Followers

Tuesday, October 30, 2012

::Frankenweenie::

Sekali lagi bertuah kerana terpilih menjadi antara terawal menonton filem.  Kali ini filem FRANKENWEENIE pula.

Terima kasih Nuffnang di atas kesudian memilih saya sebagai antara penonton untuk turut serta sewaktu Premiere Screening.  Itu pun setelah berusaha memberi komen di laman web Nuffnang.

Walaupun sibuk menyiapkan tempahan popiah waktu tu, sempat lagi mencuri masa hadir ke Tropicana City Mall.  Ini kali ketiga berpeluang menonton Premiere Screening :)  Menonton secara percuma, siapa tak mahukan?

Berbalik kepada filem Frankenweenie, boleh tahan juga jalan cerita.  Bersempena Halloween bakal tiba, filem ini dipertontonkan dilayar perak bagi merasai kemeriahan sambutan Halloween.

Apa pun, kita sebagai umat Islam tak adalah nak sambut Hari Hantu ini semua.  Ianya bukan amalan agama.  Setakat menonton filem tu bolehlah.  Nak menghayati lebih-lebih, adalah salah!

Frankenweenie tampil dengan fomat 3D dan hitam putih.  Pasti seronok sekiranya membawa anak-anak menonton.  Satu pengalaman baru bagi mereka.

Arahan Tim Burton, filem bergenre komedi seram ini mengisahkan seorang bakal saintis muda, Victor yang kematian anjing kesayangannya Sparky.

Dengan menggunakan pengetahuan dalam bidang Sains yang dipelajari di sekolah, Victor berusaha menghidupkan kembali anjingnya itu. 

Victor berjaya membawa kembali Sparky tetapi sepanjang menempuh kejayaan, pelbagai perkara telah berlaku.  

Kalau nak tahu apa yang berlaku kenalah menonton.  Banyak boleh dijadikan pengajaran terutamanya buat anak-anak dalam prinsip memegang janji. 

Banyak eksperimen Sains diketengahkan di dalam filem ini.  Buat begini-begini, hasil keluar begitu.  Ada sahaja eksperimennya.  

Mana tahu boleh menyuntik minat kanak-kanak di dalam bidang Sains.  Tetapi di alam nyata, menghidupkan yang mati itu adalah mustahil.

Insiden mencuit hati juga ada.  Apa lagi, masih sempat bawa sekeluarga menonton filem Frankenweenie.  Dari 5 bintang, saya berikan 3 bintang.  Kategori boleh ditonton dan tidak menidurkan saya di dalam perut panggung.


Bukti tiket!  He..he..he..Sepanjang berada di sana mana teringat nak bergambar, inilah sekeping buat kenangan





Antara menarik sepanjang filem.  Gambar-gambar ini semua saya ambil dari Google Image
 
 
 
nota:  kalau nak dapat peluang sebegini, rajin-rajin lawat laman web Nuffnang =)
 
 



No comments :

Post a Comment