Followers

Sunday, September 16, 2012

::13 Syawal - 15 Syawal::

Esok hari terakhir Syawal, semoga kita semua berpeluang bersua sekali lagi dengan Ramadhan dalam usaha mengumpulkan segala ganjaran dan Syawal bagi meraikan kegembiraan, Insyaallah.

Kita sambung edisi Syawal bagi 2012 ini ya.  

Setelah seminggu bercuti, ramai dari kita kembali ke kantor menyambung pencarian rezeki.  Saya bagi jaminan mesti lemau di pejabat. 

Ada juga menerima jemputan rumah terbuka pada hari bekerja tetapi terpaksa ditolak.  Biasalah masalah logistik.  Lagi pula, semenjak ditukarkan ke Seremban Abang memang mengelak untuk berjalan jauh pada hari-hari biasa.

Tetapi kerja pun tak sampai 5 hari, Jumaat dah cuti semula.  Merdeka raya katanya!  Bila ada cuti, apa lagi sederap jemputan hadir ke telefon bimbit.  

Syawal 13 
Pun saya tak dapat tunaikan kerana perancangan sedia ada telah menanti.  Pagi Jumaat di kala warga Malaysia ramai terpacak di Dataran Merdeka dan tertongggok di depan kaca TV, Abang dan kawan-kawan lain menyibukkan diri di padang golf.

Sampai ke petang baru nampak bayang.  Dalam keadaan penat heret dia ke rumah Pakcik saya (sepupu GM) di Taman Melati.  Rumah terbuka berganda namanya kerana tuan rumah dua orang sekali gus.

Tiba pun hampir waktu Maghrib, makanya tiada gambar kenangan.  GM, Ayu Bam Bam dan Ninie awal lagi telah sampai.  Saya sampai lebih kurang waktu dengan Macho Man.

Makan serba ringkas sebab banyak lauk dah habis, kemudian pohon mengundur diri.  Terpaksa kerana ada destinasi seterusnya pula.

Dari Taman Melati, ke Kajang pula.  Rumah teman baik Abang, Abang Bong dan Kak Ema.  Sebenarnya dah buat pun ziarah Syawal di raya ke-2.  Tapi yalah, itu di kampung.  Kali ini kediaman mereka pula. 

Dari siang mereka beri amaran harus datang meskipun lambat.  Ini kiranya antara rumah wajib setiap kali hari raya.

Pergi jugalah, walaupun tahu Abang dah tak larat sangat.  Sampai sana lebih kurang jam 9 malam, makan apa yang ada, berbual serba ringkas dan terus pulang. 

Hampir jam 11 malam juga saya sampai rumah.  Selalu teringat nak ambil gambar jika sampai sana.  Kali ini tak terlintas langsung, tak adalah gambar barang sekeping pun. 

14 Syawal
Seminggu sebelum lagi, Abang dah beritahu akan ke rumah Eifa bakal adik ipar dia di Sungai Buloh.  Ada saya ceritakan sedikit perjalanan kami sepanjang hari di entri ini.  

Waktu makan tak seorang pun teringat nak ambil gambar.  Lapar sangat barangkali setelah melekat dalam kesesakkan melampau.  Sedap pun ya juga.

Dari sana ke rumah Fai di Ampang.  Ini juga antara rumah wajib setiap tahun.  Lama bertenggek di rumah Fai, berborak dan bergelak ketawa dengan adik-adik junior sekolah menengah.  

Tak seramai tahun sebelumnya.  Tersangkut dalam trafik barangkali.  Gembira melihat masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.  Tengok diri sendiri, aduhai sedih!  Sabar wahai diri, Allah sedang merancang yang terbaik untuk diri.

Di bawah antara gambar sempat dirakam.  Gambar-gambar di Sungai Buloh saya ambil dari FB adik Abang, Ina.  Letak kereta jauh sangat, malas nak lari ambil kamera.  

Dari kiri: Akma, Makcik, Eifa, Siti, Ina, saya, Nisa 

 
    Rombongan keluarga Abang ke Sungai Buloh


Bersama adik-adik dan 'kakak' adik.  Yang baju belang tu, rakan baik saya ;)  Dari kiri:  saya, Fai, Nadia, Finie.  Duduk di bawah:  Cik Puan Raja, Shima.  Dalam ramai-ramai ni ada 2 orang adik saya yang masih available, Fai dan Nadia.  Sesiapa berminat bolehlah ya..he..he..he...


Bersama anak-anak Shima pula


Berkawan dari usia seawal 13 tahun sehingga hari ini.  Insyaallah kekal hendaknya ikatan persahabatan sedia terjalin.  


Baru terperasan, sepanjang raya ini sahaja gambar berdua kami.  Jadilah dari tak ada langsung.  Lagi pun bukan senang nak minta orang ambilkan gambar.  Kameranya canggih sangat, tak berani orang nak guna.

Syawal 15
Majlis perkahwinan kedua yang saya hadiri di musim Syawal.  Adik sepupu saya, Mat Nor kahwin.  Merupakan anak kepada Abang GP,  kiranya saya dan Mat Nor  berpangkat wali.  Tak boleh kahwin.

Pagi lagi Pakcu saya dari Kedah sampai rumah.  Dalam tengahari, kami bertolak bersama.  Bukan jauh mana pun, di Pusat Komuniti Damansara.  

Ini majlis pihak perempuan.  Sebelah kami majlis berlangsung di Perak seminggu kemudian dan dengan dukacitanya tidak dapat turut serta.  Tak apalah, sekurang-kurangnya kami mengiring pengantin bagi meramai dan menggamatkan suasana majlis.

Gambar banyak, tetapi saya ambil 2 keping sahaja buat cukup syarat.  Kemalasan melanda untuk edit dan letak watermark.   

Bersama pengantin baru.  Beri laluan pada wanita dahulu ya, lelaki kena tunggu giliran pula.  Kalau semua masuk mana nak muat


Pengantin bersama keluarga lelaki.  Yang bersongkok itulah Pak Lang saya aka Abang GP


Balik sahaja, GM sibuk memasak pula.  Sepupu-sepupu dia yang belum datang beraya nak datang rumah.  Nasib baik ada pembantu mengejut, adik sepupu saya Siti.

Terlanjur GM masak, saya panggil antara kawan-kawan untuk datang sekali.  Ini namanya menangguk di air keruh.  Kalau nak tunggu saya masak untuk tetamu, memang TAK jawapannya.

Itu pun saya panjangkan jemputan pada Ejum&Nova serta Abang Lan(kawan Abang).  Bimbang tak terlayan.  Yalah, saudara-mara yang datang harus diberi tumpuan sama.

Lebih kurang jam 11 malam, kami tutup rumah.  Tamat edisi raya pada minggu tersebut. Tunggu cerita edisi raya untuk minggu lain pula ya, Insyaallah... 





nota:  gigih namanya...

 

  
 

No comments :

Post a Comment