Followers

Tuesday, October 30, 2012

::Kisah Aidil Adha 2012::

Malasnya nak bercerita perihal Aidil Adha.  Sebenarnya tiada apa-apa menarik pun.  Pagi raya, makan bersama keluarga kemudian dalam tengahari saya keluar ke rumah keluarga Abang.

Seronok mendengar pengalaman GP sepanjang berada di Tanah Haram tahun lepas.  Meronta-ronta hati ingin menjejak kaki ke sana, Insyallah.

Tak pergi pun ziarah pusara, GP tak larat.  Bila tak ke sana, rumah saudara GM pun memang tak pergilah.  Itu yang saya keluar sendiri.

Seharian di rumah Abang sambil menanti kedatangan Mimie kemudian gerak ke rumah keluarga Siti Cutie di Ampang.  Ulang rutin seperti biasa.

Gambar-gambar jangan tanya.  Sekeping pun nan ada.  Semakin tua keseronokkan bergambar semakin pudar.  Harapkan pakai kamera canggih tapi penggunaannya jarang sekali.

Keesokkannya Sabtu, pagi lagi keluar.  Abang selesaikan 2-3 perkara personal.  Selesai semua hal dia ajak singgah rumah adik dia Nisa, sampai makan tengahari.  

Baru nak gerak keluar, hujan turun mencurah.  Terpaksa batalkan agenda sedia ada sambil menanti hujan berhenti.  Dekat petang juga baru dapat gerak.  

Yalah, Abang mahu bawa pulang motorsikal yang ditinggalkan semalaman di rumah Sentul.  Itu terpaksa menunggu hujan berhenti menyembah bumi.

Selesai urusan transit, Abang ajak ke Shah Alam sekejap.  Sebelum Isyak dah sampai rumah.  Entah kenapa dia tak larat sangat.  Akibat dari kesan cirit-birit malam sebelumnya barangkali.

Hari Ahad, Nisa buat sambutan anak terunanya.  Malangnya, Abang sakit teruk.  Pakej muntah-muntah sekali dengan cirit-birit.  Lebih teruk dari malam sebelumnya.

Memang lembik satu badan tapi degil bila enggan berjumpa doktor.  Duduk di Sentul sampai malam sebab Abang berehat.  Nasib ada Mimie temankan ;)

Bukan Abang sahaja sakit.  Di rumah budak bertiga turut tak sihat.  Sebenarnya sebelum raya lagi telah menunjukkan tanda-tanda.

Paling teruk Manje Fyrash, kena demam campak.  Cayang Eki demam panas dan Buah Hati Farysh badan sedikit panas.  Jenuh juga merawat mereka di rumah. 

Itu sahaja sepanjang 3 hari bercuti.  Tak adalah bosan cuma tiada apa yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Aidil Adha rakan-rakan bagaimana pula?  Khabarnya meriah lebuhraya dengan kesesakkan melampau.  Zaman pulang ke kampung telah berakhir buat kami semua.

Tapikan, terfikir sejenak.  Sampai bila agaknya kita terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakkan teruk ini ya?  Setiap kali perayaan, masalah sama timbul!

Kita sebagai pengguna lebuhraya menanggung kerugian.  Masakan tidak, rugi masa, rugi minyak, rugi tenaga.  Apa ikhtiar pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah ini?

Nak menunding jari pada pihak-pihak tertentu pun tak boleh.  Rakyat Malaysia semakin mampu memiliki kenderaan dan mampu untuk keluar bercuti.  

Bila terbayangkan masalah sebegini, jeran mahu keluar dari Kuala Lumpur setiap kali waktu puncak.  Tak sanggup mahu menjadi mangsa kesesakkan.  Tempoh perjalanan menjadi berganda.

Okay, sudah terkeluar dari landasan.  Nanti panjang berjela jalan cerita!  Masih belum terlambat buat saya mengucapkan SALAM EIDUL ADHA.  Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan selama ini dibalas Allah SWT seadanya.  




nota:  bila pengorbanan tidak dihargai...

No comments :

Post a Comment