Followers

Thursday, September 27, 2012

::Topik Bersimpang-Siur::

2-3 hari perasaan lain macam.  Serba tak kena.  Tahap kemalasan jangan cerita, kalau boleh hanya mahukan diri berada di atas katil.  Jauh dari sekeliling.
 
Rupanya!!!  Biasalah kalau emosi tak menentu, faham-faham sahaja.  Hari ini, ziarah bulanan datang menjengah.  Semoga esok, emosi bercelaru kembali ke paksi normal.
 
Kalau ikutkan nak bercerita di sini pun serasa malas.  Tetapi dah buntu, asyik mendongak ke langit sahaja, baiklah buat sesuatu berfaedah sebelum perasaan diterbangkan jauh dari dunia nyata.
 
Ada insan memberi petua supaya saya menghindar dari minum air sejuk/ais.  Bertujuan membantu sengugut yang tak pernah surut dari dulu.  
 
Semenjak bulan puasa lalu sehinggalah ke hari ini seboleh mungkin saya tidak minum air dari peti ais.  Di kedai makan pun saya elakkan.
 
Alhamdulillah, bulan lepas kurang sedikit sakit ditanggung walaupun tetap sakit.  Kena tengok bulan ini pula.  Sekiranya semakin berkurangan ternyata petua tersebut berkesan.
 
Selain itu saya turut mengamalkan doa, pernah dikongsikan di sini.  Tidak mustahil doa ini turut membantu mengurangkan sakit yang ditanggung.  
 
Bezanya saya tidak amalkan sekali dengan madu, tetapi saya bacakan sewaktu minum air suam.  
 
Sekejap sahaja sudah menjengah hujung bulan.  Bagi yang peroleh gaji awal bulan lepas, kedatangan hujung bulan kali ini paling dinantikan.  Sebulan setengah poket sesakkan gara-gara beraya sakan.
 
Mengenangkan duit, entahlah.  Bulan masih gerhana berpanjangan.  Pelbagai usaha sedang kami giatkan untuk mengecap kejayaan, segalanya masih tergantung.  Mungkin untuk mengiakan pepatah "Bukan Senang Nak Senang".  Kenalah bersabar lagi.
 
Oh ya, siapa ada akaun Twitter pasti tahu semalam kecoh mengenai Malique yang dikatakan telah meninggalkan dunia.  Saya sendiri gempar seketika.
 
Ialah, di kala orang semua hangat memperkatakan tentang lagu Teman Pengganti adalah kisah benar, tiba-tiba berita tersebut tersebar.  Siapa pun akan terkejutkan. 

Apa pun, penafian telah dilakukan.  Cerita Malique menghidap barah otak pun telah ditolak.  Maka hentikanlah sebarang spekulasi.  Sanjung tinggilah bakat cipta karya yang dia ada.
 
Semoga dia dapat terus berkarya dan menghiburkan halwa telinga kita dengan lagu-lagu menusuk ke jiwa, meninggalkan kesan mendalam.

Ingatlah, setiap tutur kata merupakan doa (orang kata).  Kasihan tuan punya badan apabila ramai pula orang mendoakan supaya umurnya pendek.  
 
Nampak gaya, berita-berita disebarkan melalui Twitter harus ditapis.  Tidak semuanya benar.  Terfikir juga di benak, apa sebenarnya motif ke atas penyebaran tersebut?  Seronok agaknya dengan kerja-kerja sedemikian.
 
Inilah antara keburukkan terpaksa kita berdepan bagi kecanggihan dunia tanpa sempadan.  Perkara serius boleh ditafsirkan mainan, isu enteng dan ringan akan dipandang serius.  Kacau bilau jadinya kehidupan!
 
Lusa pembentangan bajet akan dilakukan.  Sebagai rakyat apa yang kita inginkan?  Penjawat awam sentiasa menuntut bonus..he..he..he..
 
Sebagai rakyat, saya hanya mahukan supaya kehidupan terbela dengan mengatasi masalah kenaikkan harga barang semakin melampau dan membebankan.   Sehinggakan wang ringgit seolah tidak punya nilai bila tiba di pasar.
 
Juga sebagai golongan bawahan harapan untuk memperbaik taraf kehidupan yang semakin sempit amatlah diharapkan.  Hari ini, kebanyakkan dari kita telah bergelar MISKIN BANDAR.
 
Sebagai warga tetap bandar, gelaran tersebut amatlah benar.  Seharian kita mengeluh dan mengenangkan bila masanya mampu hidup senang di pertiwi sendiri.
 
Jika masalah-masalah ini berjaya diatasi, ternyata ramai rakyat Malaysia mampu senyum di bibir sehinggakan di dalam mimpi.
 
Kita nantikan sahaja berita-berita baik bakal diamanatkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.  Bersiap sedia di mana-mana saluran komunikasi bagi mendapatkan inti pati belanjawan.
 
Sebelum terlupa, saya ada tempahan hujung minggu ini bagi Popiah Bersira Sambal.  Sesiapa berminat boleh email di:iluvclothez@gmail.com atau SMS saya bagi keterangan lanjut.  
 
Inginkan nombor untuk berhubung, nanti tinggalkan komen di entri ini ya.  Harus ingat, saya hanya ambil tempahan bergantung kepada kuantiti minimum.  Tiada simpanan stok di tangan.  Bila ada tempahan baru saya buat.
 
Bagi sesiapa berminat mencari duit sampingan tanpa mengeluarkan sebarang duit boleh cuba di sini:   http://www.fineptc.com/index.php?ref=maria_190998
 
Saya sendiri telah mencuba, seronok juga melihat duit berganda.  Saya belum pernah tuai hasil kerana perlu mencukupi apa yang di syaratkan.
 
Apa salahnya mencuba!  Kerja hanya perlu duduk di hadapan komputer dan ikut arahan.  Jika harus melabur sejumplah wang, saya sendiri enggan melakukan.  Bukan mudah untuk kita percaya sewenang-wenangnya.
 
Luangkan masa, klik pada link dan anda akan tahu bagaimana caranya!  Jika rugi, apa perlu dikesalkan.  Tiada sebarang pelaburan duit berlaku.
 
Banyak juga cerita, bertali arus topik keluar.  Mata boleh tahan layu, badan pun mula sengal.  Bateri komputer riba memberi signal sewajarnya.  
 
Berhenti di sini dahulu.  Andai ada rezeki kita berceloteh lagi.  Ini namanya entri bersimpang-siur.  Bersepah-sepah cerita.  Selamat Malam!!




nota:  melayan pening kepala...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment