Followers

Sunday, June 24, 2012

::Ampang Banjir::

Jika sesiapa masih ingat, dalam bulan Mac ibu negara di landa banjir dan memberi impak besar ke atas sebahagian dari kawasan di Kuala Lumpur.  Antara yang teruk, kawasan Ampang dan Hulu Langat

Bila sebut Ampang sudah semestinya kediaman keluarga Siti Cutie.  Ya, kali ini keluarga Siti Cutie diuji dengan bencana alam hebat melanda.  Sekelip mata tidak sampai sepuluh minit, paras air naik hingga menenggelamkan tiga suku ketinggian rumah.

Mujur tiada kemalangan jiwa walau kakak Siti Cutie nyaris hanyut dek arus deras.  Kediaman mereka benar-benar di pintu masuk ke tempat perkelahan Bukit Belacan.  Limpahan air dari sungai belakang rumah mengundang bah tanpa henti.

Teruk juga mereka sekeluarga terpaksa membersihkan rumah lantaran lumpur melekat di sana sini.  Hampir sebulan juga terpaksa bertungkus lumus mengembalikan keceriaan rumah.

Bantuan dari pelbagai pihak mula membanjiri kawasan mereka, tetapi sayangnya lebih kepada provokasi politik.  Berlumba-lumba parti politik bersaing menunjukkan keprihatinan seolah menjaga kebajikan mangsa.

Pendapat saya, tidak sesuai rasanya disaat penduduk setempat sedang dilanda musibah, partai politik sibuk menjaja ideologi.  Alangkah bagusnya mereka bersatu dan membantu dari segi bantuan kemanusiaan.

Tak perlulah parti yang banyak duit menabur Ringgit Malaysia kerana saluran kewangan sudah menjadi kewajipan Kerajaan untuk memberi di saat genting sebegitu.  Duit yang ditabur untuk memancing kepercayaan penduduk boleh digunakan ke jalan sebaik mungkin.

Itu satu isu, isu lain adalah sikap mementingkan diri dan ketidakprihatinan rakyat Malaysia sendiri.  Bantuan seperti derma pakaian, makanan, peralatan asas tiba tepat pada masa.  Malangnya, mereka-mereka yang tidak terlibat di dalam musibah tersebut mengambil setiap barang yang didermakan untuk kepentingan sendiri.

Beberapa buah keluarga yang jauh dari khemah khas gagal mendapat bantuan tersebut dan keluarga Siti Cutie adalah antaranya.  Yalah, manakan nak fikir hal rumah, nak sibuk berebut bantuan, sudah pasti keadaan bertukar huru-hara.

Bantuan kemanusiaan turut lambat tiba.  Mereka nantikan juga Pasukan Penyelamat, Pasukan Bomba waima Angkatan Tentera Malaysia tetapi sayangnya tiada.  Mungkin berada berada di tempat lain yang lebih teruk terjejas.

Tetapi saya memuji keprihatinan orang ramai, antaranya Linda Onn.  Sepanjang 3 hari restoran beliau menghantar makanan kepada mangsa banjir setiap dua kali sehari.  Bukan setakat hantar di pondok khas, tetapi terus ke pintu rumah mangsa.

Ada juga beberapa syarikat korporat yang saya sudah lupa nama tetapi barangan asas seperti tilam, bekalan air bersih, sabun pencuci dan macam-macam lagi.  Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa bakti mereka.

Inilah pengajaran dan peringatan yang Allah turunkan buat kita.  Jika Dia berkehendak sesuatu itu terjadi, ia akan terjadi.  Tiada siapa mampu menghalangnya dan kita sebagai insan terselamat seharusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai sesama umat.

Jom tengok gambar yang sempat saya rakam sewaktu melawat Siti Cutie sekeluarga.


 Keadaan di luar rumah sepanjang jalan.  Penuh dengan lumpur!
 
 


 Keadaan huru-hara di perkarangan rumah keluarga Siti Cutie.  Penuh dengan barang-barang yang telah rosak




Ini pula keadaan di dalam rumah.  Segalanya disaluti lumpur dan ketinggian air yang naik sudah cukup menenggelam segalanya


Macho Man berusaha keras sepanjang minggu membantu keluarga mertuanya.  Ayu Bam Bam turut menyumbang sedikit tenaga sewaktu berada di sana


Orang sibuk mengemas "Uncle Bob" sibuk menyakat Buah Hati.  Riuh rendah jadinya

Hari ini segala telah kembali pulih walau masih banyak lagi harus dikerjakan.  Bantuan kewangan juga sudah tiada, walhal kerugian yang mereka tanggung jauh lebih besar dari apa yang telah dihulurkan.  Inilah janji manis!



nota:  akhirnya keluar juga entri kepam ini...




 

  

  

  

No comments :

Post a Comment