Followers

Wednesday, August 22, 2012

::1 Syawal - 4 Syawal 2012::

Tak sabar menunggu rakan siber semua kembali berceloteh perihal sambutan Aidilfitri versi masing-masing.  Saya tiada apa yang berbeza, semuanya sama seperti sebelumnya.  Rutin di pagi Syawal ibarat diulang tayang.

Cuma kali ini keriangan berganda kerana Ninie tidak pulang ke kampung suaminya.  Riuh dengan jeritan budak bertiga ibarat 10 orang lagaknya.  Terasa benar kemeriahan suasana.

Entah kenapa tahun ini serasa tidak bersemangat untuk meraikan hari kemenangan.  Adakah faktor usia, ataupun ada unsur-unsur terselindung?  Maaf, saya sendiri tidak punya jawapan konkrit.  Kacau benar jiwa saya!

Mungkin juga letih dek menyiapkan tempahan.  Pegang ini tak kena, pegang sana rasa bosan.  Lemau sesangat!  Boleh pula malam raya sakit tidak diundang datang menjengah...huhuhu...

Tapi sempat jugalah saya membeli-belah sedikit, menikmati hasil keuntungan tak seberapa ;).  Itu pun saya pergi petang raya.  Orang sibuk di rumah menyiapkan segala persiapan, saya hilang entah ke mana.

Abang tinggal di rumah menyiapkan lemang.  Tahun ini pun tak banyak lemang yang dibakar, setakat 25 batang sahaja.  Kebiasaannya mencecah ke angka 50.  Dalam jam 9 malam macam tu selesai semua.

Maaflah, tiada gambar untuk dikongsi kali ini.  Dah kata mood melayang entah ke mana, nak pegang kamera pun serba tak kena.  Buat ketupat pun macam nak tak nak sahaja.  Akibatnya, tak berapa nak menjadi isi ketupat kali ini.

Tidur pun awal, dan ini bukanlah seperti kebiasaan ya.  Rasanya dalam 12.30 malam dah berlayar jauh.  Mungkin penangan ubat, Alhamdulillah bangun pagi sedikit segar.  

1 SYAWAL
Rasanya belum pernah lagi saya ke masjid menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.  Jika di kampung, kami yang muda belia ini memang takkan pergi kerana harus menyiapkan hidangan buat mereka-mereka yang akan pulang selepas solat sunat.

Lagi pula takkan nak berebut-rebut bilik air dengan kaum lelaki.  Kebiasaan itu terbawa-bawa ke rumah sendiri.  Tetapi 'yang ado' menyiapkan hidangan.  GM yang bertungkus-lumus.  

Saya yang pemalas lipas ini hanya sibuk menyiapkan diri.  Konon nak bergaya, walhal tak sedar diri bukan gorgeous mana pun..ha..ha..ha..  Turun sahaja semua sudah sedia terhidang, hanya menantikan kehadiran semua ahli keluarga untuk bersantap.

Selesai makan, rakam potret pula dan disusuli sesi bermaaf-maafan.  Bila tengok bilangan ahli keluarga, alahai ini sahaja!  Yalah, tidak punya adik-beradik ramai.  Pusing-pusing muka sama sahaja.

Anak-anak di rumah girang mendapat huluran habuan Aidilfitri.  Untungkan mereka :)  Tak apalah, setahun sekali nak berhabis untuk 3 Little Munchkins!  Buah hati antara paling pandai mencuit hati, yalah dah besar.

Habis segala sesi di rumah segera bertolak ke pusara Allahyarham Adik, Allahyarham Mak dan Allahyarham Onyang.  Juga rutin saban tahun, cuma tahun ini agak terlewat sedikit.  Hampir jam 12 tengahari juga baru sampai di Tanah Perkuburan Jalan Kuching.  

Sejam berada di sana, edisi berhari raya dihalakan ke rumah Nek Long di Jalan Ipoh.  Ini pun rutin biasa.  Walau Allahyarham telah tiada, kami tetap mengunjungi anak Allahyarham yang masih tinggal di sana.

