Followers

Wednesday, October 31, 2012

::Keadaan Yang Merisaukan::

Baru sahaja turun dari Kayangan..he..he..he..dari bilik sebenarnya.  Sepanjang hari berkurung di atas menemankan anak-anak yang sakit di rumah.
 
Bersilih ganti menemani mereka tetapi yang paling lama sudah semestinya Buah Hati.  Dia dah pandai bawa diri dan tak ada nak merengek sangat.  Tetapi panik juga bila suhu badan meningkat ke angka 39.1 petang tadi.
 
Bila berkurung, jangankan yang sakit, yang tak sakit pun turut sama lena diperaduan.  Nasib sekejap-sekejap kerana harus pantau suhu badan Buah Hati dari semasa ke semasa.
 
Manje Yash diserang campak.  Walau tidak sihat, aktif ke sana sini.  Di lawannya rasa sakit.  Ada juga rengekkan, biasalah sakit sendi semua ada.
 
Cayang pula baru nak kebah, risau juga sekiranya berjangkit semula maka diasingkan.  Ayu Bam Bam temankan dia di rumah Ninie.  Itu pun entah macamana diserang sakit perut pula.
 
Hai, bila melihatkan anak-anak di rumah sakit serba tak kena jadinya.  Kalaulah boleh dipindahkan segala sakit, diri ini sedia menjadi galang ganti.  Baru terperasan, ramai juga orang sakit ya.
 
Terlebih makan daging korban barangkali sehingga badan terpaksa berkorban menanggung sakit.  Ini telahan sahaja.  Lagi pula cuaca tak menentu menjadi penyumbang utama kepada penurunan kadar kesihatan.
 
Berbicara perihal cuaca, gerunkan melihat keadaan terkini di Amerika akibat Taufan Sandy sehinggakan Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di sana.
 
Takdir Allah, semaju mana negara tersebut siapa dapat melawan kuasa Maha Pencipta.  Kun Fa Ya Kun, bila Dia mahu ianya terjadi maka akan jadilah!
 
Tatakala melihat akan kesan bencana alam sedemikian, timbul keinsafan mendalam di dalam diri.  Esok bila tiba kiamat, segalanya akan menjadi 10x ganda dari apa yang sedang berlaku di Amerika.
 
Mungkin juga 100x ganda.  Bagaimanalah keadaan kita di saat itu ya?  Subhanallah, tak terbayang di akal akan situasi sebegitu namun harus percaya hari perhitungan akan tiba jua.
 
Banyak benar peristiwa di sekeliling kita.  Inilah rencah dunia, ada suka pahit tetap dirasa.  Dari hari ke sehari apa sahaja dilalui telah tersurat. 
 
Hanya memerlukan kekuatan serta ketabahan untuk menempuh segala apa dihadirkan.  Jika hari ini tiada ujian, esok lusa pasti akan ada kegetiran menanti.  
 
Semoga Allah melindungi kita dari segala bahaya dan bencana.  Juga moga Allah kurniakan kesihatan buat anak-anak di rumah ini.  Amin!!
 
       Buah Hati yang demam secara mengejut.  Mungkin kerana adik-adiknya tak sihat, dia turut terkesan.  Gambar Cayang dan Manje tiada pula untuk dikongsi





nota:  ujian bersilih ganti...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

::Wordless Wednesday 14::

Bangga dengan Buah Hati



nota:  begitu  pantas masa berlalu...

::Ada Rahsia Tersimpan?::

Bila lama tidak menjengah ke sini serasa banyak pula cerita hendak dikongsikan tetapi tak tahu dari mana mahu dimulakan.  Okay kita pilih cerita berdasarkan gambar sedia ada di dalam telefon.
 
Entah macamana, satu hari tangan gatal menyelongkar kotak-kotak sedia ada.  Ralit menggodek terpegang sebuah beg berisi padat.  Wah, kenangan lama ni!
 
Apa yang ada?  Surat-surat serta kad-kad ucapan lama.  Terus tarik keluar dan mula melakukan sesi geledahan.
 
Tersentuh hati melihat akan segala isi surat yang ada.  Hasil nukilan dari siapa agaknya tu?  Kebanyakkannya dari rakan-rakan.  Suatu ketika mana ada telefon bimbit bagai.  Suratlah penghubung kasih.
 
Seronok juga membaca lebih lagi apabila kenangan terimbau.  Rasa nak menangis pun ada.  Segalanya akan saya simpan sebagai kenangan berharga.
 
Rugikan zaman sekarang tiada lagi perutusan sebegini.  Masih saya ingat sewaktu berada di ITM, saban minggu menanti kehadiran posmen.  Mana tahu ada kiriman istimewa khusus buat diri.
 
Bila surat digenggaman, riuh satu blok kononnya surat datang dari pengirim istimewa.  Walhal saya banyak menerima surat-surat dari teman karib sekolah menengah.
 
Menjelang hari raya, semakin rajin mengintai peti pos.  Kiriman kad raya sering dinantikan dan kemudian bermula episod balas-membalas.  Ah, indahnya kenangan!
 
Ada dari insan teristimewa?  Ada rahsia tersimpan?  Hmm...biarlah rahsia.  Yang pasti, kad dan surat kiriman Abang turut terselit.  Meski tak sebanyak mana, ada jugalah.  Kalau buka balik depan dia mesti tersipu malu.
 
Akan saya simpan bukti kenangan ini buat tatapan suatu hari kelak.  Wahai Sang Pengirim, ingatkah lagi pada surat-surat ini semua? =)
 
 
 
 
nota:  tidak semua di dunia mampu dibeli dengan wang ringgit
 
 

Tuesday, October 30, 2012

::Kisah Aidil Adha 2012::

Malasnya nak bercerita perihal Aidil Adha.  Sebenarnya tiada apa-apa menarik pun.  Pagi raya, makan bersama keluarga kemudian dalam tengahari saya keluar ke rumah keluarga Abang.

Seronok mendengar pengalaman GP sepanjang berada di Tanah Haram tahun lepas.  Meronta-ronta hati ingin menjejak kaki ke sana, Insyallah.

Tak pergi pun ziarah pusara, GP tak larat.  Bila tak ke sana, rumah saudara GM pun memang tak pergilah.  Itu yang saya keluar sendiri.

Seharian di rumah Abang sambil menanti kedatangan Mimie kemudian gerak ke rumah keluarga Siti Cutie di Ampang.  Ulang rutin seperti biasa.

Gambar-gambar jangan tanya.  Sekeping pun nan ada.  Semakin tua keseronokkan bergambar semakin pudar.  Harapkan pakai kamera canggih tapi penggunaannya jarang sekali.

Keesokkannya Sabtu, pagi lagi keluar.  Abang selesaikan 2-3 perkara personal.  Selesai semua hal dia ajak singgah rumah adik dia Nisa, sampai makan tengahari.  

Baru nak gerak keluar, hujan turun mencurah.  Terpaksa batalkan agenda sedia ada sambil menanti hujan berhenti.  Dekat petang juga baru dapat gerak.  

Yalah, Abang mahu bawa pulang motorsikal yang ditinggalkan semalaman di rumah Sentul.  Itu terpaksa menunggu hujan berhenti menyembah bumi.

Selesai urusan transit, Abang ajak ke Shah Alam sekejap.  Sebelum Isyak dah sampai rumah.  Entah kenapa dia tak larat sangat.  Akibat dari kesan cirit-birit malam sebelumnya barangkali.

Hari Ahad, Nisa buat sambutan anak terunanya.  Malangnya, Abang sakit teruk.  Pakej muntah-muntah sekali dengan cirit-birit.  Lebih teruk dari malam sebelumnya.

Memang lembik satu badan tapi degil bila enggan berjumpa doktor.  Duduk di Sentul sampai malam sebab Abang berehat.  Nasib ada Mimie temankan ;)

Bukan Abang sahaja sakit.  Di rumah budak bertiga turut tak sihat.  Sebenarnya sebelum raya lagi telah menunjukkan tanda-tanda.

Paling teruk Manje Fyrash, kena demam campak.  Cayang Eki demam panas dan Buah Hati Farysh badan sedikit panas.  Jenuh juga merawat mereka di rumah. 

Itu sahaja sepanjang 3 hari bercuti.  Tak adalah bosan cuma tiada apa yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Aidil Adha rakan-rakan bagaimana pula?  Khabarnya meriah lebuhraya dengan kesesakkan melampau.  Zaman pulang ke kampung telah berakhir buat kami semua.

Tapikan, terfikir sejenak.  Sampai bila agaknya kita terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakkan teruk ini ya?  Setiap kali perayaan, masalah sama timbul!

Kita sebagai pengguna lebuhraya menanggung kerugian.  Masakan tidak, rugi masa, rugi minyak, rugi tenaga.  Apa ikhtiar pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah ini?

Nak menunding jari pada pihak-pihak tertentu pun tak boleh.  Rakyat Malaysia semakin mampu memiliki kenderaan dan mampu untuk keluar bercuti.  

Bila terbayangkan masalah sebegini, jeran mahu keluar dari Kuala Lumpur setiap kali waktu puncak.  Tak sanggup mahu menjadi mangsa kesesakkan.  Tempoh perjalanan menjadi berganda.

Okay, sudah terkeluar dari landasan.  Nanti panjang berjela jalan cerita!  Masih belum terlambat buat saya mengucapkan SALAM EIDUL ADHA.  Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan selama ini dibalas Allah SWT seadanya.  




nota:  bila pengorbanan tidak dihargai...

::Frankenweenie::

Sekali lagi bertuah kerana terpilih menjadi antara terawal menonton filem.  Kali ini filem FRANKENWEENIE pula.

Terima kasih Nuffnang di atas kesudian memilih saya sebagai antara penonton untuk turut serta sewaktu Premiere Screening.  Itu pun setelah berusaha memberi komen di laman web Nuffnang.

Walaupun sibuk menyiapkan tempahan popiah waktu tu, sempat lagi mencuri masa hadir ke Tropicana City Mall.  Ini kali ketiga berpeluang menonton Premiere Screening :)  Menonton secara percuma, siapa tak mahukan?

Berbalik kepada filem Frankenweenie, boleh tahan juga jalan cerita.  Bersempena Halloween bakal tiba, filem ini dipertontonkan dilayar perak bagi merasai kemeriahan sambutan Halloween.

Apa pun, kita sebagai umat Islam tak adalah nak sambut Hari Hantu ini semua.  Ianya bukan amalan agama.  Setakat menonton filem tu bolehlah.  Nak menghayati lebih-lebih, adalah salah!

Frankenweenie tampil dengan fomat 3D dan hitam putih.  Pasti seronok sekiranya membawa anak-anak menonton.  Satu pengalaman baru bagi mereka.

Arahan Tim Burton, filem bergenre komedi seram ini mengisahkan seorang bakal saintis muda, Victor yang kematian anjing kesayangannya Sparky.

Dengan menggunakan pengetahuan dalam bidang Sains yang dipelajari di sekolah, Victor berusaha menghidupkan kembali anjingnya itu. 

Victor berjaya membawa kembali Sparky tetapi sepanjang menempuh kejayaan, pelbagai perkara telah berlaku.  

Kalau nak tahu apa yang berlaku kenalah menonton.  Banyak boleh dijadikan pengajaran terutamanya buat anak-anak dalam prinsip memegang janji. 

Banyak eksperimen Sains diketengahkan di dalam filem ini.  Buat begini-begini, hasil keluar begitu.  Ada sahaja eksperimennya.  

Mana tahu boleh menyuntik minat kanak-kanak di dalam bidang Sains.  Tetapi di alam nyata, menghidupkan yang mati itu adalah mustahil.

Insiden mencuit hati juga ada.  Apa lagi, masih sempat bawa sekeluarga menonton filem Frankenweenie.  Dari 5 bintang, saya berikan 3 bintang.  Kategori boleh ditonton dan tidak menidurkan saya di dalam perut panggung.


Bukti tiket!  He..he..he..Sepanjang berada di sana mana teringat nak bergambar, inilah sekeping buat kenangan





Antara menarik sepanjang filem.  Gambar-gambar ini semua saya ambil dari Google Image
 
 
 
nota:  kalau nak dapat peluang sebegini, rajin-rajin lawat laman web Nuffnang =)
 
 



::Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri::

Apa sahaja perilaku Rasulullah SAW sebaik mungkin kita umatnya ikut dan jadikan amalan.  Seperti biasa info sebegini diperoleh melalui perkongsian email.  Moga rakan-rakan dapat manfaat dari hasil perkongsian ini.

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri
 
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

 


GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.





TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.


Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

 

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.




TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”




PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.





“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah, semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Wallahualam...





nota:  tiada sebarang suntingan dilakukan, maaflah sekiranya ada kesilapan ayat...


Monday, October 29, 2012

::Shorty Note::

As-salam friends!  Being silent for quiet sometime.  Will update soon!  Give me a bit more time just to sort out few important things.
 
I am still alive, still in the mess of problems, still have piling of work to be done and so on.  So lets pray for my day and whatever upcoming that we have to face.
 
Love a bunch and miss you guys!!!!


Sunday, October 21, 2012

::Entri Kekal Sementara - Popiah Bersira Sambal::

Since ramai yang bertanya ambil tempahan atau tidak untuk Aidil Adha kelak, fikir punya fikir saya bukalah.  Lagipun I have quantities so why not.  

So for those interested to order for this coming Raya Haji, please let me know by email to:  iluvclothez@gmail.com or sms me at:  019-2301208.

Tempahan hanya dibuka sehingga 21 Oktober 2012 dan 2-3 hari sebelum Aidil Adha, dah boleh dapat.  Jom beli, Insyaallah sedap!!

 POPIAH BERSIRA SAMBAL



Saturday, October 13, 2012

::Sedikit Untuk Hari Ini::

Bila segalanya kita serahkan kepada Allah SWT, walau sesukar manapun ia pasti memecah kebuntuan.  Yang membelit semakin kuat mencengkam, yang mencekak terasa makin erat mengenggam tetapi kini sudah betah dengan segalanya.

Bukan tidak berikhtiar tetapi kejayaan mahu kegagalan adalah satu ketentuan yang bukan mudah untuk diubah.  Namun hati semakin tabah.

Sudah lali melalui kepayahan, sudah biasa dengan keperitan.  Dengan sendiri mencari jalan mengubat lara.  Kuntuman senyuman masih manis di mata melihat, Alhamdulillah!

Apa aktiviti anda semua di hujung minggu nan dingin?  Sedari pagi mentari enggan memancarkan kasih maka seolah seluruh alam bermuram durja.  Ramai lesu dan berkurung di kediaman.

Semalam peluang bertentang mata dengan beberapa rakan sekolah rendah.  Harapan tinggi mahu menjayakan pertemuan semula.  Semua ini masih dalam perancangan, Insyaallah reunion dirancang bakal menjadi kenyataan.

Hari ini seawal pagi bersiap, mahu turut serta ke persembahan konsert Buah Hati.  Anak itu yang akan membuat pertunjukkan pentas, kami pengiring hati berdebar...he..he..he..

Nanti saya kongsikan gambar di sini, Insyaallah.  Masih belum pindah keluar dari kamera.    Kemalasan terhadap gajet sedang kuat menguasai diri.  

Terhibur melihat keletah anak-anak kecil di atas pentas.  Pelbagai ragam dan bukan mudah mengurus anak-anak pra-sekolah ya.

Dari sana, Abang terus ke rumah adiknya di Sentul dan menghabiskan masa seharian.  Yang pasti aktiviti makan bersilih-ganti.  Sah gemuk sudah!

Dan saat ini menghabiskan detik-detik terakhir hari ini di hadapan komputer GP sambil merencana apa perlu dilakukan keesokkan hari.

Paling utama, esok barang-barang popiah harus dibeli.  Buat belum tahu lagi dan tempahan masih lagi dibuka sehingga saya merasakan sudah cukup.  Khuatir tak mampu menyediakannya nanti.

Selamat berhujung minggu ya!






nota:  sakit pula telinga dengan pelakon yang sedang menjerit-jerit....   

Friday, October 12, 2012

::Auta Rupanya::

Sewaktu kecoh mengenai penayangan Innocence Of Muslims, pelbagai versi kisah diceritakan.  1001 versi sehingga tidak pasti akan kebenarannya.

Antara yang hebat berterbangan di dalam FB adalah seperti gambar di bawah:
Bila membaca berita di atas pada mulanya tidak dinafikanlah begitu teruja.  Yalah, pembalasan Allah itu datang sekelip mata.

Malangnya gambar ini tidak menggambarkan apa disebalik kisah sebenar.  Kecewa juga apabila mengetahuinya ;(  Siapalah individu tidak bertanggungjawab ini ya?!

Maklumat ini pun saya terima melalui email.  Sebenarnya gambar di atas sewaktu gempa bumi menimpa di Chile tahun 2010.  Lihat gambar di bawah:-
Kalau tak percaya boleh cuba.  Perkara sebegini menggambarkan betapa rendahnya imej Islam di mata dunia.  Mengada-ada serta menokok tambah cerita yang tidak sepatutnya.

Hentikanlah sebaran berita ini ya.  Jangan dicurah api kemarahan.  Kita marah dengan filem Innocence Of Muslim tetapi jangan mereka gelakkan kita dek tindakan sebegini.



nota:  terima kasih bagi yang berkongsi email ini...

~Mengidam Macam-Macam~

Sejak akhir2 kalau boleh macam2 nk disumbat dlm perut.Dah la poket nipis,tapi selera tak beragak langsung.

Nasi Kandar da settle.Lps tu teringinkan mangga muda pun da bbrp minggu asik hadap jek.Kalah org mengandungkan.

Ada teringin Sushi.Tp pendam je sbb tau keadaan x brp nk mngizinkn,afterall bkn la teruk mana smpai x penah dpt mkn.

Nak jd cerita, last Tuesday teman GM turun KL.Sbb bwk skali Cayang Ejiki so x blh nk gerak ke tempat manusia padat.

Smntara tnggu GM settle hal dia sume,dok bsidai kt tmpt mkn Sogo yg bdekatan dgn supermarket.

Klau g situ GM mmg suka makan makanan dia yg simple,ala2 Kopitiam. Lama dok melangut rasa boring, decide nak msuk supermarket dia.

Kat entrance, oh my! Sushi been display. Hmm..bkira2 jgk nk beli. Kasi round skali kt supermarket,mana tau x jd nk belikan.

Tapi pusing2 msti hala blk kt area yg display Sushi tu. At last beli jgk la. Tak bnyk mana pon,jez simple Sushi n bought 4 Ayu Bam Bam & me.

Tmakbul jgk la apa dihajati wlaupun sbnarnya nk paling koman Sushi King.Rasa okay2 shj.

Well, those day i m d only kt rumah yg mkn Sushi.Most of the went outing dgn parents & they eat Sushi, mesti dok tsisih.Dorang sedap2 rebut pinggan atas conveyor kita ni nengok je la.

I start eat Sushi when Abang nak give a try 4 d 1st time.That was back in year 2000 kot mcm tu. So cuba2 than trus suka.

Tak adalah obses mana even my menu pon is limited actually.Hny mkn isi ketam dgn udang jek.

Compared to others, even Abang sndiri diaorg blh bedal fresh salmon, eel, etc. Ala2 Fear Factor pon ade!GP lg suka mkn ape ke nama ikan yg goreng kecik2 tp ade bau skit..huhuhu..

Anyway, da dpt mkn yg kt Sogo tu pon dah seribu rahmat. Nx time g mkn proper Sushi. Smbil tgk piring bpusing keliling meja, smbil mata perati apa menarik utk disambar.

Lepas ni nk ngidam apa plak ye wahai Cik Perut? Bila perut mbuncit ke dpn tau komplen gemuk la, lemak tepu la..


posted via I-Phone

Thursday, October 11, 2012

::Terasa Mahalnya::

Nasi Kandar antara makanan kegemaran.  Menurun dari keluarga sebelah GP barangkali, yalah mereka semua dari utara tanahair.  Kalau GM tak berapa minat, makanan kurang sihat katanya.

Terliur mahukan nasi kandar dari sebelum bulan puasa lagi tapi sabarkan diri.  Kebetulan tiada masa langsung untuk menjengah mana-mana restoran nasi kandar.

Sampailah selepas bulan puasa, teringin makin menjadi-jadi.  Walhal sibuklah hari-hari meratap badan gemuk.  Nak buat macamana selera membuak-buak, kenalah ikutkan juga.

Langgar segala pantang-larang, Jumaat lepas terus ke Nasi Kandar Kayu berhampiran rumah.  Mahu bungkus bawa pulang.  

Lauk biasa sahaja.  Nasi putih kuah campur, ayam goreng, sayur & telur masin, ada tambahan papadom dua keping.  

Bila nak bayar terkejut gila!  Total RM8.50.  Terkedu seketika, tapi tetap bayar.  Tak terlintas mahu bertanya berapa-berapa setiap menu dipilih.

Makan tetap makan, tak puas hati tetap ada.  Bukan mahu berkira sangat tetapi munasabahlah sedikit harganya.  Ke saya yang dah lama tak makan luar, harga naik tak sedar.

Agak-agak berapa sebenarnya harga caj ya.  Barangkali nasi putih+sayur dan kuah campur=RM2 , ayam goreng=RM4, telur masin=RM1.50 dan papadom=RM1.

Kalau betul, mahalkan harga nasi dengan sayur?  Jika inilah harga ditawarkan setiap kedai, memang tak mampu sebenarnya rakyat Malaysia nak makan di luar.

Bukan itu sahaja, bajet baru umum pengurangan subsidi gula, harga kuih di kawasan perumahan saya sudah naik dari RM0.40 ke RM0.50 sebiji.

Kadang-kadang saya rasa peniaga semua ambil kesempatan berlebihan.  Mentang-mentang pemantauan tidak dilakukan secara agresif.  Sewenang-wenangnya mengenakan caj.

Tapikan, Nasi Kandar Kayu tu sangatlah popular.  Cawangan merata-rata tetapi kenapa masih hendak tekan pembeli teruk sangat?  Tipulah kalau mereka kata tiada keuntungan.  Silap-silap berganda-ganda!

Mungkin selepas ini saya terpaksa melupakan nasi kandar di cawangan Kayu.  Kalau berada di KL, Nasi Kandar Kudu sememangnya menjadi pilihan.  Kali terakhir pergi, harga masih belum cekik darah lagi.

Saya sudah lama pangkah Nasi Kandar Pelita dek harga tak masuk akal juga.  Dalam pada itu kena bayar tambahan cukai pula.  Biarlah orang nak kata saya cheapskate ke apa tetapi ianya hak saya untuk membuat pilihan. 

Ada duit nanti saya mahu ke nasi kandar di Ipoh dan juga di Penang.  Kena berhenti sekarang, sudah galak terasa-terasa di tekak.  Bahaya betul entri ini!

Nasi kandar yang mahal!





nota:  rezeki ada di mana-mana

 

::Siapa Tak Kenal Tiga Dara Pingitan?::

Sedari kecil, Buah Hati Farysh memang tidur dengan Wannya aka GM.  Sebelum nak tidur dia minta GM bacakan buku kartun.  Entah macamana timbul idea sedemikian pun saya tak tahu.
 
Mungkin mewarisi sikap kami adik-beradik, sebelum nak lelap kena membaca buku-buku komik.  Yang kelakar, Buah Hati baca buku Tiga Dara Pingitan (TDP).  
 
Rasanya budak-budak sekarang ramai tak tahu akan kartun TDP, buah tangan kartunis wanita Cabai.  
 
Zaman dulu, Majalah Gila-Gila (GG) sememangnya berada di dalam peruntukan perbelanjaan bulanan saya.  Sanggup ikat perut di sekolah semata mahu membeli GG keluar setiap bulan 2 kali.
 
Kartun TDP antara membuatkan saya wajib membeli GG.  Bila sudah mampu sedikit, koleksi TDP antara menjadi kesayangan saya.  Bukan setakat itu, saya turut punya pelbagai lagi koleksi himpunan kartun-kartun dari majalah GG.
 
Bila berpindah, kesemua buku-buku berada di dalam kotak.  Lama juga saya tak menjenguk segala koleksi.  Buah Hati telah membuka hati saya untuk menyelongkar segala kotak yang ada.
 
Hasrat utama untuk keluarkan segala tersimpan bagi menyuntik semangat Buah Hati rajin membaca.  Dia dah pandai membaca tetapi masih merangkak-rangkak lagi.  Impressed with his progress!
 
Belum cecah usia 5 tahun, sudah boleh membaca.  Mana tahu dengan lambakan pelbagai koleksi kartun depan mata akan melancarkan lagi progress bacaan dia.
 
Well, GM applied same method to us.  Nak harap baca buku ilmiah seawal usia akan mengundang kebosanan.  So divert to something interesting.  Sebab itulah dari kecil minat GG!
 
Back to TDP, bila geledah berjaya jumpa the whole set tapi Vol.4 tak tahu ke mana.  Sedih juga bila tak jumpa.  Nak korek kotak-kotak lain GM dah beri jelingan tajam..he..he..he..
 
Lagipun, mustahil terpisah dengan jilid-jilid yang lain.  Mesti duduknya sekali.  Kalau hilang sah-saha saya akan beli untuk menggantikannya semula.
 
Bila dah ada depan mata, sekali hadap semua sekali.  Macam berada di alam sendiri bila membacanya.  Agak-agak masih aktif lagi ke kartunis Cabai ni?
 
For those yang tak kenal, why not mula mengenali kartun-kartun hasil anak Malaysia.  You will impress.  Ramai berbakat di luar sana dalam menghasilkan karya superb.  
 
Tak salah nak agungkan kartun-kartun luar, tetapi bagi juga kredit pagi anak tempatan.  Well, I'm not so sure Magazine GG still in market.  Dah lama juga tak membeli, since 2010 I guess.
 
Cerita-cerita dalam TDP ini dekat sebenarnya dengan jiwa kita.  Gambaran gadis tinggal di kampung, cabaran untuk mendapatkan wang, perasaan cinta dan sebagainya.  Sebab itulah TDP sangat popular di era kegemilangannya.
 
Nanti nak tengoklah mana tahu TDP ada koleksi terbaru ke?  Terakhir koleksi Jilid 5.  Kalau ada harus berusaha mendapatkannya.  Boleh jadi harta berharga for another 20 years, perhaps.
 
Afterall, proven what.  Now, the collection inherit to those kiddies in house.  Berbaloikan? 

Nak pinjam?  Boleh.. tapi lagi seronok bila memilikinya sendiri =)
 
 
 
 

nota:  tak tahu nak cerita apa sebenarnya..

Wednesday, October 10, 2012

::Wordless Wednesday 13::

Agak lambat untuk muatnaik entri Wordless Wednesday ni ya tetapi, tak apalah.  Dah ada letak sahaja =)

Anak-anak ini adalah segala-galanya





nota:  semakin hari cabaran semakin kuat :(

Tuesday, October 9, 2012

::Kelebihan Ayat 128 & 129 Surah At-Taubah::

Saya peroleh ilmu ini melalui perkongsian gambar melalui FB jadi saya terpanggil pula untuk berkongsi di sini.  Insyaallah kita mendapat manafaat ke atasnya. 

##################
 
Kelebihan ayat 128 &129 Surah At Taubah:
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan

2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya



Wallahualam...




nota:  Allah tahu setiap apa niat kita, tak perlu berselindung...

Monday, October 8, 2012

::Universal Soldier: Day Of Reckoning::

Rabu lalu sempat menonton filem UNIVERSAL SOLDIER:  DAY OF RECKONING (US) di Tropicana Mall, melalui Nuffnang Premier Screening.  Terima kasih Nuffnang kerana sudi memilih saya dan memberi tiket percuma :) 

Sebenarnya ini bukan pertama kali.  Kali pertama dahulu Nuffnang pernah beri peluang menonton filem Mae Nak, sayangnya saya langsung tak berkesempatan bercerita di sini.

Berbalik kepada filem US, boleh tahan juga filemnya.  Walaupun tidak pernah menonton filem-filem US sebelum ini, tetapi masih boleh faham akan jalan cerita.  

Sementelah menurut Abang, ianya bukanlah berkait rapat dengan filem terdahulu.  Klasifikasi filem US, 18 PL makanya sudah pasti penuh dengan aksi lasak dan ganas melampau. 

Kaum Adam pasti gemar genre filem sebegini.  Dari awal hinggalah ke akhir cerita penuh dengan darah, tembak-menembak, berlawan sesama sendiri dan sebagainya.  

Fuh, tarik nafas juga melihat akan aksi-aksi sebegitu!  Kerana secara jujur saya kurang berminat filem sedemikian.  Dalam tak minat, tetap juga layan sepanjang 2 jam berada dalam perut pawagam.

Sedikit sinopsis US mengikut pemahaman saya.  

Universal Soldier, Day of Reckoning berkisahkan mengenai pencarian John (Scott Adkins) untuk mencari pembunuh keluarganya secara kejam 9 bulan dahulu setelah dia sedar dari koma.

Dalam masa yang sama juga bayangan Luc Deveraux (Van Damme) sering menghantui dirinya.

Dia yakin Luc Deveraux adalah orang yang bertanggungjawab melakukan kerja kejam tersebut.  Semakin dia berjaya menemui Luc Deveraux semakin banyak kekeliruan timbul terutamanya apabila ramai mengatakan dia juga adalah penjahat.

John semakin keliru namun tidak berputus asa mencari Luc Deveraux.  Akhirnya pertembungan tersebut berlaku dan John berjaya membunuh bukan sahaja kumpulan askar pembelot, malah Luc Deveraux juga.

