Followers

Saturday, September 1, 2012

::Sedikit Celoteh di Hari Merdeka::

Alhamdulillah berjaya juga menyiapkan sebahagian dari jumlah tempahan popiah.  Bila bukan bulan puasa, semangat untuk melaksanakannya jauh berterbangan.  Dari sehari ke sehari menanam niat untuk segerakan kerja tetapi berkesudahan dengan kemalasan.

Baru saya tersedar, sepanjang Ramadhan lalu Allah benar-benar sayangkan saya.  Tidak diturunkan sebarang sakit ke atas diri meskipun orang sekeliling semuanya jatuh sakit.  Situasi yang jarang benar melanda ya.

Manakan tidak, selalunya bila budak-budak di rumah sakit pun sudah cukup untuk menerbangkan virus kepada saya.  Inikan pula orang dewasa.  Mungkin Allah nak saya siapkan tempahan kuih dengan jayanya.  Bersyukur sangat-sangat dengan rencana Maha Pencipta.

Sengugut pun setakat sakit-sakit biasa.  Jika mahu dibandingkan dengan sakit sebelum-sebelumnya memang tenat.  Sepanjang hari hanya habiskan masa di atas tilam.  Hanya yang tahu bagaimana derita sakit ini, mungkin dia faham!

Tetapi hari ini saya kembali ke pattern diri seperti sebelumnya.  Baru tiga kali kacau popiah, habis sakit seluruh badan.  Rasa nak demam pun ada.  Abang pula dari awal Syawal dihinggap sakit bertali arus, ada peluang untuk saya dijangkiti ni!

Apa pun sempat juga keluar berhari raya.  Dua rumah sekaligus dan seperti biasa tiada sekeping gambar pun boleh dikongsi buat tatapan.  Selera bergambar langsung hilang di dalam diri.

Sekarang berusaha untuk melelapkan mata tetapi gagal!  Itu yang sibuk bernafas di ruang siber.  Jemputan makan keesokkan hari boleh tahan banyak, tetapi seperti biasa saya punya piawaian.  

Maaflah ya bagi sesiapa yang sudi menjemput tetapi saya tidak dapat menghadirkan diri.  Barangkali saya pergi di lain tahun itu pun jika kita masing-masing panjang umur.

Okay, mata sudah tidak larat lagi untuk dibuntangkan.  Jom kita tidur.  Selamat Menyambut Merdeka dan Selamat Menghadiri Rumah Terbuka.  Jaga diri ya.... 






nota:  saja...saja...

 
 

No comments :

Post a Comment