Followers

Wednesday, December 26, 2012

::Cuba Mula Bicara::

Macam nak bercerita tapi dari tadi kejap keluar kejap masuk ke sini.  Idea tak betul-betul datang begitulah gayanya.

Lagi pula sakit yang datang mengejut benar-benar menganggu rasa.  Dah lama menghilang, tiba-tiba muncul tanpa diundang.  Semua kerja serba tak menjadi.

2-3 hari cuaca sayu benar.  Senyuman mentari terus lenyap.  Apakah ada khabar sedih wahai Sang Matahari?  Kenapa sahaja kamu bermuram durja?  

Timbullah sesekali bagi menghangatkan rasa sejuk sentiasa mencengkam.  Pancarkanlah sinar itu supaya kain dijemuran bisa kering.  Berilah sedikit walaupun seketika!

Tadi singgah ke laman Twitter.  Sudah tidak dapat mengikuti secara langsung, banyak juga cerita laman sosial tertinggal.  Tak kisahlah, itu semua hal-ehwal dunia.  Lambat atau cepat pasti diketahui juga.

Merenung ke meja, banyaknya dokumen harus diselesaikan.  Sayangnya tiada punya cukup kudrat untuk melunaskan segala tuntutan.  Inilah akibatnya bila sihat tidak mahu beringat.


Mengharapkan segala apa yang bersepah ini menjadi satu titik tolak kepada perubahan menggembirakan buat permulaan 2013.  Jika benar, mahu sahaja segera memadam segala kepayahan selama ini.


Jom kita mengira detik menuju pintu 2013 dan bersedia melabuhkan tirai 2012.  Apa pun yang telah berlaku dan bakal berlaku itu semua sudah ketentuan Illahi.  Dia Maha Mengetahui segalanya!




nota:  cuba sambung kerja tertunggak...


No comments :

Post a Comment