Followers

Tuesday, July 3, 2012

::Apa Kata Anda?::

Terkejut juga bila Kerajaan membenarkan graduan Ijazah Sarjana Muda boleh memohon jawatan bertaraf SPM bagi perkhidmatan awam dan boleh memohon sehingga 15 jawatan.  

Berkaitan pengumuman tersebut, sehingga semalam telah ada 800 lebih permohonan dari graduan yang ingin mengisi jawatan di perkhidmatan awam (sumber adalah melalui Buletin Utama semalam)

Sebagai graduan, saya sendiri tidak tahu samada hendak menyambut baik pengumuman ini atau pun tidak.  Tetapi perkara pertama muncul dibenak, apa untung nasib mereka yang hanya bersandarkan sijil SPM?

Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai Diploma.  Sekiranya mereka yang ada Diploma mahu memohon jawatan tersebut tak apalah juga.  Sedangkan sebelum ini ramai di antara rakan-rakan  berkelayakan SPM mencuba nasib sebagai penjawat awam terkandas.  Apatah lagi dengan keputusan sebegini, rasanya akan ada jurang besar kelak.  

Dari sudut positif, keputusan sebegini membolehkan Kerajaan menyediakan perkhidmatan berdaya saing dan bermutu tinggi melainkan penjawat awam yang berijazah ini mahu bersikap skeptikal dan tidak mempraktikkan ilmu pengetahuan sedia ada.

Bukan itu sahaja, ia juga menyuntik semangat bagi para pelajar untuk sekurang-kurangnya menamatkan pengajian hingga peringkat tertinggi.  Jika tidak, masa depan di dalam kerjaya akan kelam.

Mungkin ia boleh dilaksanakan tetapi tidak secara drastik ini kerana masih ramai lagi rakyat di luar sana hanya bersandarkan SPM untuk mencari kerja.  Rasanya Kerajaan harus mengkaji dasar ini dengan lebih mendalam.  CUPECS antara terawal tidak bersetuju.

Banyak lagi yang saya nampak keburukkannya seperti budaya kerja di pejabat, mentaliti dan sebagainya.  Jom kita fikir dan renungkan adakah keputusan ini benar-benar wajar.  Apa kata anda semua?



nota:  fikir-fikirkan...

No comments :

Post a Comment