Followers

Friday, August 31, 2012

:: Salam Merdeka::

Langsung tak angkat muka hari ni, sibuk menggulung popiah bagi menyiapkan tempahan.  Tak adalah kalut seperti dalam bulan puasa, tetapi tetap kena laju.  Jika tidak bila mahu siapnya.

Boleh pula terlupa rupanya hari ini juga rakyat Malaysia meraikan Ambang Merdeka.  Ramai menantikan percikan bunga api di ibu kota.  Ada ke?  Dengarnya ada perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan sewaktu dengannya.

Apa pun reaksi dan pendapat mengenai hal ini terpulanglah.  Bagi saya, saya amat berbangga bergelar Anak Malaysia dan bersyukur di lahirkan di bumi bertuah ini.  

Harapan saya setiap apa yang telah ada hari ini biarlah dipulihkan jika punya cacat cela demi masa depan anak bangsa.  Kita tidak selamanya menongkat langit, maka kita mahu segala yang terbaik buat generasi masa akan datang.  

Semalam, seorang teman bertanya "Esok malam tak keluar meraikan sambutan ke?"  Cepat sahaja saya menggeleng, seolah tidak punya keghairahan menyambut perayaan.

Bukan tidak ghairah tetapi saat-saat sebegitu sudah puas dilalui suatu ketika dahulu.  Dah tahu dan boleh agak apa akan ada makanya ia tidak lagi menjadi agenda penting dalam diri.

Malah saya pernah turut serta dalam perbarisan lintas hormat dan juga persembahan jalanan sempena sambutan Ambang Merdeka.  Kebanyakkan dari kita hanya lebih tertarik kepada pancutan bunga api sahaja.  

Sudah pasti jalan raya sesak di serata ibu kota, di tambah pula dengan sekatan jalan raya bagi menghalang kemaraan Perhimpunan Kuning.  Agakkan saya!  

Dari penat tersangkut di dalam lautan kereta, baiklah saya duduk di rumah siapkan kerja-kerja yang ada.  Betul tak?

Apa pun saya ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA buat semua warganegara Malaysia dan Salam Syawal ke-13.  Mari kita raikan perayaan berganda ini dengan penuh istiqamah dan memohon ke hadrat Illahi semoga segalanya berjalan dengan baik buat kita dan juga negara.




nota:  secelaru mana pun, tetap harus tenang...

 

No comments :

Post a Comment