Followers

Friday, August 10, 2012

::Coretan 20 Ramadhan::

As-salam rakan blog semua!  Tanpa disedari umat Islam khususnya sudah berada di 10 terakhir Ramadhan.  Serasa baru sahaja kita mula berpuasa, hari ini telah masuk hari ke 20.

Lama juga saya tidak mencoret kata lantaran kesibukan terlampau yang tidak dirancang.  Mungkin ini rezeki saya bersempena bulan mulia.  Secara tiba-tiba idea datang, Alhamdulillah terus menjadi.

Pada mula berasa sangat seronok membantu Macho Man menjual kuih rayanya.  Dari situ tercetus rasa ingin mengeluarkan sesuatu hasil tangan sendiri.  Setelah berbincang dengan keluarga dan Abang, akhirnya Popiah Bersira Cili menjadi realiti.

Ingatkan sambutan setakat biasa-biasa, rupa-rupanya boleh tahan sehingga ada sebahagian permintaan terpaksa ditolak.  Masakan tidak, saya hanya bermula seminggu selepas berpuasa dan sehingga hari ini masih belum siap sepenuhnya.

Kurang dari 10 hari Syawal bakal menjelma dan sebarang persiapan buat diri sendiri masih belum ada.  Parah juga kerana terpaksa menghadap secara sendirian.  Mujur GM dan Abang sedia menghulur tenaga.

Itu pun saya tidak meluaskan promosi sehingga ke dunia blog.  Jika tidak pasti ada sedikit tempias dari rakan-rakan semua.  Andai diizin Allah SWT, lain tahun saya buka tempahan di sini pula ya.

Apa pun saya seronok.  Selain dari mendapat sedikit keuntungan, banyak pengalaman yang ditimba sepanjang perniagaan Ramadhan.  1001 ragam manusia ditemui, Alhamdulillah segalanya saya terima dengan redha.

Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih seandainya ada di antara anda semua telah membeli popiah sambal saya.  Mungkin saya berjaya memenuhi selera sebahagian dari anda semua dan mungkin juga tidak.

Saya hanya manusia biasa dan pastinya bukan mudah untuk memberikan kepuasan maksima dan kesempurnaan 100%.  Sesiapa teringin, saya mampu membuka semula seminggu selepas raya ya.

   POPIAH BERSIRA SAMBAL



nota:  Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...



 

 

No comments :

Post a Comment