Followers

Monday, June 25, 2012

::Happy Birthday To Me::

Jangan salah sangka, hari ini bukan hari lahir saya.  Biasalah, macam tak kenal tuan empunya diri.  Cerita dua tahun lepas pun masih belum masuk ke sini, apatah lagi kisah 5-6 bulan lepas.

Terlanjur bergambar, berbesar hati saya kongsikan di sini =)  Ya, 26 Januari lalu, genaplah umur saya 32 tahun.  Lagi enam bulan saya bakal ke angka seterusnya.  Dah tuakan?  

Apa pun saya bersyukur tidak terhingga Allah panjangkan umur ke usia ini, Insyaallah akan dipanjangkan usia lagi dan semoga Allah tunaikan segala apa yang dihajati.

Di usia sebegini tidak pernah terlintas untuk meraikan sementelah ada banyak perkara datang menghimpit dalam satu-satu masa which I consider it as bad thing :( and until today not much changes.

Bersyukur kepada Maha Pencipta masih ada sudi ingat dan meraikan dalam serba sederhana, Alhamdulillah.  Terima kasih buat Abang di atas usaha merealisasikan sambutan.  Walau tidak sesempurna mana, ia tetap penuh bermakna.

 Antara yang hadir, Ejump & Nova sekeluarga, Macho Man sekeluarga & Mimie The Diva..he..he..he..


Lokasi sambutan:  Driving Range Kota Damansara.  Bukan calang-calang lokasinya ya.  Di pilih kerana waktu ini Abang dan Ejump sedang ghairah belajar memukul bola golf dengan Macho Man.  Sekarang Ejump dah boleh tahan bermain.  Abang?  Bolehlah tapi terpaksa berhenti seketika atas faktor-faktor kesihatan


Alololo, Romantica De' Amore konon-kononnya


Love them from the bottom of my heart.  Thank you Allah for giving them in my life, Insyaallah love forever


Lepas makan kita duduk bersantai sambil merenung kek yang gagal dihabiskan dek kerana masing-masing kekenyangan

  



note:  Thank you and Alhamdulillah Allah for everything..

No comments :

Post a Comment