Mereka merupakan keluarga GM.  Allahyarham Nek Long merupakan kakak kepada Allahyarham Mak @ Nenek saya iaitu ibu GM.  Ini juga beerti Allahyarham adalah anak kepada Onyang saya. 

Puas makan, berborak, bergambar tiba masa untuk pulang.  Kali ini Abang turut serta.  Keluarganya pulang ke kampung, dia sahaja mahu ke sana pada keesokkan hari.  Katanya mahu bawa saya sekali.

Ikutkan sahaja.  Sudahlah dia bersyahdu syahdan di hari raya kali ini.  Yalah, tahun pertama tanpa kehadiran Ibu tercinta, segalanya canggung benar.  Dari awal Ramadhan hari-hari sebak mengenangkan Allahyarham Ibunya :(

Kemudian saya berpecah dengan keluarga.  Abang mahu ke rumah sepupunya di Gombak.  Edisi makan lagi!  Sepanjang Ramadhan saya hilang 3kg, sehari berhari raya saya tambah 2kg.  Dahsyat!

Malam menjengah dan kembali ke trek rutin, berkunjung ke rumah keluarga Siti Cutie di Ampang.  Di sinilah bermula episod ngeri saya!  Tak pernah seumur hidup berhadapan masalah pembuangan sisa kumbahan, kali ini membawa padah.

Jejak sahaja di Ampang saya terus menghabiskan masa di bilik air sehinggalah saya minta diri sejam kemudian.  Sebarang makanan tidak sempat saya jamah, dek masalah sembelit terlampau.

Keluar bilik air tak selesa, duduk dalam bilik air masalah tak selesai.  Musibah benar saya rasakan.  Dalam perjalanan pulang Abang belikan sekampit Pil Chi Kit Teck Aun.  Terus saya telan tanpa banyak bicara.

Sampai di rumah, perut menggelodak terus lari ke bilik air.  Duduk sahaja....bbbrruummm... (eeeuuuww) semua keluar.  Yang mana tersangkut tadi semua langsai tanpa segan silu.

Selesai Qada' Hajat, buang diri ke atas katil dan terus ZZzzzzzz....tak sedar diri!  Lauk pauk dibekalkan Siti Cutie pun saya tak sempat makan, rasanya masih ada di dalam peti sejuk.

Sadiskan 1 Syawal saya.  Apa pun saya gembira, Alhamdulillah dapat berkumpul satu keluarga dan masih diberi kesempatan mengunjungi sanak saudara.  Walau segala serba sederhana tetapi ia tetap dirai.

2 SYAWAL
Maaf, tiada gambar untuk dikongsi.  Saya pulang ke kampung Abang di Negeri Sembilan.  Biasalah sesi makan dan makan dan makan dan makan.  Tak pernah berhenti.  Bertolak seawal jam 8 pagi, bertolak pulang lebih kurang jam 9 malam. 

Apa yang mengerikan musim perayaan ini sudah pastinya kesesakan lalu lintas.  Tersangkut juga kami seketika, namun kemudian segala berjalan lancar.  Adatlah tu, semua pun mahu keluar berhari raya.

Di sana sempat berkunjung ke rumah teman baik Abang, Abang Bong.  Juga turut serta rombongan merisik sepupu Abang.  Ini semua perancangan mengejut, ikutkan sahaja.  Bukan buat apa pun, makan yang lebih.  

3 SYAWAL
Ninie masak-masak untuk rakan taulan mereka.  Kami tumpang makan..he..he..he..selepas episod sembelit melampau, sehingga hari ini badan kurang bermaya.  Semua urat sakit-sakit, mungkin kesan dari meneran agaknya..eerrkk!!

Boleh pula rumah Ninie lifnya rosak.  Aduyai, bencana namanya!  Kaki lutut semua sakit-sakit, ini terpaksa mendaki tangga hingga ke tingkat empat.  Demi adik gagahkan juga.  Nanti kata tak sudi pula.

