Followers

Wednesday, June 27, 2012

::Merapu Di Malam Hari::

Antara sakit mudah hinggap pada saya setiap kali bulan puasa, ulser, tonsil dan sakit mata.  Dari dulu lagi 3 sakit ini sukalah muncul tatkala bersemangat merebut ganjaran Ramadhan.

Masalahnya, sekarang ini saya sedang berhadapan dengan masalah tersebut terutamanya ulser.  Seksa menanggung sakit dan bengkak di dalam mulut.  Terasa pipi kembung penangan ulser.

Barangkali kesan dari berpuasa sunat berterusan kerana itu masalah kesihatan mudah muncul.  Di tambah pula sekarang sedang musim "Raja Buah", walau saya tidak berapa menggemari tetap makan seulas dua.

Sebut durian, teringat hantu durian di rumah ini.  Siapa lagi kalau bukan Siti Cutie, Buah Hati dan Ninie. Mereka boleh menghadap sehari suntuk buah tersebut tanpa jemu.  Letaklah berapa banyak sekali pun, memang termampu masuk ke tekak mereka.

Kasihan pula pada Abang, musim kali ini dia dilarang keras menikmati.  Memang terliur tapi demi kesihatan kenalah butakan mata.  Dah sihat sepenuhnya, makanlah seberapa banyak yang mampu asal jangan memudaratkan.

Musim durian dan musim sakit pasti datang seiringkan.  Panas, sebab itulah kedua mereka tak dapat dipisahkan.  Harap jangan saya berjangkit demam ke, batuk ke kerana ingin benar memperbanyakkan puasa sunat sebelum terbitnya Ramadhan.

Eh, sebenarnya nak bercerita perihal apa ?  Melalut tak menentu.  Tak apalah, tiba-tiba idea hilang entah ke mana. Saya berbicara mengikut hati dan sebelum lebih melalut perlu berhenti dahulu agaknya.

Inilah akibatnya kuat berangan dan buat kerja sambil mata tertancap ke kaca televisyen.  Menerawang merata!  Oklah, tidur dulu.  Itu adalah lebih baik dari membuang masa tanpa arah tuju di sini ;)

Selamat malam dan bertemu entri lain, jika ada!




nota:  yaaappeeddaa..........    

No comments :

Post a Comment