dari kediaman.  Biasa juga ke sana cuma bezanya ada aktiviti sampingan untuk kanak-kanak.  Bolehlah, bagi mengisi masa lapang budak-budak.  Apa yang menyesakkan apabila umat dunia terlalu ramai setiap kali hujung minggu.  Rimas!  

Tengok sahajalah gambar ya.  Itu pun tak banyak mana dan hanya menggunakan kamera telefon, kerana itu kualiti gambar sangatlah teruk.

 Inilah aktivitinya,  Bungee Trampolin.  Bayaran dikenakan RM12/10minit untuk kanak-kanak dan RM15/10minit untuk dewasa (kalau tak silap) dan akan dihadiakan sekeping gambar berukuran 8R


Kerjanya adalah melompat dan melompat sehingga yang paling tinggi termampu dilakukan.  Buah hati sedang cuba mendapatkan rentak bagi melayangkan badan


Bila tidak menjadi, bantuan Papa amat diperlukan.  Respek pada Buah Hati, dia tidak gentar langsung.  Ada ciri-ciri bermain permainan ektrem dia ni


Cuba memberikan pose menarik


Kepenatan setelah melompat-lompat


Sebelum bermain trampolin, sempat lagi dia merayu untuk menunggang gajah.  Nasib baik semua mood pun okay, bolehlah dilayan permintaannya.  Kalau tidak, pasti konflik tercetus!


Tak pasti pula masih ada atau tidak Bungee Trampolin ini.  Lagi satu, dia terletak di E-Curve, satu bangunan dengan Cathay Cineplax tingkat bawah sekali berhadapan restoran makanan segera Popeye.

Zaman berseronok yang terlampau sudah berlalu barangkali, kini masa untuk melihat tawa riang di wajah anak-anak.  Di tambah pula dengan hakikat hidup kita bukannya lama mana lagi.




nota:  ada manis...ada pahit...rencah dalam kehidupan  
    

 

No comments :

Post a Comment