Dari rumah Ninie, GM ajak ke rumah Makcik di Taman Permata.  Bolehlah, lagi pun tak ada kemana-mana.  Berempat (saya, Abang, GM dan Cayang Ejiki) pergi berhari raya.  Tanda-tanda episod ngeri 1 Syawal seperti mahu berulang.

Makanan boleh tahan sedap, tetapi selera tertutup dek kesakitan yang terasa ;( Kali ini saya tak layankan sangat, mujur tidak teruk.  Kalau tidak...mahu saya tarik Abang ke hospital malam itu juga. 

4 SYAWAL
Hari ini GM heret kami ke rumah saudaranya lagi =)  Biasalah, GM anak kota.  Sanak saudaranya semua di KL sahaja.  Senang!  

Pertama ke rumah sepupu GM di Wangsa Maju, kemudian anak sedaranya juga di kawasan berhampiran dan akhir sekali ke rumah sepupu saya di Ampang.

Hari yang amat menyendatkan perut.  Terasa benar kesengkakkannya.  Kena jaga ni, jika tidak ada yang tak boleh keluar pintu sebaik Syawal melabuhkan tirai.

Tahun ini saya dan Abang mensasarkan hanya 3 buah rumah sahaja dalam satu hari.  Kurang tak mengapa, lebih kalau boleh tak mahu.  Keadaan Abang kurang sihat membataskan selera, oleh itu kenalah hormat dia..hik..hik..hik..

Itu pun awal pagi hari ini menggagau mencari Klinik Kesihatan.  Meski cuti raya, tidak beerti rawatan turut cuti sama.  Nasib baik ada yang berhampiran, jika tidak ke klinik biasa sahaja jawabnya.

Fuh!! Sekali jalan cerita Syawal.  Tengah punya idea mencurah bolehlah.  Esok lusa, kembali sepi.  Biasalah tu, macam tak kenal saya.  Harapannya ada yang sudi membaca dan terisi masa senggang sementara menanti rakan lain update blog mereka. 

Ke mana pula arah tuju esok dan hari seterusnya?  Jika punya ruang pasti aka diloretkan di sini, Insyaallah.  Buat rakan-rakan jaga makan ya.  Segalanya biar berpada.  

Bagi yang akan pulang ke kampung / dari kampung, berhati-hati di jalan raya.  Elakkan menjadi tajuk akhbar kerana ramai bakal menangis jika benar musibah terjadi.  Ish!!  Minta simpang dari segala malapetaka.

Jom saya sajikan gambar-gambar yang sempat dirakam pada 1 Syawal.  Hari-hari lain, 'nan ado'.  Tahun depan sahajalah kita beria-ia mengambil gambar ya..


 FAMILI CERIA!



 GELAGAT SI KECIL



KAMI YANG BELUM BERKELUARGA..he..he..he..



 WARIS EMPAYAR KAMAL AMIR AL-HAJ (GP) & ROHANA ISMAIL (GM)



DAH MACAM ANAK TERUNA BUAH HATI NI HA.  LAGI 10 TAHUN MEMANG DEWASA BENARLAH DIA.  DAH BOLEH DITUGASKAN MENJADI PERSONAL BODY GUARD


INI HANYA SEBAHAGIAN DARI KELUARGA BESAR GM.  JIKA DIKUMPULKAN SEMUA MEMANG SAH TAK MUAT KAMERA.  


MEREKA PUNYA CERITERTA SENDIRI, TERLAKAR KENANGAN SYAWAL 2012..ha..ha..ha..PAKAI BAJU SAMA!  BERBULU JEK MACHO MAN, NAK BUAT MACAMANA.  INI TAKDIR NAMANYA!


 
 

 nota:  bersyukur di atas segala kurniaan Illahi, keluarga lebih berharga dari segalanya

2 comments :

  1. Tema kaler kita tahun ni sama la... biru. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kebetulan!! tp biru mmg favy color akak dulu kini dan selamanya...

      Delete