Followers

Wednesday, December 12, 2012

::Apa Akan Ada Esok Hari?::

Mengantuknya mata, sedangkan ada sedikit kerja menanti.  Syaitan mata memang begini, bila waktu senggang susah hendak tutup rapat tapi dalam keadaan terdesak waktu itu jugalah tak tertahan-tahan hendak katup.

Dalam keadaan sebegini menyesal pula rasanya tak siapkan kerja awal.  Inilah akibat suka bertangguh, rasakan.  Bukan sekali dua tetapi inilah kelemahan diri sejak dari dulu lagi.

 
Perut pula sejak dari petang telah mula rasa tak sedap.  Kentut selang seminit, mujur tiada bau.  Gelodak di dalam hanya Allah yang tahu.  Tak senang duduk dibuatnya.
Tapi, tetap juga berselera.  Orang belum jemput makan, dengan laju apa terhidang masuk perut.  Hai, cepatlah baik hendaknya kerana esok punya misi penting.

Esok juga tarikh indah untuk diingati kerana ianya bakal berlaku sekali sahaja sepanjang umur kita.  12/12/12 bakal menjadi keramat buat sebahagian daripada kita.
Masih ingat spekulasi bakal melanda dunia pada tarikh tersebut?  Akan berakhirkah dunia kita esok?  Benar kita tidak boleh percaya lebih-lebih sementelah ianya datang dari sumber luar.

Segala ketentuan bukan datang dari manusia.  Rahsia alam tiada yang mengetahui namun tidak salah meramal melalui reaksi persekitaran.  Alam sering berbicara hanya manusia tuli dengan ego diri.
Kita juga harus percaya Kiamat itu akan hadir bila-bila masa sahaja.  Mungkin 12/12/12 menjadi titik tolak, siapa tahu?

Benar, tarikh tersebut cantik dan mudah diingati.  Jika jatuh pada hujung minggu pasti ramai memilih untuk membina istana cinta tetapi ada juga mahu mengabadikan kenangan terindah itu esok.

Ada 2-3 orang yang saya kenali akan bernikah keesokkan hari.  Majlis utama akan dilangsungkan pada hujung minggu akan datang.  Semoga berkekalan ya!
 
Dalam kita sibuk mewarnai keindahan tarikh tersebut, jangan mudah alpa.  Sudah berapa kali tarikh cantik sedemikian meninggalkan kesan hitam mendalam dalam sejarah negara.
Antara kuat terpahat di ingatan ialah pada tarikh 10/10/10.  Hari tersebut adik lelaki Abang melangsungkan perkahwinan di Johor.  Saya berada di sana bagi memeriahkan majlis.

Kami pulang selepas selesai majlis persandingan.  Lebih kurang jam 6.30 petang rombongan pulang berhenti rehat di R&R Seremban dan kami terkejut mendapat berita satu kemalangan dahsyat berlaku di Lebuhraya Pedas - Linggi.  
Masih ingat akan tragedi tersebut?  Kemalangan yang melibatkan bas ekspress dan kereta.  Lebih dari 10 orang nahas dan kesesakan sepanjang lebuhraya mengambil masa lebih dari 3 jam. 

Kawasan Pedas - Linggi itu baru sahaja kami lalu.  Allah benar-benar menyelamatkan kami semua.  Sekiranya kami lewatkan perjalanan barang setengah jam mungkin kami semua adalah mangsa kejadian, Wallahualam.

 Sebahagian dari kesan kemalangan tersebut.  Gambar diambil dari Google Image

Apa pula kisah esok ya?  Mari kita sama-sama berdoa biarlah segalanya dalam keadaan baik dan sempurna.  Moga Allah menjauhkan kita semua dari malapetaka tidak diduga.

Yang pasti esok antara hari penting bagi kami.  Gementar juga mahu melaluinya seawal pagi.  Barangkali berkat keindahan tarikh tersebut akan ada berita gembira menyusul selepas ini.  

Letakkan harapan setinggi langit, In Shaa Allah akan dipermudahkan setiap apa diusahakan.




nota:  berdebar...









 

No comments :

Post a Comment