Followers

Thursday, December 6, 2012

::Hati Membuak-Buak::

Resah gelisah bila melihat iklan yang dihantar.  Membuak-buak perasaan mahu mendaftar sama tetapi hajat masih tergalang-galang.
 
Sejak tamat pengajian 2010 lalu, azam untuk ke peringkat seterusnya tak pernah padam.  Tapi itulah, banyak perkara terjadi dalam tempoh tersebut menghentikan seketika obor yang marak menyala.
 
Dalam tempoh tersebut, kerap meninjau universiti mana sesuai untuk dijadikan sandaran.  Setiap kali ada rakan berjaya mengenggam skroll setiap kali itu juga hati terdetik bilalah masa untuk diri sendiri?
 
Kebanyakkan tarikh tutup permohonan tahun pengajian 2013 akan tamat penghujung bulan Disember atau awal Januari.  Sedang berkira-kira mahu memohon, cuma kurang yakin dengan situasi semasa.
 
Tak mengapa, tekad diteruskan dan bulatkan azam.  Saya akan memohon.  Kalau ada rezeki, In Shaa Allah akan tiba masa dinanti.  Tak cukup wang?  Nantilah difikirkan.
 
Sekiranya dapat, sudah pasti segalanya rencana Allah SWT.  Kenapa harus menidakkan.  Pabila Dia memberi semesti ada jalan terbentang luas.  Jika terkandas, juga ada hikmah.  
 
Kita manusia hanya mampu merancang.. 
 
 
 
 
nota:  menyuntik motivasi diri...

No comments :

Post a Comment