Followers

Saturday, July 7, 2012

::Kenapa Ilmu Hitam?::

Jam melewati angka 3 tetapi saya masih belum betah untuk ke pembaringan.  Mata makin layu tetapi badan tidak mendapat arahan seharusnya, kerana itu saya di sini di saat rakan-rakan sedang lena diulit mimpi.

Terfikir sejenak, kehidupan yang semakin maju dengan dunia tanpa sempadan rupanya tidak boleh memadamkan kepercayaan terhadap benda-benda kuno dan menyekutukan Allah SWT.  Dalam erti kata lain perihal sihir menyihir.

Kenapa ya ada manusia sebegini?  Jika tidak bepuas hati, iri, benci, serasa ingin memarahi seseorang baiklah bermuhasabah dan fikir secara rasional sebelum menggubal hukum dunia ditangan sewenang-wenangnya.   

Bukannya dengan menjadi teman rapat Syaitan & Iblis lantas terpedaya dengan pujuk rayu jahanam mereka untuk memilih jalan singkat dan turut bersekongkol sama.  Gunakan akal sedar dan waras mengelakkan mereka yang tidak bersalah menerima padah.

Tujuan utama orang-orang sebegini adalah ingin memuaskan hati penuh dendam kesumat.  Melihat kesengsaraan orang yang tidak disukai bisa mendatangkan kepuasan amat sangat.  

Apa perlu iri kerana kita punya jalan cerita tersendiri.  Hidup di dunia adalah mustahil untuk menjadi seperti Si Polan..Si Polan.. Apa yang perlu ada bersyukurlah ke hadrat Illahi 

Kita tidak boleh menjadi seperti orang lain dan orang lain juga mustahil untuk menjadi seperti kita.  Ini semuakan kerja Allah. 

Bagi sesiapa yang membaca entri ini, saya berharap sangat janganlah ada diantara kita memilih untuk mengadu nasib pada iblis bertopengkan bomoh kafir dan menghantar segala aneka sakit kepada mangsa.

Kasihanilah mereka kerana mangsa/bakal mangsa juga punya hak ke atas dunia.  Janganlah memandai-mandai dengan menghantar 'benda hitam'.  Kita punya kehidupan dan tiada siapa mahukan kehidupan dipenuhi kuasa ilmu hitam.

Kenapa saya membebel perihal sebegini?  Mungkin kerana mereka yang rapat dengan saya sedang bergelut dengan perkara-perkara ilmu hitam ini.  Entahlah, tak sangka ada manusia tidak ambil endah dosa pahala. 

Hari ini, saya benar-benar memohon doa moga Allah sentiasa membantu dan melindungi kami dari anasir-anasir jahat!  Melihatkan kesengsaraan mangsa, saya terfikir betapa seksanya menantikan bila agaknya segala akan berakhir.  

Dan saya bersyukur perkara buruk sebegini belum pernah melanda kami, Alhamdulillah namun tempias sedikit sebanyak tetap terasa di hati.



nota:  segala apa berlaku kekuasaan Allah
  

No comments :

Post a Comment