Followers

Friday, July 6, 2012

::Masterchef Selebriti Malaysia::

Masterchef Selebriti hampir sampai ke kemuncak dan sesiapa yang mengikuti rapat rancangan ini pasti tahu siapa terkeluar pada episod terbaru.  Siapa lagi jika bukan selebriti penuh kontroversi Azwan Ali (AA).

Saya ikuti rancangan ini tekun juga.  Jika tertinggal sekali pun, pasti akan tonton melalui siaran ulangan.  Seronok juga melihat gelagat selebriti memasak.  Nak kata dapat ilmu dalam bidang masakan tu, tidaklah banyak mana tetapi lebih kepada hiburan.

Dari awal, ramai menginginkan selebriti AA keluar kerana tidak tahan dengan gelagat serta amukan puaka beliau.  Pada mulanya saya sendiri agak rimas dengan apa dipertontonkan AA tetapi bila dia bertahan, saya merasakan tidaklah teruk sangat selebriti ini.

Mungkin ada kurang bersetuju dengan pendapat saya tetapi walau seteruk mana pun AA, dia tetap punya sisi positif dan bakat dalam memasak jika mahu dibandingkan dengan saya..ha...ha..ha..

Lagi pula,  takkan pengadil mahu mencemar kredibiliti mereka sebagai profesional hanya untuk menyimpan AA demi rating.  Cuma saya perasan, jika dibandingkan dengan program sebenar Masterchef, juri banyak memberi muka sedikit pada para selebriti.

Berbalik pada perihal AA, saya andaikan kehadirannya di dalam rancangan Masterchef ibarat asam.  Kurang asam, tidak enaklah masakan tetapi andai terlebih akan mencacatkan sedikit citarasa dan tidak semua makanan sesuai diletak asam.  Hanya perlu ada secukup rasa dan itulah warna Azwan Ali di dalam program tersebut.

Tak salah jika penonton menyuarakan perasaan tidak suka, tidak berpuas hati atau sebagainya tetapi bila masuk bab caci maki tak baiklah pula.  Dia manusia biasa pasti punya kekhilafan.  Lagi pula maki hamun bukanlah budaya kita, tambahan dia buat untuk dapatkan sumbangan.

Apa pun AA telah meninggalkan gelanggang bersama wang sumbangan.  Pasti ada merindui telatah serta dramanya.  Agak-agak siapa bakal bergelar juara?  Dato Fazley, barangkali kerana dia begitu konsisten dan punya imej baik.  Sesuai mewakili program Masterchef Selebriti.


 Gigih memasak, tetapi tidak rimas ke dengan lilit leher bagai?  Pertanyaan sering saya lontarkan tatkala melihat AA berfesyen sebegini.  Gambar melalui pencarian di enjin Google




Adakah ini bakal juara?  Jom kita nantikan beramai-ramai keputusan akhir kelak.  Gambar diambil melalui enjin Google Image





nota:  bila agaknya nak pandai masak?





No comments :

Post a Comment