Followers

Monday, October 8, 2012

::Bila Kebosanan Melanda::

Hobi saya membaca!  Sejak dari dahulu lagi, buku dan saya tidak dapat dipisahkan.  Segala genre buku boleh dilayan dan novel sudah pasti menjadi pilihan utama.

Sejak akhir-akhir ini banyak cerita novel divisualkan.  Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu bukanlah antara terawal.  Sesiapa rajin menonton rancangan RTM pasti sedar akan cerita-cerita novel yang dibawa ke realiti. Bezanya hanya di skrin peti televisyen.

Setiap kali menonton, saya pasti berusaha mencari semula novel-novel tersebut.  Ingin membuat perbandingan sebenarnya.  Mana lebih enjoy, mana lebih mudah dihayati.

Sayangnya semenjak pindah ke sini, timbunan novel sudah agak sukar untuk dicapai.  Yalah, tiada rak sempurna.  Malah masih ada lagi berlonggok dalam kotak.

Cuba juga cari bila fenomena Ombak Rindu melanda.  Misi pencarian gagal!  Sebelum itu cuba mencari novel Tak Seindah Mimpi, Tangisan Bulan Muda dan banyak lagi.  Memang semuanya tak jumpa.

Entah macamana, baru-baru ini memperjudikan nasib untuk berdepan dengan anasir habuk.  Ya, membuahkan hasil walaupun hidung sarat berair kemudiannya.

Kan sekarang fenomena Adam dan Hawa sedang melanda.  Sementelah bosan, dan buku tersebut berjaya dicari apalagi.  Layankan masa terluang sedia ada.

Tak sampai sehari berjaya dikhatamkan untuk kesekian kalinya.  Memang jalan ceritanya begitu indah.  Apabila ego dan prinsip bertembung dengan rasa cinta, mana satukah akan menakluki diri?

Itulah yang cuba dibawa oleh penulis melalui novel tersebut.  Tetapi samakah dengan jalan cerita di televisyen?  Di rumah tiada siapa memiliki Astro Beyond, jadi faham-faham sahajalah ya.

Dari butir bicara rakan-rakan semua, memang hebat penangan Adam dan Hawa lebih-lebih lagi bila hero idaman Malaya menjadi tunggak utama.  

Saya pernah membayangkan figura Adam sewaktu selam ke alam novel.  Maaflah, bukan wajah Aaron Aziz yang mengaburi minda.  Mungkin waktu itu Aaron belum popular.

Apa pun saya pasti, penangan cerita ini novel Adam dan Hawa diulang cetak berkali-kali dan penulis bakal menerima durian runtuh royalti.  

Agak-agak saya boleh tulis novel ke?  Banyak jalan cerita berlegar-legar, malahan ada yang saya tulis ke dalam buku.  Bila direnung, menarik juga plotnya cuma tak tahulah orang lain boleh menerima atau tidak.

Selepas ini apa pula buku bakal menemani hari-hari bosan saya ya?  Nak beli yang baru, ehem...ehem...kurang mampu buat setakat hari ini.  Jadi ulang baca sahaja apa yang ada.

 Zaman-zaman Instagram ni, gambar ke sana dulu baru ke sini =)

 



nota:  sempat lagi tu....



 

No comments :

Post a Comment