Followers

Friday, May 11, 2012

::Sedikit Buat Hari Ini::

As-salam di hari Jumaat yang hampir tiba ke penghujung.  Cuaca begitu indah di luar meski menanti tangisan airmata dari Sang Awan.  Hati sudah sampai ke mana agaknya rakan-rakan semua?  Hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi, kebanyakkan dari kita akan mengucapkan selamat tinggal buat pejabat, walaupun bersifat sementara.


Mencari-cari idea dengan berjalan ke sana sini untuk berkongsi bicara, ternyata kebuntuan semakin melanda.  Apakah ini menandakan kewibawaan otak untuk mencerna sesuatu baru semakin ditelan usia?


Tetapi bila lama berlayaran di dunia tanpa sempadan ini, bosan pula cepat sahaja menjengah.  Inilah manusiakan.  Bila tiada sibuk hendakkan segala kemudahan, bila sudah ada, segalanya mudah dihujung jari semakin laju mual dan malas menguasai diri.  


Minggu ini minggu sakit.  Siti Cutie masuk hospital, belum tahu untung nasib lagi.  Macho Man turut terkena tempias sejak hari Isnin lagi.  Abang turut mengalami nasib sama bila satu-satu penyakit muncul hingga tewas untuk membawa badan ke sana ke mari.  


Anak-anak badan sedap tak sedap, selsema dan batuk mula menghurung mereka.  Semalam giliran Ayu Bam Bam pula seakan-akan mahu dihinggap selsema dan sakit tekak.  Alhamdulillah saya belum menunjukkan sebarang tanda tewas dengan keadaan, cumanya saya lebih kepada jiwa kacau.. ha..ha..ha..


Ujian Allah tidak kenal sesiapa, tidak melihat apa situasi.  Itulah cabaran sedang kami depani, Insyaallah berjaya diatasi berkat sabar dan doa tidak putus kunjung dari semua.  Bila kenang segala apa berlaku, seolah tidak sabar untuk meraikan kejayaan yang sedang diusahakan.  


Jika adalah rezeki kami sekeluarga, sujud syukur ke hadrat Illahi adalah perkara terawal bakal dilaksanakan.  Moga Allah mendengar rayuan dan rintihan kami :)


Okay, dua tiga hari ini cerita ngetop sudah pasti kes ibu kurang siuman membelasah bayi darah daging sendiri.  Tipulah jika tidak sayu hati melihat keadaan bayi tersebut diperlakukan sedemikian (maaf saya tidak tergamak untuk berkongsi video tersebut di sini, cari sahaja di Youtube atau mana-mana laman web ya).  


Bila sahaja menonton terbayang akan anak-anak di rumah ini yang dimanja dan dibelai dengan penuh kasih sayang.  Anak-anak sekalian, Farysh, Izz Ziqry, Fyrash:  "betapa kalian beruntung dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang utuh dengan ikatan Ukhwah serta penuh kasih sayang.  Lihat di luar sana, ramai tidak beruntung dan tidak bernasib baik seperti kalian bertiga.  Moga kalian membesar sebagai insan kenal erti Syukur dan Tawadduk kepada apa sahaja perintah dari Allah SWT buat umatnya.  Toleh ke belakang dan lihat masa silam mu di mana kamu dibajai dengan segala limpahan kurnia dari keluarga kita yang bahagia!"


Antara adegan mengundang hiba saya apabila bayi tersebut tetap mahu berjalan ke arah ibunya walaupun dipukul bertalu-talu seolah meminta simpati dan ingin menzahirkan betapa dia memerlukan kasih sayang.  Okay, tak mahu membayangkan lagi.  Mengundang sebak teramat.


Apa agaknya untung nasib menimpa bayi tersebut?  Pastinya dia membesar di dalam keadaan trauma melampau.  Moga terpelihara nasibmu anak, Insyaallah kebahagiaan pasti menanti suatu hari nanti.  


Rentetan muat naik video tersebut, perakam mendapat cemuhan hebat.  Saya sendiri pada mulanya naik angin juga kepada dia.  Yalah, kerana dia menghalalkan perbuatan zalim dan dengan senang hati menjadikannya bahan tontonan ramai.


Inilah kita manusiakan, cepat sahaja membuat kesimpulan.  Tetapi sesiapa pun akan terus memberikan kesimpulan kerana merasakan perkara tersebut tidak patut langsung berlaku dan ianya kejam.


Setelah mendapat cerita sahih, kasihan pula rasanya kecaman terhadap wanita tersebut.  Siapa sebenarnya dalang bertindak menyebarkan video tersebut hingga menimbulkan gangguan emosi di kalangan kita semua?


Mungkin niat penyebar itu baik untuk menjadikannya pedoman tetapi, dia juga harus sedar betapa khalayak Malaysia mempunyai sifat keprihatinan teramat tinggi dan mereka tidak boleh melihat sebelah mata sahaja perkara sebegini.


Terharu saya apabila menjelang petang sewaktu hari video tersebut beredar di laman maya, pihak polis menerima panggilan aduan lebih dari 300 orang.  Ramaikan?  Alhamdulillah, sikap sedemikian belum benar-benar pupus di kalangan rakyat Malaysia walaupun ada sesetengah dari kita buat tidak peduli sahaja.  


Cumanya, sedikit menganggu fikiran saya.  Cukupkah hukuman setakat 18 bulan penjara? Walhal mangsa terpaksa membayar akan sikap kejam tersebut sepanjang hidupnya, barangkali.


Siapalah saya untuk mempertikaikan undang-undang tetapi dengan hukuman ringan sedemikian, jenayah zalim ini akan berleluasa dan pelaku akan menganggap tiada apa perlu dikhuatiri.  


Barangkali kerana status ibunya yang kurang siuman dan kerana itulah hukuman hanya setakat itu.  Entahlah...


Alamak, membebel panjang pula.  Saya harus usai segera dan melengkapkan diri serta mental dengan kesesakkan lalu lintas bakal didepani sebentar lagi.  Ada rezeki saya sambung bebel lagi hal ini....








nota:  Selamat Berhujung Minggu...
  











No comments :

Post a Comment