Followers

Saturday, September 29, 2012

::Entri Santai::

Sabtu yang santai tanpa sebarang aktiviti, hanya keluar membeli makanan dan sambung memerap sambil menternak lemak :)

Pagi sempat ambil katalog Tupperware bagi kempen baru.  Belum khatam membelek, tetapi sekilas pandang ada juga promosi menarik.  Nantilah, kena betul-betul tekun baru tahu berbaloi atau tidak.

Semenjak dua, selera makan tak berapa bagus.  Kalau ada teringin pun, makanan yang tidak memberi sebarang nutrisi.  Jadi abaikan sahaja!

Sepatutnya bila hilang nafsu makan, berat badan pun seharusnya menjunam.  Tidak ya!  Biasalah, lemak tepu lagi degil bukan senang nak nyah.

Sekarang terlalu banyak produk kecantikkan dan kuruskan badan.  Testimoni semuanya amatlah memberangsangkan.  Kurang sebulan hilang lebih dari 5kg.  Huish, bukan senang tau!

Kalau ikut program diet tanpa melibatkan sebarang bantuan ubatan, paling-paling pun boleh susut 1-2kg sebulan.  Mahu tak teruja bila boleh hilang sebegitu banyak?

Tetapi ada kebenaran ke?  Pengalaman lalu membuat saya jeran untuk mencuba.  Duit terbang-melayang, badan setakat hilang 0.5kg sahaja.  Kecewa!

Dalam banyak-banyak pernah saya cuba, hanya produk Herbalife memberi kesan.  Ini bukan iklan berbayar atau promosi ya.  Hanya berkongsi pengalaman.

Saya berjaya hilang 4kg dalam tempoh sebulan penggunaan.  Itu cerita 4-5 tahun dahulu.  Selepas sebulan saya berhenti mengambil Herbalife.

Kenapa?  Tak tahan dengan kos.  Boleh tahan mahal bagi saya.  Waktu itu dekat RM1k juga untuk stok sebulan.

Hari ini saya tak tahu berapa harga Herbalife.  Mungkin murah mungkin mahal.  Jadi bagi sesiapa yang berhasrat mengurangkan berat badan, boleh sahaja cuba produk ini. 

Mana nak cari?  Saya tak pasti.  Hmm...Macho Man masih ahli lagi ke?  Kalau ada berminat nanti saya boleh risik pada dia.  

Sebenarnya faktor pemakanan dan gaya hidup banyak membantu jika benar-benar mahu menurutkan berat badan.

Saya bukanlah pakar.  Badan sendiri macam tong dram!  Tetapi adalah sedikit ilmu yang ditimba melalui bacaan, diskusi dengan doktor dan berbual dengan rakan-rakan.  

Rasanya pengetahuan sebegini, rakan-rakan pun sedia maklum.  Cuma hendak patuh itu beratkan.  Biasalah tu, Malaysia kaya dengan segala-galanya termasuklah makanan.  

Sekali dua bolehlah jeling sahaja makanan terhidang.  Masuk kali ketiga, mahu tak terjah ke pinggan makanan.  Lupa segala ilmu di dada.

Selepas saya susut 4kg sewaktu mengamalkan Herbalife, sehingga hari ini saya pastikan berat badan tidak balik ke angka asal.  Kalau naik 1-2kg akan saya segera lakukan sesuatu.

Sekarang pula semenjak sakit, lagilah ketat jagaan.  Hanya dengan tambahan 1kg sahaja, sudah boleh terasa dan menarik kesakitan berpanjangan.

4-5 tahun dahulu saya berazam untuk kurus demi mendapatkan susuk tubuh cantik.  Itulah, niat tak bersih maka Allah tak tunaikan.  Jangankan kurus, makin naik adalah.

Hari ini, saya menanam niat untuk kurus demi kesihatan berpanjangan.  Alhamdulillah, berkat usaha adalah nampak sedikit hasil.  Ada beberapa baju lama Ninie boleh disarung.

Tapi, bukan hasrat saya bila hilang berat badan hendak memakai pakaian menampakkan susuk tubuh.  Sayakan anak "Pak Haji" he..he..he.. Tak manis lagi pun.

Abang pun sudah kerap tarbiyah supaya berhijab.  Ya, kerap terdetik di hati.  Insyaallah, sedang menuju ke arah itu.  Doa-doakan ya!

Eh, dah masuk cerita lain pula.  Nanti mengarut sampai ke mana.  

Ini sambil menaip sambil menjeling peti televisyen.  Menggunakan komputer GP, bolehlah bersantai dalam menaip.   

Sudah lama tidak melihat kelibat Eja berlakon ya? (ke saya yang sering terlepas pandang?)  Dari dulu suka dengan kelembutan yang Eja tonjolkan.  Tersentuh sahaja hati bila dia melontarkan kata-kata.

Apa hujung pangkal cerekarama malam ini agaknya?  Saya tidak khusyuk menonton.  Yang saya tahu, Eja kehilangan anak perempuan dan dalam masa yang sama sebuah keluarga lain kehilangan ibu.

Barangkali kisah penderaan.  Tadi Eja ada melepaskan geram terhadap keganasan rumah tangga, begitulah lebih kurang.  Tajuk cerita ini pun saya tak tahu..huhuhu...

Entri ini saya hentikan di sini dahulu.  Bukan ada cerita menarik pun, setakat saya membebel kosong.  

Ada idea nanti saya berbicara lagi.  Selamat semuanya buat rakan-rakan yang sudi membaca!




nota:  teringatkan sesuatu, tak apalah.....








No comments :

Post a Comment