Namun rahsia tersebut tidak selesai dengan kematian Luc Deveraux, masih ada lagi belum terungkai.  Apakah rahsia tersebut?  Ha, kenalah menonton filem US ini ya.

Penonton pasti tidak akan menyangka kesudahannya sebegitu.  Akan ada kesinambungan bagi filem ini?  Rasanya ada.  Dari 5 bintang saya beri 3 bintang bagi US. 

US sudah mula ditayangkan pada 05 Oktober lalu.  Jangan lupa untuk ke pawagam berhampiran sekiranya anda peminat filem aksi.  

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Nuffnang.  Jika saya rajin-rajin melawat laman web Nuffnang dan menyertai peraduan ringkas mungkin akan berjaya peroleh tiket percuma lagi =)

    Terima kasih di atas 2 keping tiket :)  



Antara pelakon-pelakon utama.  Imej melalui enjin carian Google Image




Antara babak-babak menarik dalam filem Universal Soldier, Day of Reckoning.  Imej diambil melalui Google Image



Ini bukan Universal Soldier tetapi peneman setia dan filem US menepati citarasa dia.  Sebelum menonton isi perut dengan Subway.






nota:  penat....

::Bila Kebosanan Melanda::

Hobi saya membaca!  Sejak dari dahulu lagi, buku dan saya tidak dapat dipisahkan.  Segala genre buku boleh dilayan dan novel sudah pasti menjadi pilihan utama.

Sejak akhir-akhir ini banyak cerita novel divisualkan.  Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu bukanlah antara terawal.  Sesiapa rajin menonton rancangan RTM pasti sedar akan cerita-cerita novel yang dibawa ke realiti. Bezanya hanya di skrin peti televisyen.

Setiap kali menonton, saya pasti berusaha mencari semula novel-novel tersebut.  Ingin membuat perbandingan sebenarnya.  Mana lebih enjoy, mana lebih mudah dihayati.

Sayangnya semenjak pindah ke sini, timbunan novel sudah agak sukar untuk dicapai.  Yalah, tiada rak sempurna.  Malah masih ada lagi berlonggok dalam kotak.

Cuba juga cari bila fenomena Ombak Rindu melanda.  Misi pencarian gagal!  Sebelum itu cuba mencari novel Tak Seindah Mimpi, Tangisan Bulan Muda dan banyak lagi.  Memang semuanya tak jumpa.

Entah macamana, baru-baru ini memperjudikan nasib untuk berdepan dengan anasir habuk.  Ya, membuahkan hasil walaupun hidung sarat berair kemudiannya.

Kan sekarang fenomena Adam dan Hawa sedang melanda.  Sementelah bosan, dan buku tersebut berjaya dicari apalagi.  Layankan masa terluang sedia ada.

Tak sampai sehari berjaya dikhatamkan untuk kesekian kalinya.  Memang jalan ceritanya begitu indah.  Apabila ego dan prinsip bertembung dengan rasa cinta, mana satukah akan menakluki diri?

Itulah yang cuba dibawa oleh penulis melalui novel tersebut.  Tetapi samakah dengan jalan cerita di televisyen?  Di rumah tiada siapa memiliki Astro Beyond, jadi faham-faham sahajalah ya.

Dari butir bicara rakan-rakan semua, memang hebat penangan Adam dan Hawa lebih-lebih lagi bila hero idaman Malaya menjadi tunggak utama.  

Saya pernah membayangkan figura Adam sewaktu selam ke alam novel.  Maaflah, bukan wajah Aaron Aziz yang mengaburi minda.  Mungkin waktu itu Aaron belum popular.

Apa pun saya pasti, penangan cerita ini novel Adam dan Hawa diulang cetak berkali-kali dan penulis bakal menerima durian runtuh royalti.  

Agak-agak saya boleh tulis novel ke?  Banyak jalan cerita berlegar-legar, malahan ada yang saya tulis ke dalam buku.  Bila direnung, menarik juga plotnya cuma tak tahulah orang lain boleh menerima atau tidak.

Selepas ini apa pula buku bakal menemani hari-hari bosan saya ya?  Nak beli yang baru, ehem...ehem...kurang mampu buat setakat hari ini.  Jadi ulang baca sahaja apa yang ada.

 Zaman-zaman Instagram ni, gambar ke sana dulu baru ke sini =)

 



nota:  sempat lagi tu....