Followers

Monday, October 8, 2012

::Universal Soldier: Day Of Reckoning::

Rabu lalu sempat menonton filem UNIVERSAL SOLDIER:  DAY OF RECKONING (US) di Tropicana Mall, melalui Nuffnang Premier Screening.  Terima kasih Nuffnang kerana sudi memilih saya dan memberi tiket percuma :) 

Sebenarnya ini bukan pertama kali.  Kali pertama dahulu Nuffnang pernah beri peluang menonton filem Mae Nak, sayangnya saya langsung tak berkesempatan bercerita di sini.

Berbalik kepada filem US, boleh tahan juga filemnya.  Walaupun tidak pernah menonton filem-filem US sebelum ini, tetapi masih boleh faham akan jalan cerita.  

Sementelah menurut Abang, ianya bukanlah berkait rapat dengan filem terdahulu.  Klasifikasi filem US, 18 PL makanya sudah pasti penuh dengan aksi lasak dan ganas melampau. 

Kaum Adam pasti gemar genre filem sebegini.  Dari awal hinggalah ke akhir cerita penuh dengan darah, tembak-menembak, berlawan sesama sendiri dan sebagainya.  

Fuh, tarik nafas juga melihat akan aksi-aksi sebegitu!  Kerana secara jujur saya kurang berminat filem sedemikian.  Dalam tak minat, tetap juga layan sepanjang 2 jam berada dalam perut pawagam.

Sedikit sinopsis US mengikut pemahaman saya.  

Universal Soldier, Day of Reckoning berkisahkan mengenai pencarian John (Scott Adkins) untuk mencari pembunuh keluarganya secara kejam 9 bulan dahulu setelah dia sedar dari koma.

Dalam masa yang sama juga bayangan Luc Deveraux (Van Damme) sering menghantui dirinya.

Dia yakin Luc Deveraux adalah orang yang bertanggungjawab melakukan kerja kejam tersebut.  Semakin dia berjaya menemui Luc Deveraux semakin banyak kekeliruan timbul terutamanya apabila ramai mengatakan dia juga adalah penjahat.

John semakin keliru namun tidak berputus asa mencari Luc Deveraux.  Akhirnya pertembungan tersebut berlaku dan John berjaya membunuh bukan sahaja kumpulan askar pembelot, malah Luc Deveraux juga.

Namun rahsia tersebut tidak selesai dengan kematian Luc Deveraux, masih ada lagi belum terungkai.  Apakah rahsia tersebut?  Ha, kenalah menonton filem US ini ya.

Penonton pasti tidak akan menyangka kesudahannya sebegitu.  Akan ada kesinambungan bagi filem ini?  Rasanya ada.  Dari 5 bintang saya beri 3 bintang bagi US. 

US sudah mula ditayangkan pada 05 Oktober lalu.  Jangan lupa untuk ke pawagam berhampiran sekiranya anda peminat filem aksi.  

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Nuffnang.  Jika saya rajin-rajin melawat laman web Nuffnang dan menyertai peraduan ringkas mungkin akan berjaya peroleh tiket percuma lagi =)

    Terima kasih di atas 2 keping tiket :)  



Antara pelakon-pelakon utama.  Imej melalui enjin carian Google Image




Antara babak-babak menarik dalam filem Universal Soldier, Day of Reckoning.  Imej diambil melalui Google Image



Ini bukan Universal Soldier tetapi peneman setia dan filem US menepati citarasa dia.  Sebelum menonton isi perut dengan Subway.






nota:  penat....

No comments :

Post a Comment