Followers

Sunday, July 1, 2012

::Jom Baca Saya Membebel::

Akibat kesukaran melelapkan mata semalam, hari ini saya bangun tidur hampir jam 2 petang.  Itu pun bangun sekejap kemudian tidur semula berulang-ulang.  Ini pun mata terasa berat sangat.

Esok seawal jam 6.30 pagi harus keluar dari rumah.  Esok temujanji Abang dengan doktor surgeri.  Biasalah, hospital bukan swasta terpaksalah pergi seawal mungkin.  

Aduhai, dugaan betulkan?  Tak apa, buat baik pada insan sewajarnya, Insyaallah Allah balas dengan ganjaran, jika bukan pada saya cukuplah pada orang disekeliling :)

2-3 hari ini pun makanan yang masuk ke perut sangatlah banyak.  Syukur atas rezeki Allah SWT tetapi terasa badan sangat berat :( sia-sia berpuasa selama ini.  Heh jangan silap, saya berpuasa kerana Allah tetapi sambil menyelam sambil minum air.

Bosan sungguh malam-malam begini.  Rutin menonton televisyen terhenti seketika dek kelalaian dalam pembayaran.  Esok-esok sahajalah saya telefon pihak Astro buat penyambungan semula.

Kita sedang menghitung hari untuk ke Ramadhan.  Sudah langsai hutang puasa?  Hai, sekejap sahaja nanti Syawal pula menjelma, kemudian berterusan berganti bulan.  Tidak bolehkah berhenti barang sesaat? 

Semenjak kebelakangan ini, rajin pula membelek katalog TUPPERWARE.  Siapa tak kenal produk tersebut memang peliklah.  Puncanya, Ninie jadi ahli kemudian disuruhnya membantu menaikkan jumlah bulanan supaya dia boleh dapat banyak lagi harga potongan.

Bila dibelek, baru sekarang saya tahu mengapa ia berbaloi untuk dibeli.  Harga ditawarkan agak mahal tetapi ia bersandarkan kepada pepatah "alah membeli menang memakai".  Lagi pun saiz produk setanding dengan barangan.

Bulan lepas saya turut membeli 1 barang dan sememangnya berbaloi.  Kalau ada rumah sendiri, gerenti saya telah penuhkan dapur dengan produk Tupperware.  Beraneka warna serta berkualiti. 

Tak apa, saya tidak membeli, melihat orang rapat dan sekeliling memilikinya pun dah tumpang gembira kerana mereka membuat keputusan bijak.  Eh, saya tidak dibayar untuk membuat promosi ini ya!  Ikhlas dari hati setelah melakukan penelitian.

Jom sambung belek, ada 1-2 barang Abang dah beritahu mahukannya.  Lihat, lelaki pun pandai buat pilihan.  Beli sedikit mengikut kemampuan, nanti kemudian hari senang.  

Jika ada sesiapa berminat boleh beritahu saya, nanti saya bincang dengan Ninie berapa banyak dia boleh beri potongan tetapi jika benar-benar sukakannya dan mahu membeli setiap bulan baik terus jadi ahli.

Bagi belum berkeluarga boleh beli buat persediaan awal atau hadiahkan buat bonda di rumah.  Para suami, cuba hadiahkan pada isteri mesti mereka tersenyum dan jika isteri-isteri di luar sana bekerja, apa kata hadiahkan barangan buat diri sendiri..he..he..he..  Beri hadiah buat bakal mempelai pun sesuai.

Apalah melalut perihal Tupperware ni.  Rasanya tidak merancang untuk berbicara perihal produk, tetapi boleh pula membebel panjang.  Ini namanya ketandusan idea dan mata kembali layu.

Kita berjumpa di entri lain ya, buat sementara waktu saya ucapkan SELAMAT MEMULAKAN HARI BARU, MINGGU BARU DI BULAN BARU.  SEMOGA MOMENTUM BARU INI AKAN MEWUJUDKAN SUASANA BAIK SEPANJANG MINGGU MENDATANG!  



nota:  cuba bersikap positif



  

No comments :

Post a Comment