Followers

Wednesday, September 19, 2012

::Tangan Gatal, Otak Beku::

Serasa nak menulis sesuatu tetapi tidak tahu intipati.  Jenuh juga perah idea sambil singgah di sana sini.  Sayangnya tiada satu pun terlintas :(  Sindrom gatal tangan, otak beku melanda!

Hendak sambung kisah raya, rasanya cukup sampai apa yang ada.  Tiada lagi gambar-gambar untuk dikongsi.  Ingatan pun semakin meleset minggu ini singgah di rumah siapa, minggu satu lagi di rumah siapa.

Konklusinya, Syawal kali ini benar-benar terasa kosong.  Masih tidak punya jawapan kenapa, tetapi itulah yang dirasakan.  Segala-galanya malas dan serba tak kena.  Rumah terbuka pun tak banyak mana dikunjungi.

Oh ya, hari ini genap 3 hari kami tidak mempunyai pembantu rumah.  Setakat hari ini, nampak terkawal.  Masing-masing sedar diri, rumah tidak boleh berselerak seperti selalu.

Cuma susahnya, jika GM mahu meninggalkan rumah siang hari.  Yalah, siapa pula mahu menjaga kain tersidai.  GM bukan tahu memandu, hendak keluar harus berteman.  Ibaratnya, GM keluar habis seisi rumah turut serta.

Saat ini sedang menemani Macho Man mop lantai.  Maaf, saya tidak boleh melakukan kerja-kerja sedemikian :( tetapi berjanji akan membantu mana perlu walaupun berat.

Badan tidak boleh terlalu dimanjakan walaupun situasi tidak mengizinkan.  Alah bisa tegal biasa!  Insyaallah, secara perlahan akan saya lakukan mengikut kemampuan.

Cadangnya mahu tutup tempahan popiah.  Rezeki sampai tidak terduga, Alhamdulillah.  Meski terpaksa mengejar masa, Insyaallah boleh siap.  Penat sedikit, kerana kini saya menghadap seorang diri. 

Bagi sesiapa berminat menempah popiah, Insyaallah boleh.  Tetapi saya mohon biarlah dengan kuantiti.  Bukan saya tamak!  Cumanya setiap kali buat, akan ada sebilangan botol.  Bayangkan sekiranya rakan-rakan menempah setakat 1-2 botol sahaja?

Saya bukan menjualnya secara tetap.  Ianya hanya projek sampingan.  Jika ada berbaki, dan tiada orang mahu membelinya saya juga akan rugi nanti.  Harap bakal pembeli faham ya keadaan ini.

Jika benar-benar berminat dan mahu membeli dalam kuantiti sedikit, saya cadangkan pakat dengan rakan-rakan lain dan boleh tempah.  Minima tempahan 6 botol. 

Tetapi jangan risau dan ini bukannya sesuatu yang wajib.  Sekiranya ada pembeli-pembeli inginkan dalam jumlah kecil, saya akan kumpul sehingga mencukupi bilangan minimum. 

Saya akan sentiasa update.  Cuma tempoh penghantaran akan terlewat sedikit.  Terima kasih ya pada mereka yang tidak putus-putus membeli.  Siap promosi lagi merata, Alhamdulillah.

Wow, sudah mahu ke 2 pagi!  Baik saya berhenti dahulu.  Duduk di hadapan skrin komputer ini sememangnya mengkhayalkan.  Silap-silap sampai ke Subuh masih tertancap segar.

Esok masih lagi berpuasa.  Rasanya akan berlarutan sehingga ke penghujung bulan ini.  Moga-moga Allah permudahkan hari-hari dilalui dan saya berjaya melunaskan hutang-piutang sedia ada.

Selamat pagi dan selamat memulakan hari Rabu dengan penuh iltizam dan semangat waja.  Setiap apa diusahakan adalah rezeki yang halal =)




nota:  bila otak serupa udang... 

No comments :

Post a Comment