Followers

Thursday, October 11, 2012

::Terasa Mahalnya::

Nasi Kandar antara makanan kegemaran.  Menurun dari keluarga sebelah GP barangkali, yalah mereka semua dari utara tanahair.  Kalau GM tak berapa minat, makanan kurang sihat katanya.

Terliur mahukan nasi kandar dari sebelum bulan puasa lagi tapi sabarkan diri.  Kebetulan tiada masa langsung untuk menjengah mana-mana restoran nasi kandar.

Sampailah selepas bulan puasa, teringin makin menjadi-jadi.  Walhal sibuklah hari-hari meratap badan gemuk.  Nak buat macamana selera membuak-buak, kenalah ikutkan juga.

Langgar segala pantang-larang, Jumaat lepas terus ke Nasi Kandar Kayu berhampiran rumah.  Mahu bungkus bawa pulang.  

Lauk biasa sahaja.  Nasi putih kuah campur, ayam goreng, sayur & telur masin, ada tambahan papadom dua keping.  

Bila nak bayar terkejut gila!  Total RM8.50.  Terkedu seketika, tapi tetap bayar.  Tak terlintas mahu bertanya berapa-berapa setiap menu dipilih.

Makan tetap makan, tak puas hati tetap ada.  Bukan mahu berkira sangat tetapi munasabahlah sedikit harganya.  Ke saya yang dah lama tak makan luar, harga naik tak sedar.

Agak-agak berapa sebenarnya harga caj ya.  Barangkali nasi putih+sayur dan kuah campur=RM2 , ayam goreng=RM4, telur masin=RM1.50 dan papadom=RM1.

Kalau betul, mahalkan harga nasi dengan sayur?  Jika inilah harga ditawarkan setiap kedai, memang tak mampu sebenarnya rakyat Malaysia nak makan di luar.

Bukan itu sahaja, bajet baru umum pengurangan subsidi gula, harga kuih di kawasan perumahan saya sudah naik dari RM0.40 ke RM0.50 sebiji.

Kadang-kadang saya rasa peniaga semua ambil kesempatan berlebihan.  Mentang-mentang pemantauan tidak dilakukan secara agresif.  Sewenang-wenangnya mengenakan caj.

Tapikan, Nasi Kandar Kayu tu sangatlah popular.  Cawangan merata-rata tetapi kenapa masih hendak tekan pembeli teruk sangat?  Tipulah kalau mereka kata tiada keuntungan.  Silap-silap berganda-ganda!

Mungkin selepas ini saya terpaksa melupakan nasi kandar di cawangan Kayu.  Kalau berada di KL, Nasi Kandar Kudu sememangnya menjadi pilihan.  Kali terakhir pergi, harga masih belum cekik darah lagi.

Saya sudah lama pangkah Nasi Kandar Pelita dek harga tak masuk akal juga.  Dalam pada itu kena bayar tambahan cukai pula.  Biarlah orang nak kata saya cheapskate ke apa tetapi ianya hak saya untuk membuat pilihan. 

Ada duit nanti saya mahu ke nasi kandar di Ipoh dan juga di Penang.  Kena berhenti sekarang, sudah galak terasa-terasa di tekak.  Bahaya betul entri ini!

Nasi kandar yang mahal!





nota:  rezeki ada di mana-mana

 

No comments :

Post a Comment