Followers

Friday, December 28, 2012

::iRingBo Tarikan Baru::

Agak-agak pernah lihat atau dengar atau tidak iRingBo ini?  Sejujurnya inilah pertama kali kami tahu adanya robot tunggangan ini.

Itu pun kebetulan berada di Tropicana City Mall sewaktu menonton Nuffnang Premiere Screening Jack Reacher tempoh hari.  Yalah, bila bawa budak-budak paling tidak harus bawa mereka berjalan-jalan dalam Mall.

Sedang jalan-jalan terserempak dengan kiosk iRingBo serta beberapa orang kanak-kanak seronok mencuba kecanggihan robot tersebut.

Hari ini dunia robot bukan lagi menjadi satu impian pada kita.  Jika dahulu sewaktu sekolah, kita  sering berimaginasi bahawa  satu hari nanti robot adalah teman permainan.

iRingBo adalah satu contoh betapa realiti robot semakin menghampiri kehidupan manusia dan tidak mustahil segala apa pernah kita bayangkan menjadi kenyataan.

Tak sempat bertanya lanjut perihal robot ini kerana mahu segera menonton wayang tetapi sempat jugalah Buah Hati dan adiknya naik dengan bayaran RM5 bagi 5 minit.

Basically, robot ini ada sensori tertentu.  Ia akan berhenti apabila menghampiri orang lain.  Kalau tak silap kita juga boleh set arahan untuk dipatuhi.

Selamatlah untuk kanak-kanak bermain dan robot ini juga tidak mudah terbalik meski bergerak laju.  Sebenarnya ia sesuai untuk anak-anak bermain di rumah.

iRingBo ini boleh dibeli pada harga RM1,500 kalau tak silap.  Sesiapa yang berminat untuk menjadi franchise pun dialu-alukan.  

Bagi sesiapa mahu melihat dengan lebih dekat dan mahu anak-anak merasai tunggangan robot ini, pergi sahaja ke Ground Floor Tropicana City Mall.  

Setakat main pusing-pusing di situ pun sudah memberi keceriaan budak-budak.  Benda barulah katakan.  Jangankan kanak-kanak, dewasa pun turut teruja sama. 

        Inilah robot tunggangan berjaya menarik perhatian orang ramai



Cari kiosk ini jika ke Tropicana City Mall



 Dua beradik sedang mencuba permainan baru.  Ralit bermain kerana senang digerakkan dan tidak perlu kawalan sangat


Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh juga lawat mereka di laman web seperti di dalam gambar ataupun melalui FB mereka


Jika ada sesiapa yang pergi mencuba nanti jangan lupa kongsikan keseronokkan dengan orang lain pula dan saya berkira-kira mahu ke sana lagi.  Yalah, Cayang Ejiki tak berpeluang merasa naik lagi.  

Seandainya mahu dibeli, bukan cukup sebiji.  Paling-paling tiga unit bagi mengelakkan perang teluk di siang hari.  Maka pergi sahaja ke sana bayar RM5 main.

Tak pasti pula tempat lain sudah ada atau tidak.  Takpe, nanti boleh ke Facebook mereka untuk keterangan lanjut.




nota:  dunia sekarang...

No comments :

Post a Comment