Followers

Wednesday, October 31, 2012

::Keadaan Yang Merisaukan::

Baru sahaja turun dari Kayangan..he..he..he..dari bilik sebenarnya.  Sepanjang hari berkurung di atas menemankan anak-anak yang sakit di rumah.
 
Bersilih ganti menemani mereka tetapi yang paling lama sudah semestinya Buah Hati.  Dia dah pandai bawa diri dan tak ada nak merengek sangat.  Tetapi panik juga bila suhu badan meningkat ke angka 39.1 petang tadi.
 
Bila berkurung, jangankan yang sakit, yang tak sakit pun turut sama lena diperaduan.  Nasib sekejap-sekejap kerana harus pantau suhu badan Buah Hati dari semasa ke semasa.
 
Manje Yash diserang campak.  Walau tidak sihat, aktif ke sana sini.  Di lawannya rasa sakit.  Ada juga rengekkan, biasalah sakit sendi semua ada.
 
Cayang pula baru nak kebah, risau juga sekiranya berjangkit semula maka diasingkan.  Ayu Bam Bam temankan dia di rumah Ninie.  Itu pun entah macamana diserang sakit perut pula.
 
Hai, bila melihatkan anak-anak di rumah sakit serba tak kena jadinya.  Kalaulah boleh dipindahkan segala sakit, diri ini sedia menjadi galang ganti.  Baru terperasan, ramai juga orang sakit ya.
 
Terlebih makan daging korban barangkali sehingga badan terpaksa berkorban menanggung sakit.  Ini telahan sahaja.  Lagi pula cuaca tak menentu menjadi penyumbang utama kepada penurunan kadar kesihatan.
 
Berbicara perihal cuaca, gerunkan melihat keadaan terkini di Amerika akibat Taufan Sandy sehinggakan Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di sana.
 
Takdir Allah, semaju mana negara tersebut siapa dapat melawan kuasa Maha Pencipta.  Kun Fa Ya Kun, bila Dia mahu ianya terjadi maka akan jadilah!
 
Tatakala melihat akan kesan bencana alam sedemikian, timbul keinsafan mendalam di dalam diri.  Esok bila tiba kiamat, segalanya akan menjadi 10x ganda dari apa yang sedang berlaku di Amerika.
 
Mungkin juga 100x ganda.  Bagaimanalah keadaan kita di saat itu ya?  Subhanallah, tak terbayang di akal akan situasi sebegitu namun harus percaya hari perhitungan akan tiba jua.
 
Banyak benar peristiwa di sekeliling kita.  Inilah rencah dunia, ada suka pahit tetap dirasa.  Dari hari ke sehari apa sahaja dilalui telah tersurat. 
 
Hanya memerlukan kekuatan serta ketabahan untuk menempuh segala apa dihadirkan.  Jika hari ini tiada ujian, esok lusa pasti akan ada kegetiran menanti.  
 
Semoga Allah melindungi kita dari segala bahaya dan bencana.  Juga moga Allah kurniakan kesihatan buat anak-anak di rumah ini.  Amin!!
 
       Buah Hati yang demam secara mengejut.  Mungkin kerana adik-adiknya tak sihat, dia turut terkesan.  Gambar Cayang dan Manje tiada pula untuk dikongsi





nota:  ujian bersilih ganti...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment