Followers

Wednesday, October 31, 2012

::Ada Rahsia Tersimpan?::

Bila lama tidak menjengah ke sini serasa banyak pula cerita hendak dikongsikan tetapi tak tahu dari mana mahu dimulakan.  Okay kita pilih cerita berdasarkan gambar sedia ada di dalam telefon.
 
Entah macamana, satu hari tangan gatal menyelongkar kotak-kotak sedia ada.  Ralit menggodek terpegang sebuah beg berisi padat.  Wah, kenangan lama ni!
 
Apa yang ada?  Surat-surat serta kad-kad ucapan lama.  Terus tarik keluar dan mula melakukan sesi geledahan.
 
Tersentuh hati melihat akan segala isi surat yang ada.  Hasil nukilan dari siapa agaknya tu?  Kebanyakkannya dari rakan-rakan.  Suatu ketika mana ada telefon bimbit bagai.  Suratlah penghubung kasih.
 
Seronok juga membaca lebih lagi apabila kenangan terimbau.  Rasa nak menangis pun ada.  Segalanya akan saya simpan sebagai kenangan berharga.
 
Rugikan zaman sekarang tiada lagi perutusan sebegini.  Masih saya ingat sewaktu berada di ITM, saban minggu menanti kehadiran posmen.  Mana tahu ada kiriman istimewa khusus buat diri.
 
Bila surat digenggaman, riuh satu blok kononnya surat datang dari pengirim istimewa.  Walhal saya banyak menerima surat-surat dari teman karib sekolah menengah.
 
Menjelang hari raya, semakin rajin mengintai peti pos.  Kiriman kad raya sering dinantikan dan kemudian bermula episod balas-membalas.  Ah, indahnya kenangan!
 
Ada dari insan teristimewa?  Ada rahsia tersimpan?  Hmm...biarlah rahsia.  Yang pasti, kad dan surat kiriman Abang turut terselit.  Meski tak sebanyak mana, ada jugalah.  Kalau buka balik depan dia mesti tersipu malu.
 
Akan saya simpan bukti kenangan ini buat tatapan suatu hari kelak.  Wahai Sang Pengirim, ingatkah lagi pada surat-surat ini semua? =)
 
 
 
 
nota:  tidak semua di dunia mampu dibeli dengan wang ringgit
 
 

No comments :

Post a Comment