Followers

Tuesday, June 26, 2012

::Menara Condong Teluk Intan::

Siapa pernah pergi Menara Condong Teluk Intan?  Walaupun kampung halaman di Perak dan perjalanan dari sana ke Teluk Intan hanya memakan masa kurang dari 1 jam, bulan Januari yang lalu barulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana.

Itu pun kebetulan keluarga Abang ada sedikit urusan di Teluk Intan.  Terlanjur berdekatan, selesai majlis kecil mereka semua menuju ke sana.  

Bagi sesiapa yang belum pernah ke sana, jika dari Kuala Lumpur ikut sahaja Lebuhraya Utara - Selatan, keluar di persimpangan Bidor kemudian halakan perjalanan ke Pusat Bandar Teluk Intan.  Ada sahaja papan tanda menunjukkan ke arah Teluk Intan.

Perjalanan hanya memakan masa kurang dari 2 jam, itu pun mengikut kadar kelajuan normal.  Lagi deras kereta bergerak, lagi cepatlah akan sampai tetapi amatlah  tidak disarankan.   


Sewaktu di sana, sayangnya tidak dapat berpeluang menaiki menara tersebut.  Bagi yang ingin mendapat sedikit info sejarah mengenai Menara Condong ini, bolehlah ke sini.  Moga mendapat sedikit ilmu ;)


Dari jauh, nampak tak kecondongan menara tersebut?  




Dari dekat pula.  Ketarakan condongnya?  Ingat di Pisa sahaja ada menara condong?  Malaysia pun ada tau, walaupun tak setinggi mana.




Alang-alang kita abadikan gambar di sini =)




Bergambar bersama keluarga Abang.  Tak semua adik beradik dia yang ada, kalau ada semua memang penuhlah gambar ni


Puas bergambar dan jalan-jalan di perkarangan menara, mereka ambil keputusan untuk melajakkan perjalanan ke Teluk Batik.  Tak jauh mana pun, lebih kurang 30-45 minit pemanduan.

Untuk ke Teluk Batik, ambil jalan menghala ke Lumut.  Biasa sangat dengan jalan-jalan di sana kerana kampung saya di Sitiawan.  Teluk Batik dan Lumut sememangnya menjadi kawasan permainan saya.

Sampai di Teluk Batik ingatkan budak-budak nak mandi laut.  Sekali semuanya takut.  Barangkali tiada dewasa turut serta maka hilang keghairahan mereka.  Macamana yang tua-tua nak turut serta, bukannya ada bawa baju persalinan, kan ini berjalan terkejut namanya.

 Beriadah sambil meregangkan urat tegang dek berjalan ke sana sini




Menanti mereka-mereka menjamu mata di tepi Pantai Teluk Batik




Sempat juga budak-budak ni main motosikal berbayar




Habis acara di Teluk Batik, alang-alang terus ke Lumut boleh juga mereka membeli hasil laut.  Orang yang mudah dapat benda-benda tersebut seperti saya mungkin tidak hairan sangat.


Di belakang itulah jeti Lumut.  Nak ke Pulau Pangkor ambil bot di sini


Tidak dinafikan hasil laut di sini segar belaka.  GM tidak pernah beli ikan bilis di tempat lain.  Jika kami tidak pulang ke kampung pesan sahaja pada saudara mara di sana.  Harga juga jauh lebih murah jika dibandingkan di Kuala Lumpur.



 Masing-masing sibuk membeli, kami sibuk bergambar


 Berjalan-jalan di pekan Lumut


Selesai membeli-belah, hari hampir malam.  Makan malam sahaja di Lumut sebelum pulang ke Kuala Lumpur.  Meninggalkan Kuala Lumpur seawal jam 10 pagi, tetapi pulangnya lewat juga kerana ada insiden kereta rosak.

 Bergambar beramai-ramai di tepian tebing laut Lumut


Alhamdulillah, perjalanan dilindungi walau terdapat sedikit bencana kecil.  Seronok meski penat berjalan.  Bila lagi agaknya berpeluang berjalan sebegini?  Ada rezeki Insyaallah...









 nota:  terkenang kampung, ada duka tersimpan...biarlah!! 

No comments :

Post a Comment