Followers

Monday, June 25, 2012

::Shrek The Musical::

Sementara punya minat untuk berlama-lama di sini, mari kita gunakan sebaik mungkin dengan berceloteh.  Esok lusa bila dah hilang keghairahan, segala kembali sepi.

Malam tadi berpeluang menonton Shrek The Musial bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.  Biasalah teater dari luar negara ni, siapa lagi penyumbang tiket jika bukan Ejump.

Kali ini bukan saya dan Abang sahaja berpeluang, Macho Man sekeluarga turut dijemput sama.  Terima kasih ya Ejump dan Nova sebab ingat pada kami adik-beradik.

Kalau semata nak membeli tiket untuk menonton, jujur saya katakan tidak.  Bukan murah tiketnya pun.  Semak di internet, tiket-tiket bermula dari harga RM100++ hinggalah RM300++.

Alhamdulillah ada rezeki kami dan semoga Allah memurahkan rezeki mereka yang tidak putus-putus memberi complimentary ticket pada kami.  Ni yang nak sayang ketat-ketat Nova..he..he..he.. ( kalau tak beri pun tetap sayang)

Seronok juga persembahan mereka terutamanya lagu-lagu yang diperdengarkan.  Semuanya segar belaka dan berjaya menarik minat penonton lebih-lebih lagi Si Kecil.  Bila cerita Shrek, sudah pasti penonton penuh dengan kanak-kanak.

Sebelum ke teater musikal ini, saya tidak pernah langsung menonton cerita Shrek.  Tertanya-tanya juga bagaimana jalan ceritanya.  Adakah kelak membosankan?  Bila menonton baru saya tahu, oh begitu ceritanya.

Tak pasti pula samada filem dan teater sama atau tidak.  Secara dasarnya ia berkisahkan Shrek spesis Oger diperintah keluar oleh keluarganya untuk hidup berdikari.  

Bila dewasa, Shrek dicabar melakukan cabaran untuk membantu membebaskan kumpulan Fairy Tales.  Dalam usaha membantu semua Fairy Tales yang ada, dia terlebih dahulu harus membebaskan Princess Fiona untuk menjadi permaisuri raja.

Seperti dongeng yang lain, Shrek berjaya dan terus jatuh hati kepada Princess Fiona.  Princess Fiona juga melalui tempoh sumpahan, hanya akan bebas jika dia berjaya menjumpai Prince Charming.

Penghabisan sudah semestinya happy ending, Shrek dan Princess Fiona bersatu.  Begitulah lebih kurang.  Watak-watak lain yang mewarnai latar cerita seperti Pinnochio, Donkey, Dragon dan banyak lagi.

Itu pun kami keluar awal kerana bimbang tersangkut dalam deretan kereta yang bakal berpusu-pusu keluar.  Ejump pulang awal 5 minit dari kami dan dialah menyarankan untuk keluar awal.

Motif utama memberi hiburan kepada Buah Hati, dan syukur dia terhibur.  Insyaallah kalau ada rezeki yang lain lagi nanti Auntie Nova beri kita tiket lagi ya Buah Hati ;).  Malangnya tiada sekeping pun gambar bersama mereka sekeluarga.  

Itu tandanya nak pergi tengok lagi..he..he..he..  Jom saya pertontonkan gambar sempat dirakam buat kenang-kenangan.

 Ketawa besar Buah Hati.  Waktu ni di food court bawah, sementara menunggu Nova dan Ejump sampai, kami isi perut dahulu


 Bersemangat makan!  Baru terperasan, makin cengkung mukanya.  Mata pun sembab :(  Moga cepat sembuh hendaknya


 Di pintu Aquaria.  Nasib dah tutup, jika tidak memang takkan ada peluang untuk bergambar di sini kerana jika tidak silap mereka mengenakan bayaran untuk bergambar


 Macam tak percaya Buah Hati dah makin besar.  Terimbau kenangan 5 tahun dahulu, sewaktu dia mula-mula lahir.  Hai masa, perlahankan sedikit peralihan


Keluarga bahagia.  Manje Yash tak dapat turut serta kerana kanak-kanak di bawah 2 tahun tidak dibenarkan masuk


Sebelum pementasan bermula







Antara momen pementasan yang sempat dirakam.  Jauh sedikit kerana kami duduk di bahagian agak belakang.  Walau pun agak jauh dari pentas, tetapi tetap berpuas hati







nota:  banyak sebenarnya cara untuk menghiburkan hati yang berduka...

 

No comments :

Post a Comment